Followers

Thursday, September 1, 2011

Salam Syawal

Posted by NuRuLhiDaYani Bt AhmaD at 9/01/2011 11:59:00 AM 1 comments

"Taqabballahu Minna Waminkum Solih Al-'amal"

Ramadhan sudah berlalu..sedih dan sayu rasanya..sebab belum tentu tahun depan dapat merasai Ramadhan lagi..Mg ini bukan Ramadhan yang terakhir buat diri ini..Ameen Ya Rabb..

Alhamdulillah Syawal telah menjelma..Dikesempatan ini sy nak mengucapkan :

"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI"

Maaf andai diri ini ada melakukan kesalahan kepada sahabat-sahabat semua..Semoga sahabat-sahabat semua sentiasa berada dalam rahmat Allah swt..Ameen Ya Rabb..Sempena di bulan Syawal ini marilah kita saling bermaaf-maafan..Mg mendapat keberkatan..

Allahua'lam..

Salam alaik..


Sunday, August 7, 2011

Ramadhan Kareem

Posted by NuRuLhiDaYani Bt AhmaD at 8/07/2011 09:49:00 AM 0 comments
Ramadhan Kareem sy ucapkan kepada semua umat islam yang sedang menjalankan ibadah puasa. Pejam celik pejam celik dah masuk 7 hari kita berpuasa hari ni. Teringat kenangan bersama sahabat-sahabat di UPSI terutamanya adik-adik di KHAR. Bertarawikh, Bertadarus, Berbuka puasa bersama-sama. Rindu rasanya nak menghadapinya bersama-sama lagi. Semoga adik-adik di sana dapat meneruskan perjuangan dalam mengimarahkan bulan Ramadhan.

Sedikit perkongsian di bulan Ramadhan

Sabda Rasulullah saw :

"Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan"

Ramadhan adalah bulan yang penuh keberkatan. Di awalnya RAHMAH, ditengah-tengahnya MAGHFIRAH, dan Di hujungnya KEBEBASAN daripada API NERAKA. Kejarlah ganjaran-ganjaran yang Allah sediakan untuk kita umat Islam dalam bulan Ramadhan.

Jangan sampai nafsu menguasai akal sehingga kita malas untuk merebut ganjaran-ganjaran yang Allah sediakan. Mungkin ini ramadhan kita yang terakhir. Sesungguhnya kematian itu tidak kita ketahui. Sedikit peringatan, Semoga kita semua menjadi HAMBA ALLAH dan bukan hanya HAMBA RAMADHAN. Ini kerana Hamba Allah adalah orang yang sentiasa mengamalkan amalan yang dilakukan dalam kehidupan sehariannya setiap hari. Manakala hamba ramadhan adalah orang yang hanya mengamalkan amalan yang dilakukan hanya pada bulan ramadhan sahaja. Oleh itu ayuh kita jadikan Ramadhan sebagai pemula kepada perjalanan istiqamah dalam amalan yang kita lakukan.

Semoga dengan keberkatan Ramadhan ini kita dapat menggilap kembali hati kita yang pudar dan melumpuhkan nafsu-nafsu hitam yang bertakhta di hati kita selama ini. Inilah masa yang perlu digunakan sebaik mungkin untuk mendidik kembali nafsu kita yang selama ini dikongkong oleh syaitan.

Berpuasa bukanlah sekadar berlapar semata-mata tetapi puasa adalah berlapar di samping mendidik nafsu dan peribadi manusia. ini adalah jihad yang maha besar yang perlu dihadapi oleh setiap umat Islam. Anggaplah bila kita nak melakukan IBADAH kepada Allah bahawa dihadapan kita adalah SYURGA, di bawah kita adalah NERAKA dan dibelakang kita adalah MALAIKAT MAUT. Semoga kita semua dipermudahkan dalam urusan melakukan IBADAH kepada Allah swt. Ameen Ya Rabb.

Ok la setakat ini dahulu..Moga dengan sedikit perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada kita semua. Allahua'lam..

Salam alaik.

