Followers

Showing posts with label Diary. Show all posts
Showing posts with label Diary. Show all posts

Thursday, April 5, 2012

Hampir Setahun

Posted by NuRuLhiDaYani Bt AhmaD at 4/05/2012 08:13:00 AM 4 comments
Salam Ukhwah buat pembaca sekalian..tajuk di atas menggambarkan sudah tersangat lama sy tidak mengupdate blog.. salah satu asbab nyer lupa password blog ni..hehe..em sepanjang hampir setahun macam2x berlaku dalam hidupku..percaya @ tidak itulah yang telah berlaku..

Seusai praktikal sy di SMK BBST pada 27 Ogos 2011 maka selesai tempoh saya menuntut ilmu di peringkat ijazah, Alhamdulillah..InsyaAllah pada bulan mei ni saya dan sahabat-sahabat pengajian saya akan berkonvo..Walaupun ia hanya sekadar adat bagi usai pengajian namun ia merupakan penghargaan buat diri saya yang tak pernah berkonvo ni..hehe..

Kehidupan ohhh kehidupan..kat bawah nukilan ku sendiri..w/pun ayatnya carca merba at least diri ini berusaha untuk menciptanya..hehe..Jom teruskan membaca..

Tentang "Hampir Setahun"..

Kini aku adalah seorang isteri,
Kepada Suhainizam Sharif ketetapan olehmu,
Percaya @ tidak?
Itulah hadiah Ilahi buatku..

Inilah perjalanan hidupku dalam "Mencipta Syurga Rumah Tangga" bersama suami tercinta Suhainizam Sharif.

Kini aku adalah seorang mahasiswa,
Memahami tuntutan menuntut itu wajib,
Dari Ijazah kepada Master,
Makanya aku Mengembangkan sayap mencari ilmu,
Kerana ia mampu mendekatkan diri ini kepada ilahi..

Semoga perjalanan diriku dalam menuntut ilmu dipermudahkan oleh ilahi serta mendapat keberkatannya.. "Sentiasa berubah secara positif, Cemerlangkan diri untuk membentuk keluarga gemilang"

Kini aku adalah Pendokong,
Bersama-sama dalam Haraki Islamiah,
Moga Allah terus cekalkan hati,
Untuk terus berada dalam jalan dakwah..

Pahit manis bersama suami dalam haraki islamiah ini memang teruji dalam melayari dunia realiti ini..sangat di tarbiyah oleh ilahi..Andai tidak dicekalkan hati maka akan terus tersungkur..Allah..Semoga Allah permudahkan urusan kami dalam jalan dakwah kami..Ameen Ya Rabb..

Bilakah agaknya Diri ini seorang GURU? [Sentiasa sebenarnya..hehe]
Menanti pada bulan April..
Semoga Ilahi permudahkan urusan kami..Ameen Ya Rabb..

Huuu..sekian terima kasih..hehehe..

InsyaAllah entry akan datang akan menyusul..Doakan mg jari-jemari ini pantas bergerak menaip entry-entry utk tatapan sahabat-sahabat..InsyaAllah..Rabbi Yassir Wala Tuassir..Allahumma Ameen..

Sunday, August 7, 2011

Ramadhan Kareem

Posted by NuRuLhiDaYani Bt AhmaD at 8/07/2011 09:49:00 AM 0 comments
Ramadhan Kareem sy ucapkan kepada semua umat islam yang sedang menjalankan ibadah puasa. Pejam celik pejam celik dah masuk 7 hari kita berpuasa hari ni. Teringat kenangan bersama sahabat-sahabat di UPSI terutamanya adik-adik di KHAR. Bertarawikh, Bertadarus, Berbuka puasa bersama-sama. Rindu rasanya nak menghadapinya bersama-sama lagi. Semoga adik-adik di sana dapat meneruskan perjuangan dalam mengimarahkan bulan Ramadhan.

