Followers

Sunday, March 29, 2009

~""..TaNgIsAn DaN AiR MaTa..""~

Posted by NuRuLhiDaYani Bt AhmaD at 3/29/2009 03:01:00 AM 2 comments
SaLam..
Em antum nak tahu x kalau kter nangis sebenarnyer dapat legakan perasaan kter..tadi petang ana bukak pintu rumah..tiba2x..jeng jeng jeng..terselit satu kertas biru..hehe..ada risalah sahsiah kolej datang..ni nak kongsi sikit ngan antum sume..em rissalah tu ade cakap..
Em sebenarnyer manusia yg lahir dari rahim ibunya bermula dengan tangisan..dari setiap kehendaknya hanya diberitahu dengan cara menangis sehingga pandai bertutur..kelakuan kanak-kanak adalah fitrah daripada Allah s.w.t..bagi orang tasawuf, tangisan dan air mata mempunyai nilai tertentu sebagai tanda penyesalan diri berhubung sesuatu kesalahan yang menyimpang daripada kehendak Allah s.w.t yg pernah dilakukan.
Firman Allah s.w.t menjelaskan ertinya:
"hendaklah mereka tertawa sedikit dan memperbanyakkan menangis, sebagai balasan untuk apa yang mereka lakukan". (surah At-Taubah:82)
Dalam al-Quran disebut cerita mengenai sekumpulan manusia yang menyesal atas dosa yang pernah dilakukan, kemudian diperingatkan terhadap akibat nya yang pedih dalam neraka. lalu tangisan dan titisan air mata itu menjadi salah satu amalan dalam adab atau suatu riadah yang terpuji bagi orang tasawuf. mereka mencontohi nabi dan rasul menangis untuk menyesali dosanya. walaubagaimanapun tangisan dan air mata ini mempunyai manfaatnya yg tersendiri dari sudut sains.
Air mata boleh dibahagikan kepada 3 jenis iaitu:
1) Air mata basal iaitu untuk melembapkan mata
2) Air mata reflek dihasilkan apabila air mata mengalami keradangan (apabila mengupas bawang atau terkena habuk)
3) Air mata emosi dihasilkan apabila badan bertindak balas terhadap perubahan emosi
Setiap jenis air mata ini mempunyai komposisi hormon dan bahan kimia berbeza. Saintis mendapati air mata emosi mengandungi paras logam mengan dan hormon prolaktin lebih tinggi. Apabila kita menangis 2 bahan ini di ambil daripada bahan dan dikeluarkan melalui air mata. Ia membantu meredakan perasaan. ini disebabnya kita berasa lebih tenang selepas menangis. Air mata emosi hanya terhasil apabila berlaku perubahan emosi. Banyak faktor boleh mengakibatkan emosi seseorang berubah, seperti kesedihan kehilangan orang yang tersayang. Apabila emosi berubah sistem saraf bertindak balas dengan merangsang saraf kranial (saraf dari otak) dan mengahantar isyarat kepada kelenjar air mata lakrimal (kelenjar air mata paling besar).
Penyelidik percaya, kelenjar ini mengeluarkan jumlah air mata mengandungi bahan kimia dan hormon tertentu untuk menstabilkan semula perasaan seseorang apabila menghadapi tekanan emosi.
Bagi wanita tangisan dianggap perkara biasa tetapi bagi lelaki ada yang mengaggap ia sebagai satu tanda kelemahan. individu yg tidak menangis terutama apabila mengalami tragedi sperti kematian atau putus cinta sebenarnya lebih menderita secara fizikal. ini kerana tidak dapat meluahkan keperitan yg dialami melalui tangisan..
Jadi moral of the story..jika anda sedih, tiada salahnya untuk menangis kerana ia antara proses semula jadi untuk mententeramkan semula perasaan dan fikiran kita..
k jumpe lg..=)
SaLam Alaik..