Saturday, July 2, 2011

Budaya Memberi Salam

Posted by NuRuLhiDaYani Bt AhmaD at 7/02/2011 12:32:00 AM 0 comments
Istilah "salam" bermaksud sejahtera yang mana digunakan oleh semua individu sebagai tanda hormatnya apabila bertemu dengan seseorang. Di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Salak Tinggi iaitu tempat sy dilatih menjadi seorang guru, memberi salam merupakan 1 budaya yang diamalkan oleh majoriti pelajar. Ia juga merupakan suatu perbuatan yang positif yang mana wajar diamalkan oleh setiap individu. Sama ada muslim @ none muslim.

Pengalaman sy sepanjang berada di SMK BBST ini tidak pernah lekang dari mulut pelajar untuk memberi salam kepada guru. Buktinya, setiap kali sy bertembung dengan murid-murid di SMK BBST, pasti ucapan salam diberikan sebagai tanda hormat. Alhamdulillah..Ini lah contoh yang terbaik mungkin juga boleh diamalkan di sekolah lain.

Namun wujud pula beberapa persoalan berkaitan :

1) Adakah Muslim ini boleh memberi salam kepada None Muslim?

&

2) Bagaimana pula jawapan bg menyambut salam yang diberi oleh orang None Muslim?


Jawapan :

Oleh itu jawapan berkaitan persoalan di atas sy link kan di bawah. Selamat membaca.


Permasalahan hukum memberi salama kepada bukan Islam dan menjawab salam daripada mereka adalah masalah yang sering membuat orang Islam tertanya,adakah boleh kita sebagai orang Islam memberi salam kepada bukan Islam.


Ini kerana terdapat hadis yang sohih melarang kita memulakan salam kepada ahli kitab. Maka ia menjadi umum kepada semua orang bukan Islam kita tidak boleh memberi salam kepada mereka. Hadis ini ada sebabnya yang kita huraikan insyaallah.

Imam Al Qaradawi telah membincangkan perkara ini di dalam kitabnya yang bernilai Fikh Jihad begitu juga dengan Professor Dr Saadudin Hilali di dalam kitabnya Huququl Insan secara jelas yang boleh melegakan hati kita.

Imam Al-Qaradawi menyatakan bahawa sekumpulan ulama salaf berpendapat bahawa harus memberi salam kepada orang bukan Islam. Mereka berhujjah dengan beberpa ayat Al-Quran:

1: Terjemahan: Allah tidak melarang kamu kalian berbakti kepada mereka yang tidak memerangi dan tidak mengeluarkan kamu kalian daripada rumah-rumah kamu. Al- Muntahanah ayat8.
Di antara melakukan kebaikan adalah memberi salam kepada mereka.

2: terjemahan: (kata-kata Nabi Ibrahim kepada ayahnya walaupun dia kafir)
Selamatlah ke atas kamu, aku akan meminta ampun kepada Tuhanku untuk kamu. Maryam ayat47.

Imam Al-Qurtubi menyebutkan nama beberapa ulama salaf yang membolehkan memberi salam kepada non muslim. Di anataranya Ibnu Mas,ud,Hasan Al Basri, Nakahei, dan Umar Abdul Aziz.

Ibnu Hajar Al-asqalani menyebutkan di dalam kitabnya FathulBari bahawa Abu Umamah dan Ibnu Uyainah berpendapat sedemikian.

Abu Umamah berkata: Sesunguhnya Allah Taala menjadikan salam ini adalah untuk tahiyah(sambutan) kepada kita dan keamanan kepada orang bukan Islam(zimmi).

Adapun hadis yang melarang kita memberi salam,mengikut Imam Qaradawi,ia terbatas pada hari-hari peperangan sahaja. Ini kita boleh ketahui dengan meneliti keadaan hadis ini di mana Nabi ingin menuju ketempat yahudi, Nabi berkata “ Aku akan pergi menunggang esok menuju kegolongan yahudi,jangan mulakan mereka dengan salam”

Kalau kita perhatikan kata-kata Nabi, ini berlaku kerana Nabi ingin menghukum mereka kerana mengkhianati Nabi di dalam peperangan Azhab.

Memberi salam ini lebih diharuskan apabila bertemu dengan sanak saudara atau sahabat handai. Begitu sekiranya pengucapan bukan dengan salam oleh kita kepada bukan Islam seperti Sobahulkhair ia tidak menjadi masalah aau dalam bahasa kita selamat pagi.