Sedikit perkongsian di bulan Ramadhan

Sabda Rasulullah saw :

"Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan"

Ramadhan adalah bulan yang penuh keberkatan. Di awalnya RAHMAH, ditengah-tengahnya MAGHFIRAH, dan Di hujungnya KEBEBASAN daripada API NERAKA. Kejarlah ganjaran-ganjaran yang Allah sediakan untuk kita umat Islam dalam bulan Ramadhan.

Jangan sampai nafsu menguasai akal sehingga kita malas untuk merebut ganjaran-ganjaran yang Allah sediakan. Mungkin ini ramadhan kita yang terakhir. Sesungguhnya kematian itu tidak kita ketahui. Sedikit peringatan, Semoga kita semua menjadi HAMBA ALLAH dan bukan hanya HAMBA RAMADHAN. Ini kerana Hamba Allah adalah orang yang sentiasa mengamalkan amalan yang dilakukan dalam kehidupan sehariannya setiap hari. Manakala hamba ramadhan adalah orang yang hanya mengamalkan amalan yang dilakukan hanya pada bulan ramadhan sahaja. Oleh itu ayuh kita jadikan Ramadhan sebagai pemula kepada perjalanan istiqamah dalam amalan yang kita lakukan.

Semoga dengan keberkatan Ramadhan ini kita dapat menggilap kembali hati kita yang pudar dan melumpuhkan nafsu-nafsu hitam yang bertakhta di hati kita selama ini. Inilah masa yang perlu digunakan sebaik mungkin untuk mendidik kembali nafsu kita yang selama ini dikongkong oleh syaitan.

Berpuasa bukanlah sekadar berlapar semata-mata tetapi puasa adalah berlapar di samping mendidik nafsu dan peribadi manusia. ini adalah jihad yang maha besar yang perlu dihadapi oleh setiap umat Islam. Anggaplah bila kita nak melakukan IBADAH kepada Allah bahawa dihadapan kita adalah SYURGA, di bawah kita adalah NERAKA dan dibelakang kita adalah MALAIKAT MAUT. Semoga kita semua dipermudahkan dalam urusan melakukan IBADAH kepada Allah swt. Ameen Ya Rabb.

Ok la setakat ini dahulu..Moga dengan sedikit perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada kita semua. Allahua'lam..

Salam alaik.

Thursday, May 12, 2011

Kenapa Diari

Posted by NuRuLhiDaYani Bt AhmaD at 5/12/2011 12:37:00 AM 2 comments
Salam ukhwah..alhamdulillah..baru sebentar di chat tepi blog saya ada seorang adik datang dari terengganu..dia nyatakan berkaitan ttg "Diari"..hehehe..em semua orang ada diari x dalam hidup?..em mesti ada..salah seorang nya Fasihah Zakariyya..hehe..so miss u my dear..

Em menulis dairi merupakan satu aktiviti yang menyeronokkan..tp x semua yg suka menulis..sy pun..tp menanamkan minat itu adalah lebih baik..sesuatu yang kita x suka memg kita x suka..tp kalau kita terapkan minat tu insyaAllah lama2x suka..tp pada perkara yang baik je k..salah satunya boleh buat kenangan..buat legakan hati..dan macam2x..hehe boleh fikir sendiri k..

Actlly kat blog sy ni sy memg suka click "Diary"..sebab senang terus tekan je..semua masuk dalam diari..insyaAllah nati kalau dah ada kesempatan sy akan tukar jenis2x label tu..mungkin selepas ni lebih spesifik..tp takut tangan ni akan click "Diari" jugek..hehe..