Friday, March 27, 2009

~sO MiSs U aLL~

Posted by NuRuLhiDaYani Bt AhmaD at 3/27/2009 02:09:00 AM 0 comments

SaLam..
emm rindunyer ngan nak n abah..huhu..tersangat-sangat rindu..
em semoga mak n abah berada dalam lindungan rahmat Allah s.w.t..
mak abah tabahlah dalam menghadapi ujian Allah ye..ujian dtg nak kuatkan kita pada jalannya..Amin Ya Rabb..
LOVE MAK n ABAH 4 Ever n Ever..
untuk antum semua..ibubapa adalah org yang melahirkan kter..tanpa mereka tiadalah kita..bersyukur lah dengannya..em mereka jualah yang mendidik kita dari kecik sampai besar..
em hormatilah mereka..dan sentiasalah mengingati mereka dalam doa kita..
adakah anda mampu membalas jasa mereka?????
Berdoalah, Sesungguhnya Allah swt itu Dekat:
Allah berfirman:
"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran" (Al-Baqarah 2:186)
Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a bahawa beliau bersabda:
"Do'a seorang hamba akan sentiasa dikabulkan selama ia tidak berdo'a untuk perbuatan dosa atau memutuskan silaturrahim dan selama ia tidak tergesa-gesa. "Seseorang bertanya: "Ya Rasulullah, apa yang dimaksudkan dengan tergesa-gesa?", Beliau menjawab, "Iaitu ia berkata, 'Sesungguhnya aku telah berdo'a, tetapi belum pernah aku melihat do'aku dikabulkan' Maka ketika ia merasa letih dan akhirnya meninggalkan do'a"(HR Muslim (IV/2096) no 2735)..
Sumber tafsir Ibnu Kathir..
em lmbt atau cepat doa kita dimakbulkan oleh Allah adalah x penting..yg penting usha kita dalam berdoa kepada Allah..bukan tunggu ada kesulitan baru kita nak berdoa..tp selalulah berdoa kepada Allah untuk mendapatkan keredhaannya..em jgn sombong..=)
em k la..ngantok dah..huhu..nak tdo dulu..selamat malam..
SaLam aLaik..=)

.::KeNaPa AkU DiUji::.

Posted by NuRuLhiDaYani Bt AhmaD at 3/27/2009 01:38:00 AM 0 comments
SaLam..

emm lame rs nyer x update blog nie..huhu..org jawa kata ''kangen"..hehe..em taw ke maksud kangen???"rindu"..hehe..

Emm pagi nie nak kongsi something..sesuatu yg lumrah berlaku pada kehidupan kita sama ada ujian itu besar o kecil..em kehidupan kat dunia nie mesti ada dugaan n cabaran nyer..x kisah la waktu belajar o luar dari belajar..tp apa yg berlaku semua proses pembelajaran kan..em yg penting setiap ujian yg datang itu datang nyer dari pencipta kita "ALLAH s.w.t"..yg mana nak lihat duga kita sama ada kita mampu atau x dalam menempuh ujiannya..sebenarnya Allah syg kan kita..=)

sedikit ana kongsi dengan antum..

KENAPA AKU DIUJI?

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." - Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." - Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." - Surah Al-Baqarah ayat 286 RASA FRUST? "Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman." - Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)." - Surah Al-Imran ayat 200 "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" - Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... - Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." - Surah At-Taubah ayat 129

AKU TAK DAPAT TAHAN!!!

"..dan jgnlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." - Surah Yusuf ayat 12

Emm disini la kita perlu berfikir..adakah semua ini sebagai peringatan @ ???

Sampai sini dulu..kalau panjang umur insyaAllah Ilmu seterusnya akan berkunjung di blog ana yg x seberapa nie..hehe..
Emm sma2x lah kita muhasabah diri fikir di setiap apa yg berlaku..ana bukan lah seorang yg sempurna..tp x salah untuk menuju ke arah sempurna itu..Allah menyukai org yg x pts asa..emm ingt taw.."Allah x kan uji seseorg umat itu sekirannya dia x mampu.."

Wailalliqa'..ma'assalamah..=)

SaLam aLaik..

Monday, March 23, 2009

""JANGANLAH BERKATA BURUK DAN MAAFKANLAH

Posted by NuRuLhiDaYani Bt AhmaD at 3/23/2009 12:28:00 PM 0 comments
SaLam..


em nak dekat akhir kuliah banyak esgmnt nak kene hantar..huhhu..em tp alhamdulillah segala d permudahkan..amin ya Rabb..


em nak kongsi sikit ttg kenapa jgn berkata buruk tp maafkan..

semua yg berlaku mesti ada hikmahnyer..


nak tahu x..??????


nak..hehehehehe..


Janganlah Berkata Buruk dan Maafkanlah, Sekalipun Kamu Dianiaya..

kadang-kadang ada org dtg kepada kter dan tikam kter dr belakang..em sabar dan doa adalah senjata bagi umat islam..


sape kata x sakit ble org tikam kter dr belakang..???

sakit..tp ujian itu dtg dr Allah utk lebih kuatkan kter pada jalannya..


x kisahlah..org tikam belakang ke..ap ke..disakitkan hati..o d malukan ke..o whatever la yg menyakitkan hati..tp ingtlah Allah x kan uji seseorang itu sekiranya dia x mampu..


Allah berfirman : "Allah tidak menyukai ucapan buruk, (yang diucapkan) dengan terus terang kecuali oleh orang yang dianiaya. Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui" (An-Nisa' 4:148)


Tafsiran Ulama' Salaf berkenaan ayat ini: Ibnu Abi Talhah meriwayatkan dari Ibnu Abbas tentang ayat ini, ia berkata: "Allah tidak menyukai seseorang mendoakan keburukan bagi orang lain, kecuali bila ia dizalimi.