Dalam masa yang sama,hukum menjawab salam juga harus sekiranya golongan bukan Islam menyebut kalimah assalamualaikum sepertimana yang dinyatakan oleh Ibnu Al-Qayyim dan Imam Qaradawi.kalau mereka menyebut assamualaikum, cukup dengan menjawab alaikum

Melihat kepada keadaan negara kita, saya merasakan ucapan memberi salam termasuk kepada bukan Islam adalah perkara yang patut digalakkan selagi mana ia memberi kemesraan kepada mereka,kerana Islam ini adalah agama untuk semua, Allah ini Tuhan alam semesta bukan Tuhan orang-orang Islam sahaja. Wallah a’lam.

Sekiranya terdapat pandangan lain dari sahabat-sahabat mohon kongsi di blog sy. Untuk perkongsian kepada sahabat-sahabat lain..Mg ia bermanfaat kepada semua..Allahua'lam

Salam alaik.

Thursday, May 12, 2011

Kenapa Diari

Posted by NuRuLhiDaYani Bt AhmaD at 5/12/2011 12:37:00 AM 2 comments
Salam ukhwah..alhamdulillah..baru sebentar di chat tepi blog saya ada seorang adik datang dari terengganu..dia nyatakan berkaitan ttg "Diari"..hehehe..em semua orang ada diari x dalam hidup?..em mesti ada..salah seorang nya Fasihah Zakariyya..hehe..so miss u my dear..

Em menulis dairi merupakan satu aktiviti yang menyeronokkan..tp x semua yg suka menulis..sy pun..tp menanamkan minat itu adalah lebih baik..sesuatu yang kita x suka memg kita x suka..tp kalau kita terapkan minat tu insyaAllah lama2x suka..tp pada perkara yang baik je k..salah satunya boleh buat kenangan..buat legakan hati..dan macam2x..hehe boleh fikir sendiri k..

Actlly kat blog sy ni sy memg suka click "Diary"..sebab senang terus tekan je..semua masuk dalam diari..insyaAllah nati kalau dah ada kesempatan sy akan tukar jenis2x label tu..mungkin selepas ni lebih spesifik..tp takut tangan ni akan click "Diari" jugek..hehe..

Sedikit kata-kata buat pembaca sekelian juga ditujukan khas buat sahabat-sahabat seperjuangan di Upsi :

" Apabila kamu merasa letih kerana berbuat kebaikan maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan yang dilakukan akan terus kekal..dan sekiranya kamu berseronok dengan dosa, maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan akan terus kekal "

Sekian..Salam alaik.."Selamat beramal"

Nursyahadah

Monday, May 9, 2011

Kenangan Yang Terindah

Posted by NuRuLhiDaYani Bt AhmaD at 5/09/2011 11:51:00 PM 0 comments
Salam ukhwah..em perasan x sesuatu bila sy start menulis..skema kan ayat di awalnya..hehe..it's ok..alhamdulillah sudah bermula sesi aplikasi di sekolah..mengaplikasikan segala teori-teori yg dipelajari sepanjang di universiti..namun utk entry kali ni bukan nak cerita tentang praktikal..tp sambungan bagi kisah "medan peperangan" episod 2..mcm nak mula cerita doremon lak..hehe

Actually nak cerita ttg ni memang dah basi..dah lama ngat nak cerita..b4 ni nak menulis tp x sempat..tapi x pela..at least ada gak sambungan daripada tergantung je kan..hehe

Sepanjang medan peperangan berlangsung, banyak yg ana pelajari daripada medan peperangan di upsi ni..medan peperangan yg ana maksudkan di sini adalah pilihanraya kampus..seronok bila kita menyertai pilihanraya kampus ni..mcm2x perangai kita dapat tgk..kalau kita lihat, setiap kampus ada pilihanraya kampus..mcm2x isu yang berlaku ketika pilihanraya berlansung..isu ptptn, kpm, kebajikan dan lain-lain..masing-masing memperjuangkan manifesto2x masing-masing..

Sedar atau tidak, pilihanraya kampus sedikit sebanyak, banyak memberi kesedaran politik kepada sy..bila kita lihat atur cara semasa pilihanraya berlangsung seperti rapat umum dan berkempen, membuatkan sy teruja..masing-masing menyokong team masing-masing..begitulah dengan Malaysia..mana yg nak sokong pas sokong lah, dan mana yg nak sokong umno sokong lah..enggak ada saper2x kok yg halang..hakikatnya sebagai seorang rakyat bertanggungjawab untuk turun mengundi..kalau kat kampus syarat mengundi adalah student upsi..tapi kalau syarat utama mengudi ketika di PRU adalah nama mesti tersenarai dalam daftar pemilih..