Sedikit kata-kata buat pembaca sekelian juga ditujukan khas buat sahabat-sahabat seperjuangan di Upsi :

" Apabila kamu merasa letih kerana berbuat kebaikan maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan yang dilakukan akan terus kekal..dan sekiranya kamu berseronok dengan dosa, maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan akan terus kekal "

Sekian..Salam alaik.."Selamat beramal"

Nursyahadah

Monday, May 9, 2011

Kenangan Yang Terindah

Posted by NuRuLhiDaYani Bt AhmaD at 5/09/2011 11:51:00 PM 0 comments
Salam ukhwah..em perasan x sesuatu bila sy start menulis..skema kan ayat di awalnya..hehe..it's ok..alhamdulillah sudah bermula sesi aplikasi di sekolah..mengaplikasikan segala teori-teori yg dipelajari sepanjang di universiti..namun utk entry kali ni bukan nak cerita tentang praktikal..tp sambungan bagi kisah "medan peperangan" episod 2..mcm nak mula cerita doremon lak..hehe

Actually nak cerita ttg ni memang dah basi..dah lama ngat nak cerita..b4 ni nak menulis tp x sempat..tapi x pela..at least ada gak sambungan daripada tergantung je kan..hehe

Sepanjang medan peperangan berlangsung, banyak yg ana pelajari daripada medan peperangan di upsi ni..medan peperangan yg ana maksudkan di sini adalah pilihanraya kampus..seronok bila kita menyertai pilihanraya kampus ni..mcm2x perangai kita dapat tgk..kalau kita lihat, setiap kampus ada pilihanraya kampus..mcm2x isu yang berlaku ketika pilihanraya berlansung..isu ptptn, kpm, kebajikan dan lain-lain..masing-masing memperjuangkan manifesto2x masing-masing..

Sedar atau tidak, pilihanraya kampus sedikit sebanyak, banyak memberi kesedaran politik kepada sy..bila kita lihat atur cara semasa pilihanraya berlangsung seperti rapat umum dan berkempen, membuatkan sy teruja..masing-masing menyokong team masing-masing..begitulah dengan Malaysia..mana yg nak sokong pas sokong lah, dan mana yg nak sokong umno sokong lah..enggak ada saper2x kok yg halang..hakikatnya sebagai seorang rakyat bertanggungjawab untuk turun mengundi..kalau kat kampus syarat mengundi adalah student upsi..tapi kalau syarat utama mengudi ketika di PRU adalah nama mesti tersenarai dalam daftar pemilih..

Kenangan bersama sahabat-sahabat di medan peperangan ni x kan ana lupakan sampai bila-bila..memang kenagan manis bersama sahabat-sahabat..bila dah kuar praktikum x de dah kenangan ni di upsi..em gantung poster dengan kawan-kawan..makan sama-sama selepas penat wat keje..buat banner utk calon2x yg bertanding..em alhamdulillah Allah bg nikmat untuk bersama-sama sahabat seperjuangan dalam mengharungi medan peperangan ni..pahit manis telah bersama..hehe..

Setelah penat berkempen utk calon2x yg bertanding hasil daripada itu Alhamdulillah mereka menang..syahdu dan menangis puas apabila keputusan dibaca calon2x MP ramai yg menang..walaupun x 2/3 tp ada hasilnya..syukur sgt2x..Alhamdulillah..

Em berjela lak..x pela..mg sedikit perkongsian ini blh menjadi tatapan buat pembaca sekelian..sori sy x pandai sgt nak bercerita..ok undur diri dahulu..salam ukhwan buat semua..salam alaik..


Nursyahadah

Thursday, April 28, 2011

Setelah Sekian Lama

Posted by NuRuLhiDaYani Bt AhmaD at 4/28/2011 02:06:00 AM 0 comments
Salam perjuangan buat sahabat-sahabatku..

Alhamdulillah, masih diberi kudrat oleh Allah swt utk terus berada dalam alam maya..secara hakikatnya, ana bukanlah seorang yang pandai menulis dalam penulisan..namun bila kita berkehendak maka ia akan menjadi sesuatu yang mudah bagi kita untuk terus menulis..ada seorang sahabat ni berkata kepada ana, ana bukanlah pandai menulis, sedikit je isi, yang lain merepek..hehehe..namun itulah hakikatnya..bg ana itu adalah ayat motivasi untuk terus ana tidak berhenti untuk menulis..