Kerana..


Allah swt telah memberikan keringanan pada nya untuk mendoakan keburukan bagi orang lain yang yang menzaliminya. Dan bila bersabar, itu lebih baik baginya"(Ath-Thabari (IX/344)


Rasulullah saw bersabda: "Tidak akan berkurang harta kerana sedekah, dan Allah tidaklah menambahkan kepada seorang hamba yang memberi maaf, kecuali kemuliaan. Dan barangsiapa yang merendahkan diri kepada Allah swt, nescaya Allah akan mengangkatnya" (HR Muslim (IV/2001) Muslim no 2588)


prinsip yg sy pgg..


x semestinya kita diam kita kalah tp diam adalah kerana benar..

x dapat berkata di dunia tp kita akan dapat di akhirat..insyaAllah..


emmm ok la..sampai sini dulu..same2x la kter fikir k..

mane yg baik datangnya dr Allah dan yg x baik itu datangnya dari kelemahan diri sy sendiri..


SaLam alaik..=)

Thursday, March 19, 2009

``~samBungan~``

Posted by NuRuLhiDaYani Bt AhmaD at 3/19/2009 06:11:00 AM 0 comments


SaLam..

Selepas 2 hari muncul semula..macam chip more lak..kejap ad kejap x de..=)
ari selasa 10hbmac09 catatan ana berkaitan tentang "krisis tidur"
hari ni ana sambung semula..
kalau antum semua ada masalah krisis tido..ha ikutlah nie..

"PANDUAN TIDUR DARIPADA RASULULLAH"
Nabi Muhammad s.a.w telah memberikan panduan kepada kita tentang cara tidur yang betul..Tabiat tidur yang Baginda amalkan merupakan yang terbaik dan bagus untuk tubuh badan yg kita boleh amalkan..

APA YANG NABI AMALKAN?????
1) Tidur awal dan bangun pada setengah kedua malam yang sama..

SELEPAS ITU????
2) Bersugi dengan menggunakan miswak
3) Berwuduk
4) Mendirikan sembahyang

APA YANG KITA DAPAT JIKA MELAKUKANNYA????
* Badan sihat disamping mencari keredhaan-Nya

emmmmm...wat mase ni setakat itu dulu..insyaAllah d panjangkan umur kita berjumpe lg..

B4 undur diri sedikit nak kongsi."kita hidup d dunia hanya sementara waktu sahaja..kehidupan yg kekal hanyalah di akhirat..kejarlah akhirat itu.."
sama-samaLah kita Fikirkan...

sEmOga KteR saMer2x DpT TamBaHkan AmaLan KitA..=)

SaLam Alaik..=)

Wednesday, March 18, 2009

~keRisiS TidUr~

Posted by NuRuLhiDaYani Bt AhmaD at 3/18/2009 02:40:00 AM 0 comments
SaLam..
firman Allah s.w.t bermaksud:
"Dan dialah yang menidurkan kamu pada waktu malam dan mengetahui apa yang kamu kerjakan pada siang hari;kemudian dia bangunkan kamu daripada tidur padanya, untuk disempurnakan ajal (masa umur kamu) yang telah ditetapkan. kemudian kepadanyalah tempat kamu kembali, kemudian dia menyatakan kepada kamu apa yang kamu lakukan."{al-an'am:60)
sudah menjadi sunnaha Allah bahawa manusia bergerak cergas pada siang hari dan berehat pada waktu malamnya. bahkan kedua-dua waktu ini tidak diciptakan sia-sia, malah terdapat padanya pelbagai hikmah buat insan yang mahu berfikir...
lihatlah bagaimana Allah s.w.t menjadikan waktu malam khusus untuk hamba-hambanya beristirahat dan beribadah di kediaman masing-masing bagi mengelakkan daripada bahaya kerana pada waktu inilah Allah s.w.t melepaskan haiwan-haiwan noktural yang liar keluar melata mencari makanan.
tidur malam yang cukup amat penting terhadap kesihatan individu. menurut institut penyakit neurologikal dan strok amerika, tempoh tidur bagi individu bergantung kepada beberapa faktor:
BAYI: 16jam tidur (hehehe ni tok bayi je..remaja n dewasa jgn ngade2 nak amik tempoh jam ni..)
REMAJA: 8jam tidur
DEWASA: 6-7jam tidur..jangan lebih2x..hehehe
em k la berhenti dulu..huhu..jumpe sambungannya lg..insyaAllah..=)
fikirkanlah dahulu sama ada anda cukup tdo ke terlebih tdo ye..
assalamualaikumm..
Blog Widget by LinkWithin
 

~..SaLam UkHwaH FiLLah..~ Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Blogger Styles Image by Tadpole's Notez