Kenangan bersama sahabat-sahabat di medan peperangan ni x kan ana lupakan sampai bila-bila..memang kenagan manis bersama sahabat-sahabat..bila dah kuar praktikum x de dah kenangan ni di upsi..em gantung poster dengan kawan-kawan..makan sama-sama selepas penat wat keje..buat banner utk calon2x yg bertanding..em alhamdulillah Allah bg nikmat untuk bersama-sama sahabat seperjuangan dalam mengharungi medan peperangan ni..pahit manis telah bersama..hehe..

Setelah penat berkempen utk calon2x yg bertanding hasil daripada itu Alhamdulillah mereka menang..syahdu dan menangis puas apabila keputusan dibaca calon2x MP ramai yg menang..walaupun x 2/3 tp ada hasilnya..syukur sgt2x..Alhamdulillah..

Em berjela lak..x pela..mg sedikit perkongsian ini blh menjadi tatapan buat pembaca sekelian..sori sy x pandai sgt nak bercerita..ok undur diri dahulu..salam ukhwan buat semua..salam alaik..


Nursyahadah

Thursday, April 28, 2011

Setelah Sekian Lama

Posted by NuRuLhiDaYani Bt AhmaD at 4/28/2011 02:06:00 AM 0 comments
Salam perjuangan buat sahabat-sahabatku..

Alhamdulillah, masih diberi kudrat oleh Allah swt utk terus berada dalam alam maya..secara hakikatnya, ana bukanlah seorang yang pandai menulis dalam penulisan..namun bila kita berkehendak maka ia akan menjadi sesuatu yang mudah bagi kita untuk terus menulis..ada seorang sahabat ni berkata kepada ana, ana bukanlah pandai menulis, sedikit je isi, yang lain merepek..hehehe..namun itulah hakikatnya..bg ana itu adalah ayat motivasi untuk terus ana tidak berhenti untuk menulis..

Setiap hari ana buka blog ana..dan setiap hari juga ana melihat "pelawat" di blog ana mesti akan ada orang datang bertandang..ini bermakna ada orang nak baca penulisan ana..walaupun penulisan mcm cakar ayam..hehehe..usaha itu tangga kejayaan..jadi selepas ini kena update blog selalu la..[nada koya di situ]..

Untuk sepanjang ana tidak mengupdate blog bukan x nak update..tp masa x mengizinkan..banyak perkara kena setle b4 nak keluar praktikum..insyaAllah ana akan berpraktikum selama 4 bulan di SMK BBST..bermula 09mei2011 hingga 27ogos2011..mcm lama tp sekejap je..insyaAllah bulan 9 jadi penganggur terhormat..hehe..

InsyaAllah entry akan datang ana akan sambung dengan sambungan entry "Medan Peperangan" tu..insyaAllah..

Entry ni hanya nak start enjin je..baru nak panas balik kan..ngeh3x..em bila kita update blog ni ia menjadi satu kepuasan taw..;)..x cayer tulis la..

K..undur diri dulu..salam ukhwah buat sahabat-sahabat semua..Salam alaik..


Nursyahadah
Upsi
02:40 am

Friday, February 25, 2011

Medan Peperangan (Episod 1)

Posted by NuRuLhiDaYani Bt AhmaD at 2/25/2011 09:00:00 PM 0 comments
Salam Perjuangan buat sahabat-sahabat ana yang sama-sama bersama ana dalam medan peperangan baru-baru ni di Upsi..Alhamdulillah seusai peperangan pengisian kemenangan pula menjadi fokusnya..mampukah ana? Allahua'lam..

Em sebenarnya nak buat tesis ni..tp x de idea ayat..jadi menyimpang jap ke blog ni..lagi pun lama x update..hehe..em pengalaman bersama sahabat-sahabat dalam medan peperangan ni sangat membahagiakan hati ana..manis dan indahnya bersahabat kerana Allah Ta'ala..mg kenangan manis ni dapat di pahat di hati sebagai suatu pengalaman yang x akan dilupakan..