Setiap hari ana buka blog ana..dan setiap hari juga ana melihat "pelawat" di blog ana mesti akan ada orang datang bertandang..ini bermakna ada orang nak baca penulisan ana..walaupun penulisan mcm cakar ayam..hehehe..usaha itu tangga kejayaan..jadi selepas ini kena update blog selalu la..[nada koya di situ]..

Untuk sepanjang ana tidak mengupdate blog bukan x nak update..tp masa x mengizinkan..banyak perkara kena setle b4 nak keluar praktikum..insyaAllah ana akan berpraktikum selama 4 bulan di SMK BBST..bermula 09mei2011 hingga 27ogos2011..mcm lama tp sekejap je..insyaAllah bulan 9 jadi penganggur terhormat..hehe..

InsyaAllah entry akan datang ana akan sambung dengan sambungan entry "Medan Peperangan" tu..insyaAllah..

Entry ni hanya nak start enjin je..baru nak panas balik kan..ngeh3x..em bila kita update blog ni ia menjadi satu kepuasan taw..;)..x cayer tulis la..

K..undur diri dulu..salam ukhwah buat sahabat-sahabat semua..Salam alaik..


Nursyahadah
Upsi
02:40 am

Friday, February 25, 2011

Medan Peperangan (Episod 1)

Posted by NuRuLhiDaYani Bt AhmaD at 2/25/2011 09:00:00 PM 0 comments
Salam Perjuangan buat sahabat-sahabat ana yang sama-sama bersama ana dalam medan peperangan baru-baru ni di Upsi..Alhamdulillah seusai peperangan pengisian kemenangan pula menjadi fokusnya..mampukah ana? Allahua'lam..

Em sebenarnya nak buat tesis ni..tp x de idea ayat..jadi menyimpang jap ke blog ni..lagi pun lama x update..hehe..em pengalaman bersama sahabat-sahabat dalam medan peperangan ni sangat membahagiakan hati ana..manis dan indahnya bersahabat kerana Allah Ta'ala..mg kenangan manis ni dapat di pahat di hati sebagai suatu pengalaman yang x akan dilupakan..

Ok tanpa membuang masa

Medan Peperangan Episod 1

Bermula jam 8:30 Pagi semua calon-calon berkumpul di Bangunan E-Learning..


Srikandi Islam sebelum ke tempat penamaan calon


Perarakan yang sedang berlangsung dari Bangunan E-Learning ke tempat Penamaan Calon

Setibanya Di Bangunan BitaraSiswa

Bagaimana keadaan ketika Penamaan Calon? semua calon kita berada dalam keadaan yang sihat-sihat..hehe..fizikal dan mental..Alhamdulillah..

Calon yang menerima bantahan ketika penamaan calon juga Alhamdulillah dapat meneruskan perjuangannya untuk bertanding dalam medan pertempuran..hehe..

Alhamdulillah ketika proses penamaan calon semua YB kita lepas untuk bertanding..walaupun pelbagai mehnah dilalui akhirnya dapat juga bertanding..

Ok sampai disini sahaja dulu..

Allahua'lam..

Bersambung..

Salam alaik


Nursyahadah
4:06 Am

Monday, February 14, 2011

Debaran Semakin Terasa

Posted by NuRuLhiDaYani Bt AhmaD at 2/14/2011 02:17:00 AM 0 comments
Salam perjuangan buat pembaca sekalian..nak menaip teringat macam-macam di kepala..banyak urusan yang perlu dilaksanakan..tp nak juga tulis..sekadar pelega buat hati yang sentiasa berdebar dalam meniti hari yang bakal di tempuhi dalam medan peperangan..wahhh "medan peperangan"..?

Sedikit perkongsian buat pembaca..Allah tidak akan meletakkan kejayaan kepada kita melainkan dengan berusaha..Adakah ayat ini kita gunakan secara teori sahaja atau seiring dengan teknikal..?Perancangan tanpa tindakan tidak akan membuahkan apa-apa hasil..setuju atau tidak pembaca boleh jawab sendiri..kita kata nak berjaya..tapi kita malas nak berusaha..kita kata kita nak Mendaulahkan Islam tapi kita tak nak berkorban..em macam-macam la "Tapi"..nasihat buat diri ini dan pembaca sekalian..

