Followers

Wednesday, July 15, 2009

ZaMaN SeKoLaH

Posted by NuRuLhiDaYani Bt AhmaD at 7/15/2009 03:47:00 AM

SaLam..

KhaS BuaT aNdA SeMuA..kenapa sy post kan entry ini adalah sebab..arini sy g solat jemaah kat surau KHAR,UPSI..em sy g selepas maghrib..em sambil tunggu isya' sy nak dengar kuliah maghrib yg diadakan pada setiap isnin, selasa dan rabu..em tp sy x taw lak kuliah maghrib td batal..so sy bersama akhwat yg lain iaitu bersama kak ateh, kak mas, n kak ila..malam ni kami berempat je yg trun surau berjemaah bersama-sama..alhamdulillah..em yg sy sedih sy d minta utk memberikan sedikit nasihat ataupun kata lain "juadah hati" dlm kalangan kami td..sy di suruh sebab sy muda dan perlu belajar semua tu..terima kasih kak ateh..kak mas..kak ila..=)..bak kata orng..selagi nyawa masih d pinjamkan oleh Allah selagi tu kter perlu menuntut ilmu..em tp masa tu sy x bersedia pun lgsg..kesilpan sy sebb x bersedia..yg pelik nyer knp sy x blh nak kuarkan ap jek nasihat atau tazkirah dari kepala sy..huhu..em wal hal dr sy sek rendah sampai sek menengah tentang ilmu agama sy d tekankan..tp tu la malangnyer..bila ilmu x amal memg jd gni..

YaAllah kau kembalikanlah ilmu2x yg pernah aku pelajari supaya aku blh sampaikan kepada sesiapa sahaja..amin3x yarabb..

buat pembaca-pembaca blog ku..jangan lah jd seperti sy..huhuhu..geram3x..em kat bawah nie ad sedikit seloka yg antum semua blh baca dan fikirkan adakah sy atau kalian masih mengamalkan ap yg ptt o x..=)


Bismillahirrahmanirrahim..


Zaman skolah ber 'ana-enti'..

Sekarang hilang diterbangkan angin..

'Aku-engkau' jadi pengganti..

"Ana rindulah sama Al-Amin.."


Bertudung labuh ayu sentiasa, (yeke?)

Ikhlas atau peraturan semata; (seems morelike the latter)

Sekarang ni gaya 'hebat-hebat' belaka..

Entah bila nak 'ayu' semula..


Cakap siang pandang-pandang..

Cakap malam dengar-dengar..

Batas pergaulan makin berkurang..

Dah makin lupa apa ustaz ajar..


Dulu cakap ngan laki jarang sekali..

Batas pergaulan punyalah jaga..

Sekarang pampang gambar ngan buah hati, (especially at Friendster)

"Kak, rasa malu tu campak pi Thailand ka?"


Dulu bahasa bukan main jaga..

Bukan apa, takut terbuat dosa..

Sekarang dah pandai bahasa gila-gila..

Gara-gara orang kutuk "engkau ni skema"


Dulu berlumba-lumba dengan member..

Hafal Quran gila-gila..

Sekarang Quran kumpul habuk jer..

"Alah, aku banyak kerja lain laa..."


Ustaz selalu cakap kat kita..

Jadilah contoh muslim sejati..

Tapi sayang kebanyakan leka..

Bila dunia diletakkan di hati..


Orang cakap budak Al-Amin berkualiti..

Baik, berakhlak lengkap semuanya..

Sayangnya indah khabar dari realiti..

Bila melihat pada fi'il anak didiknya..


Bila ditegur angin satu badan..

Konon sudah tahu belaka..

Kalau dah tahu kenapa teruskan..

Seronok sangat ke kumpul dosa?


Macam tu lah kalau terasa diri hebat..

Nama pun lepasan sekolah agama..

"Tak payah laa kau nak bagi nasihat..

Kau ingat kau tu baik sangat ke?"


Itulah realiti budak skolah agama..

Majoriti terkejut dek dunia luar..

Akhlak dan ilmu dalam pagar skolah saja..

"Tak sesuai laa semua-semua ni kat luar!"


Kesian ustaz mengajar kita..

Kesian mak bapak nak anak jadi berguna..

Kita ambil sambil lewa..

Alasannya kita bukan insan sempurna..


Memang insan tiada yang sempurna..

Kerana itu dituntut berusaha..

Tak guna ilmu penuh di dada..

Jika tak berusaha menghayatinya..


Bukan mengeji bukan mengata..

Teguran ikhlas dari jiwa..

Teguran buat diri saya juga..

Saya juga insan penuh dosa..


P/S: Bantulah ak..huuhuhuhuhu..

SaLam alaik..

2 comments on "ZaMaN SeKoLaH"

Anonymous said...

assalam...wrt.wbt.
Nurul..memamgnya kita sering terlupa dan cepat panik. kegagalan mempergunakan peluang untuk memberi tazkirah perkara biasa apalagi kalau kita tak bersedia. Ada tu..yg dah tahu bila ditugaskan memberi tazkirah...buat preparation punyalah baik, bila usai usrah terasa ada banyak perkara yg ttinggal tak dbicarakn...ini perkara biasa utk mberi hikmah atau natijah yg baik pd kita. penyelesaiannya muhasabah diri.
Nurul..ummi suka seloka tu. ini jua fanomena pelajar..terkejut dgn persekitarn. apa yg sebenarnya nurul...jati diri, jika kita telah memframekn diri kita insyaAllah kerosakan atau bendaasing sukar menembusi & mempengaruhi kita. Alhamdulliah nurul sedar..itulah hikmahnya. mari kita belajar dari kesilapn.

NuRuLhiDaYani Bt AhmaD on June 25, 2010 at 5:37 PM said...

To Ummi :
Salam Ummi..syukran berkunjung ke blog ana..ana insan biasa yg masih mencari jalan untuk memperbaiki diri kepada yg lebih baik..syukran nasihat ummi..em belajar daripada kesilapan akan lebih meyakinkan diri kte..mg kte semua sentiasa berada dalam rahmat Allah ye ummi..salam alaik..

Post a Comment

..TinggalKan Jejak Anda Di siNi..

Blog Widget by LinkWithin
 

~..SaLam UkHwaH FiLLah..~ Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Blogger Styles Image by Tadpole's Notez