Ok tanpa membuang masa

Medan Peperangan Episod 1

Bermula jam 8:30 Pagi semua calon-calon berkumpul di Bangunan E-Learning..


Srikandi Islam sebelum ke tempat penamaan calon

video

Perarakan yang sedang berlangsung dari Bangunan E-Learning ke tempat Penamaan Calon

Setibanya Di Bangunan BitaraSiswa

Bagaimana keadaan ketika Penamaan Calon? semua calon kita berada dalam keadaan yang sihat-sihat..hehe..fizikal dan mental..Alhamdulillah..

Calon yang menerima bantahan ketika penamaan calon juga Alhamdulillah dapat meneruskan perjuangannya untuk bertanding dalam medan pertempuran..hehe..

Alhamdulillah ketika proses penamaan calon semua YB kita lepas untuk bertanding..walaupun pelbagai mehnah dilalui akhirnya dapat juga bertanding..

Ok sampai disini sahaja dulu..

Allahua'lam..

Bersambung..

Salam alaik


Nursyahadah
4:06 Am

Monday, February 14, 2011

Debaran Semakin Terasa

Posted by NuRuLhiDaYani Bt AhmaD at 2/14/2011 02:17:00 AM 0 comments
Salam perjuangan buat pembaca sekalian..nak menaip teringat macam-macam di kepala..banyak urusan yang perlu dilaksanakan..tp nak juga tulis..sekadar pelega buat hati yang sentiasa berdebar dalam meniti hari yang bakal di tempuhi dalam medan peperangan..wahhh "medan peperangan"..?

Sedikit perkongsian buat pembaca..Allah tidak akan meletakkan kejayaan kepada kita melainkan dengan berusaha..Adakah ayat ini kita gunakan secara teori sahaja atau seiring dengan teknikal..?Perancangan tanpa tindakan tidak akan membuahkan apa-apa hasil..setuju atau tidak pembaca boleh jawab sendiri..kita kata nak berjaya..tapi kita malas nak berusaha..kita kata kita nak Mendaulahkan Islam tapi kita tak nak berkorban..em macam-macam la "Tapi"..nasihat buat diri ini dan pembaca sekalian..

Debaran semakin hari semakin meningkat..x pasti apa yang akan dihadapi menjelang "medan peperangan"..semoga perancangan dan usaha yang telah dibuat seiring dengan perancangan yang Allah telah rancangkan..

Berdebar2x..huhu..istighfar banyak2x..mg ia membantu dalam menghapuskan dosa-dosa yang kita ada buat..Ameen Ya Allah..

Setakat ini dahulu..syukran..

Salam alaik..

Nursyahadah
02:28 am

Saturday, February 5, 2011

Tangan Saya

Posted by NuRuLhiDaYani Bt AhmaD at 2/05/2011 12:51:00 AM 0 comments
Salam ukhwah kepada semua sahabat blogger yg berkunjung ke blog ana..2 minggu jugek ana x update blog..alhmadulillah cuti ana adalah cuti yang benar2x d manfaatkan..bukan d manfaatkan hanya kepada keluarga tetapi juga tugas sebagai seorang pelajar..perancangan yang dirancang alhamdulillah segalanya Allah permudahkan..ameen..alhamdulillah..

Baru2x ni "Tangan Saya" hilang..x tahu g mana..pelik..di sangkut kat kerusi tp boleh hilang sebelah..huhuhu..sedih..ana sayang tangan ana..walaupun "Tangan saya" tu x bp cantik tp "tangan saya" boleh melindungi diri ana daripada kelihatan..huhuhu..Dimanakah kamu wahai "Tanganku"..??

Em apa dia la tu "Tangan Saya" ek..Em "Tangan Saya" tu "Handsock" la..hehehe..dalam bahasa lain stokin tangan..

Ana sayang dekat stokin tangan ana..pertama kali ana pakai stokin tangan masa tu ana sekolah rendah lagi..x silap darjah 6..em pengalaman pertama bila ana pakai stokin tangan tu memang x selesa..rasa mcm tangan tu diikat dengan getah..huhu..tapi selepas 2 hari tu ok..alhamdulillahnya ana x leh x pakai stokin tangan..sehingga ana berumur 23 tahun ni ana x tinggalkan "Tangan Saya" tu..ana g kuliah ana pakai..ke mana sahaja ana pergi "Tangan Saya" mesti ikut sama..