Debaran semakin hari semakin meningkat..x pasti apa yang akan dihadapi menjelang "medan peperangan"..semoga perancangan dan usaha yang telah dibuat seiring dengan perancangan yang Allah telah rancangkan..

Berdebar2x..huhu..istighfar banyak2x..mg ia membantu dalam menghapuskan dosa-dosa yang kita ada buat..Ameen Ya Allah..

Setakat ini dahulu..syukran..

Salam alaik..

Nursyahadah
02:28 am

Saturday, February 5, 2011

Tangan Saya

Posted by NuRuLhiDaYani Bt AhmaD at 2/05/2011 12:51:00 AM 0 comments
Salam ukhwah kepada semua sahabat blogger yg berkunjung ke blog ana..2 minggu jugek ana x update blog..alhmadulillah cuti ana adalah cuti yang benar2x d manfaatkan..bukan d manfaatkan hanya kepada keluarga tetapi juga tugas sebagai seorang pelajar..perancangan yang dirancang alhamdulillah segalanya Allah permudahkan..ameen..alhamdulillah..

Baru2x ni "Tangan Saya" hilang..x tahu g mana..pelik..di sangkut kat kerusi tp boleh hilang sebelah..huhuhu..sedih..ana sayang tangan ana..walaupun "Tangan saya" tu x bp cantik tp "tangan saya" boleh melindungi diri ana daripada kelihatan..huhuhu..Dimanakah kamu wahai "Tanganku"..??

Em apa dia la tu "Tangan Saya" ek..Em "Tangan Saya" tu "Handsock" la..hehehe..dalam bahasa lain stokin tangan..

Ana sayang dekat stokin tangan ana..pertama kali ana pakai stokin tangan masa tu ana sekolah rendah lagi..x silap darjah 6..em pengalaman pertama bila ana pakai stokin tangan tu memang x selesa..rasa mcm tangan tu diikat dengan getah..huhu..tapi selepas 2 hari tu ok..alhamdulillahnya ana x leh x pakai stokin tangan..sehingga ana berumur 23 tahun ni ana x tinggalkan "Tangan Saya" tu..ana g kuliah ana pakai..ke mana sahaja ana pergi "Tangan Saya" mesti ikut sama..

Ana takut..jika ana meninggalkan "Tangan Saya"..ana akan mendapat dosa..ibubapa ana juga akan mendapat dosa daripada apa yang ana buat jika ana x pakai stokin tangan @ perkara2x lain..kenapa?sebab selagi ana belum berkahwin maka dosa2x ana masih ditanggung oleh kedua ibubapa ana..ana x nak mak ngan abah ana menampung dosa2x yang ana buat..ana sayang kedua ibubapa ana..terlalu banyak pengorbanan mereka..antum pula bagaimana??

Ya Allah peliharalah kami daripada berbuat dosa..Ameen Ya Rabb..

Bukan apa..ana melihat keadaan sekeliling..stokin tangan ini diringan-ringankan oleh kaum wanita..kenapa yer..?mungkin panas kot..Allahua'lam..tapi percayalah sahabat2x..cuba la dulu utk memakainya..insyaallah kalau niat kita baik kerana Allah untuk memakainya Allah akan permudahkan seterusnya mengekalkannya..

Nasihat buat diriku juga buat sahabat2x sekelian..

“Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka…” [al-Nur 24: 31]

Sahabat2x pembaca Blogger sekalian..untuk melakukan perubahan terhadap diri kita memang mengambil masa..tp selagi antum belum cuba maka belum tahu..cuba dan peliharalah..mg Allah permudahkan urusan kita dalam mengubah diri kepada yang lebih baik..Allahua'lam..

Sampai sini dahulu..insyaallah ada masa ana menulis lagi..mohon doakan sahabat2x kita yang di mesir mg sampai ke tanah air dengan selamat..mohon maaf jika penulis ada melakukan kesalahan sepanjang penulisannya..syukran..

Salam ukhwah kepada semua..salam alaik..

Nurulhidayani Ahmad
Upsi,Tg Malim
01:24 am

Friday, January 21, 2011

HIDAYANI vs HIDAYAH

Posted by NuRuLhiDaYani Bt AhmaD at 1/21/2011 11:47:00 AM 0 comments
Salam..Rindu tangan ni nak menulis di blog ni..lama x menulis..kalau dulu setiap hari boleh update..bila dah ada tanggungjawab cikit dia jadi seminggu sekali boleh tulis..bertambah tanggungjawab sikit dia jadi 2 minggu sekali boleh tulis..jarang nak tgk sebulan x update..tapi tu la realitinya sekarang..hehe..aiyyyyaaa..gane ni pengurusan masa..

Em seringkali manusia ni berkata x de masa..nak tahu sama ada kita ada masa atau tidak buat lah satu jadual masa bermula dari jam seawal pagi hingga nak tidur..dan antum boleh tengok buktinya..ana berkata berdasarkan apa yang ana dah buat..buktinya hakikat manusia sebenarnya ada je masa..sadis sungguh jika kita kata "kita tak x cukup masa"..sedangkan Allah swt peruntukkan kita 24 jam satu hari..fikir2xkan lah..

Em kembali kepada tajuk utama ana tulis di atas..ana memfokuskan berkaitan "RM 5 vs RM 10"..ana teringat zaman ana sekolah rendah..Sekolah Rendah Islam At-Taqwa..masa tu ana darjah 5..ustaz membuat satu kuiz yang mana kuiz tersebut berbentuk alah-alah roda impian g tu..tp x dek roda pusing yang bulat besar tu pun..cuma kami sebut huruf kalau ada d tulis la huruf tersebut dalam kotak kosong yang disediakan..hanya menggunakan papan hitam dan kapur sahaja..

Em fasa pertama..ana lawan dengan kawan kelas ana..lawan-lawan dan lawan x sangka ana menang..kuiz tu berkaitan dengan sains..ana ni sains lemah..hehe..memang x suka subjek sains..jadi ana kata "em kalau dah soalan sains yang di tanya memang kalah awal2x la ak"..em tp tuah di kaki siapa nampak??[betul ke ayat tu..hehe]..alhamdulillah ana menang utk di kelas darjah 5..nasihat daripada kisah ni ana nak bagitahu kepada pembaca sekalian..jangan kata x blh sebelum anda mencuba terlebih dahulu..cuba dulu baru tahu..

Em fasa kedua ana ke final..mcm kat roda impian betul2x kan..hehe..ana lawan dengan seorang kakak darjah 6..em of coz dia lagi hebat..hehe..nama kakak tu nur hidayah..apa yang berlaku, kak dayah tu menang..kiranya ana kalah la..hehe..

Ganjaran yang diberikan oleh ustaz merangkap guru sains kami, no 1 dapat RM 10..no 2 dapat RM 5..ana dapat RM 5..

Itu adalah ganjaran dunia..yang mana bila ana dapat RM 5 tu seronok dah..tu la nak kata hebatnya kuasa dunia..namun kita perlu ingat ganjaran yang lebih nikmat adalah ganjaran akhirat..setiap perbuatan yang kita lakukan semuanya kita peroleh ganjaran..nak katanya..pilih lah satu diantara dua..ganjaran dunia @ ganjaran akhirat..

Setakat ini biarlah penulisan ana penulisan yang boleh memberi manfaat kepada pembaca sekalian..bukan apa..ana x gemar menulis perkara2x yang berbentuk "cintan dan cintun"..walaupun penulisan ana bukan penulisan yang berkaitan "cintan cintun" mg ia memberi faedah kepada pembaca sekalin..untuk apa kita meluahkan perasaan di blog berkenaan peribadi kita..biarlah yang peribadi itu kita simpan..kerna bila kita ceritakan berkaitan tentang peribadi kita ia menyebabkan pelbagai persepsi timbul..seterusnya kita yang membuat fitnah terhadap diri kita..kan lebih baik kita menggunakan medium ni sebagai penyebaran ilmiah..;)

Ok..setakat ni dahulu..