Ana takut..jika ana meninggalkan "Tangan Saya"..ana akan mendapat dosa..ibubapa ana juga akan mendapat dosa daripada apa yang ana buat jika ana x pakai stokin tangan @ perkara2x lain..kenapa?sebab selagi ana belum berkahwin maka dosa2x ana masih ditanggung oleh kedua ibubapa ana..ana x nak mak ngan abah ana menampung dosa2x yang ana buat..ana sayang kedua ibubapa ana..terlalu banyak pengorbanan mereka..antum pula bagaimana??

Ya Allah peliharalah kami daripada berbuat dosa..Ameen Ya Rabb..

Bukan apa..ana melihat keadaan sekeliling..stokin tangan ini diringan-ringankan oleh kaum wanita..kenapa yer..?mungkin panas kot..Allahua'lam..tapi percayalah sahabat2x..cuba la dulu utk memakainya..insyaallah kalau niat kita baik kerana Allah untuk memakainya Allah akan permudahkan seterusnya mengekalkannya..

Nasihat buat diriku juga buat sahabat2x sekelian..

“Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka…” [al-Nur 24: 31]

Sahabat2x pembaca Blogger sekalian..untuk melakukan perubahan terhadap diri kita memang mengambil masa..tp selagi antum belum cuba maka belum tahu..cuba dan peliharalah..mg Allah permudahkan urusan kita dalam mengubah diri kepada yang lebih baik..Allahua'lam..

Sampai sini dahulu..insyaallah ada masa ana menulis lagi..mohon doakan sahabat2x kita yang di mesir mg sampai ke tanah air dengan selamat..mohon maaf jika penulis ada melakukan kesalahan sepanjang penulisannya..syukran..

Salam ukhwah kepada semua..salam alaik..

Nurulhidayani Ahmad
Upsi,Tg Malim
01:24 am

Friday, January 21, 2011

HIDAYANI vs HIDAYAH

Posted by NuRuLhiDaYani Bt AhmaD at 1/21/2011 11:47:00 AM 0 comments
Salam..Rindu tangan ni nak menulis di blog ni..lama x menulis..kalau dulu setiap hari boleh update..bila dah ada tanggungjawab cikit dia jadi seminggu sekali boleh tulis..bertambah tanggungjawab sikit dia jadi 2 minggu sekali boleh tulis..jarang nak tgk sebulan x update..tapi tu la realitinya sekarang..hehe..aiyyyyaaa..gane ni pengurusan masa..

Em seringkali manusia ni berkata x de masa..nak tahu sama ada kita ada masa atau tidak buat lah satu jadual masa bermula dari jam seawal pagi hingga nak tidur..dan antum boleh tengok buktinya..ana berkata berdasarkan apa yang ana dah buat..buktinya hakikat manusia sebenarnya ada je masa..sadis sungguh jika kita kata "kita tak x cukup masa"..sedangkan Allah swt peruntukkan kita 24 jam satu hari..fikir2xkan lah..

Em kembali kepada tajuk utama ana tulis di atas..ana memfokuskan berkaitan "RM 5 vs RM 10"..ana teringat zaman ana sekolah rendah..Sekolah Rendah Islam At-Taqwa..masa tu ana darjah 5..ustaz membuat satu kuiz yang mana kuiz tersebut berbentuk alah-alah roda impian g tu..tp x dek roda pusing yang bulat besar tu pun..cuma kami sebut huruf kalau ada d tulis la huruf tersebut dalam kotak kosong yang disediakan..hanya menggunakan papan hitam dan kapur sahaja..

Em fasa pertama..ana lawan dengan kawan kelas ana..lawan-lawan dan lawan x sangka ana menang..kuiz tu berkaitan dengan sains..ana ni sains lemah..hehe..memang x suka subjek sains..jadi ana kata "em kalau dah soalan sains yang di tanya memang kalah awal2x la ak"..em tp tuah di kaki siapa nampak??[betul ke ayat tu..hehe]..alhamdulillah ana menang utk di kelas darjah 5..nasihat daripada kisah ni ana nak bagitahu kepada pembaca sekalian..jangan kata x blh sebelum anda mencuba terlebih dahulu..cuba dulu baru tahu..