Salam alaik..

Nursyahadah.
Upsi
12:36 pm

Tuesday, December 7, 2010

Jangan Dianggap Remeh

Posted by NuRuLhiDaYani Bt AhmaD at 12/07/2010 08:19:00 PM 2 comments

Salam..Alhamdulillah..sedikit perkongsian daripada ana buat sahabat2x semua..sambil duduk2x melayan keletihan berprogram tadi pagi..tp x la letih mana sangat pun..hehe..alasan jek..em tengah duduk2x tiba2x teringat kisah seorang sahabat kepada kakak ana..sahabat kakak ana ni merupakan seorang hafizah..iaitu seorang muslimat yang Allah pilih untuk menghafaz 30 juzu'..alhamdulillah dengan izin Allah kawan kakak ni selesai menyelesaikan hafalannya..namun setelah berumah tangga, tanggungjawabnya menjadi semakin banyak..menghafaz,menguruskan rumahtangga,anak dan lain2x lagi..sehingga suatu ketika muslimat tersebut jarang-jarang untuk mengulang hafalannya..apa yang ana sedia tahu bagi seorang yang telah menghafaz sesuatu surah di dalam Al-Quran perlulah di amalkan..walaaupun hanya sebaris ayat..

Apa yang menarik dalam Kisah ini..

Sahabat ini telah mendapat teguran daripada Allah swt melalui seorang anaknya..Anak ini tidak mampu untuk mendapat rawatan daripada doktor..sangat ganjil kerana Doktor tidak mampu mengesahkan penyakit tersebut..Namun sahabat ini bermuhasabah diri..mengapa Allah beri ujian ini kepadanya..ana teringat sesuatu..Allah x kan uji seseorang itu tanpa ada sebab..

Kemudian sahabat ini membuka Al-Quran dan membacanya sambil menghafal surah-surah yang telah dihafal olehnya ketika dahulu..tujuan untuk menenangkan hati..Alhamdulillah dengan kuasa Allah anaknya sihat hari demi hari sehingga sihat sepenuhnya..

Apa yang ana cuba sampaikan kepada dalam penulisan ana ni..berfikir lah terhadap ujian yang Allah timpakan kepada kita..jangan menganggap remeh terhadap sesuatu ujian yang Allah tujukan kepada kita..carilah mengapa..?mungkin ini teguran Allah kepada kita untuk memperbaiki diri kita..yakinlah pada Allah bahawa setiap kesusahan itu pasti ada kesenangan..

Ingat!..kalau Allah bagi ujian bermakna Allah sayang kat kita..Like2x..!

Ok setakat ini dahulu..

Salam Alaik..


Nursyahadah

21:23 pm

Friday, October 15, 2010

Alhamdulillah Akhirnya!

Posted by NuRuLhiDaYani Bt AhmaD at 10/15/2010 12:58:00 AM 1 comments
Salam alaik..alhamdulillah syukur kepada Allah..masih berikan nafas kepada ana untuk terus meneruskan kehidupan yang banyak liku-likunya..em semua manusia ada ujian Allah sediakan..bezanya cuma situasinya..InsyaAllah perancangan Allah adalah lebih baik..

Em cuma dah lama x update blog..em tetiba arini nak update pulak..huhu..em bukan nak berkongsi apa pun tok entry nie..cuma nak berkongsi kegembiraan dan kelegaan..hehe..

Alhamdulillah tadi lepas dah "P"..lesen motor..yang sebelum2x ni ana nak habiskan x habis2x..huhu..bila x habis2x rasa terbeban di kepala..jadi nak x nak kena habiskan juga dapat "P"..walaupun selalunya dok di atas jalan raya..ngeh3x..dengan suka sukinya..jadi insyaAllah selepas ini halal la ana di jalan raya..hehehe..em lesen kereta pulak ana dah dapatkan "P" masa sem lepas b4 cuti sem 5..em sekrg 2 2 dah setle..jadi lega dah..x yah nak pikir2x dah..