Em fasa kedua ana ke final..mcm kat roda impian betul2x kan..hehe..ana lawan dengan seorang kakak darjah 6..em of coz dia lagi hebat..hehe..nama kakak tu nur hidayah..apa yang berlaku, kak dayah tu menang..kiranya ana kalah la..hehe..

Ganjaran yang diberikan oleh ustaz merangkap guru sains kami, no 1 dapat RM 10..no 2 dapat RM 5..ana dapat RM 5..

Itu adalah ganjaran dunia..yang mana bila ana dapat RM 5 tu seronok dah..tu la nak kata hebatnya kuasa dunia..namun kita perlu ingat ganjaran yang lebih nikmat adalah ganjaran akhirat..setiap perbuatan yang kita lakukan semuanya kita peroleh ganjaran..nak katanya..pilih lah satu diantara dua..ganjaran dunia @ ganjaran akhirat..

Setakat ini biarlah penulisan ana penulisan yang boleh memberi manfaat kepada pembaca sekalian..bukan apa..ana x gemar menulis perkara2x yang berbentuk "cintan dan cintun"..walaupun penulisan ana bukan penulisan yang berkaitan "cintan cintun" mg ia memberi faedah kepada pembaca sekalin..untuk apa kita meluahkan perasaan di blog berkenaan peribadi kita..biarlah yang peribadi itu kita simpan..kerna bila kita ceritakan berkaitan tentang peribadi kita ia menyebabkan pelbagai persepsi timbul..seterusnya kita yang membuat fitnah terhadap diri kita..kan lebih baik kita menggunakan medium ni sebagai penyebaran ilmiah..;)

Ok..setakat ni dahulu..

Salam alaik..

Nursyahadah.
Upsi
12:36 pm

Wednesday, January 12, 2011

Ana Suka Dia

Posted by NuRuLhiDaYani Bt AhmaD at 1/12/2011 12:14:00 PM 0 comments
Salam perjuangan buat pembaca semua..mg antum semua sentiasa berada dalam rahmat Allah swt..InsyaAllah..Rindunyer tangan ni nak menulis..tp tu la..bz konon-konon nya..huhu..

Em beberapa menjak ni agak bertungkus lumus sikit..dengan organisasinya..dengan akedamik nya terutama sekarang tengah fokus untuk Tesis..dah semester 7..jd memang kena hadapi semua ni..kalau dulu tengok orang buat tesis..tgk gelagat orang wat Tesis..sekarang diri ini sedang menghadapinya..Tesis bukan perkara yang mudah..sekiranya Tesis x dapat disiapkan maka bertambahlah umur di UPSI ni..hehe..maksudnya tambah satu lagi semester..huhu mg dijauhkan..dan mg Allah permudahkan urusan kami dalam menghadapi semester 7 nie dengan baik sebelum kami melangkah Praktikum..InsyaAllah..

Allahuakhbar.."ANA SUKA DIA"..

Ayat power disitu yer..hehe..namun ana tidak memfokuskan kepada sesiapa sebaliknya ana fokuskan kepada satu Surah yang terdapat di dalam Al-Quran..

Surah Al-Insyirah..em surah insyirah ni sangat berkesan di hati jika mengamalkan selalu..melalui surah insyirah ni mampu membuatkan hati sentiasa tenang..

Alhamdulillah pengamalan surah insyirah dalam kehidupan seharian ana membuatkan ana merasa tenang dalam menghadapi mehnah dan tribulasi..

Sahabat2x..hebatnya surah insyirah ini mampu membuatkan kita merasa tenang walaupun kita mengahadapi pelbagai mehnah dan tribulasi dalam menjalani kehidupan sehari..sebab mehnah dan tribulasi ni x kan lari dari kehidupan kita..

Tenang setenang "SAKINAH"..

Kalau x percaya..antum cubalah amalkan surah insyirah ni bermula antum membaca entry ini..

Mg memperolehi hasilnya selepas mengamalkannya..insyaAllah..

Ok..undur diri dahulu..

Salam alaik..


Nursyahadah
Upsi
12:24 pm

Blog Widget by LinkWithin
 

~..SaLam UkHwaH FiLLah..~ Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Blogger Styles Image by Tadpole's Notez