Jadi sesiapa yang berhasrat untuk amik lesen janganlah malas2x nak g belajar..macam g kuliah tu..jangan jadi macam ana..lambat..em tp kadang-kadang ada sebab kenapa lambat..insyaAllah ada hikmah semua tu..

Ok la..sedikit peringatan buat pembaca sekelian..

"IKHLASKAN HATI DALAM APA JUA YANG DILAKUKAN KERANA ALLAH"

Salam Alaik..


Nurulhidayani Binti Ahmad
Semester 6
KHAR,UPSI

Monday, September 20, 2010

Teruskan Perjuangan!

Posted by NuRuLhiDaYani Bt AhmaD at 9/20/2010 04:55:00 PM 0 comments
Salam..Alhamdulillah..nikmat kurniaan Allah s.w.t masih memberi nafas untuk menulis di ruangan ini..selepas bercuti selama 2 minggu di rumah sempena berhari raya bersama family..insyaAllah kalau ada kesempatan utk menulis lg ana akan post kan kenangan masa hari raya hari tu..hehe..em fokus utk kali ini, ana perlu meneruskan perjuangan..perjuangan dalam menuntut ilmu..perjuangan dalam mengawal hawa nafsu..perjuangan dalam menyebarkan dakwah dan pelbagai lagi perlu diteruskan..bak kata pepatah "hidup perlu diteruskan"..Perjuangan x kan terhenti sehingga kematian tiba..!

Namun kadang-kala jauh disudut hati ini ada dilafazkan perkataan "penat"..penat nak layan perasaan sendiri..penat nak layan perasaan orang lain..penat dengan kerja2x yg diberikan..sahabat..jika kita penat mengadu lah dengan Allah..mengadulah dengan sepuas-puasnya..menangislah dengannya..mg Allah memberi kita kekuatan dalam meneruskan medan ini..namun dalam masa yang sama ana seronok dengan situasi tersebut..sebabya ia memberi pengalaman kepada ana..juga lebih mematangkan pemikiran ana..itulah anugerah Allah..Alhamdulillah..!

Em macam2x di kepala perlu difikirkan pada tika ini..kena buat itu..kena buat ini..mcm2x sampaikan kadang2x ada sedikit perkara yang tertinggal..namun ana sedar yang mana dalam hakikat kehidupan manusia tidak sempurna..x semua perkara kita boleh lakukan dengan baik atau rapi..tapi ana lebih suka kalau kita berusaha..paling tidak bila kita berusaha kerja dapat diselesaikan..insyaAllah..berbeza dari kita melihat sahaja tanpa berganjak..teringat kata2x yang diberi oleh sahabat ana ketika mengambil tingkatan 6 stam dulu.."jangan berganjak seinci sebelum loceng berbunyi"..kisah lawak nyer disini "sebelum bunyi loceng sahabat ana dah nak berganjak untuk pulang ke rumah"..hehehehe..em namun pengajaran yang baik disini yang boleh dikongsi..selagi Allah pinjamkan nyawa kepada kita selagi itu jangan sekali tinggalkan apa yang diperintahkannya..perintah untuk beriman kepadanya dan perintah untuk menyebarkan dakwahnya..

Penat???biar lah kita penat di dunia..mg bahagia di akhirat kelak nanti..mana yang kita pilih?bahagia di dunia atau bahagia di akhirat sana?..

Ok la sampai disini saja dulu..banyak kerja menunggu untuk dilaksanakan..mg diri ni terus kuat dan bertenaga untuk berentap dalam medan ilmu dan dakwah..insyaAllah..takbir! Allahuakhbar!..

P/s : Kepada sahabat2x yang mengenali sahabat kita iaitu Farahzilah bacth stam 2006..dia akan melangsungkan perkahwinannya pada 03/10/2010..kalau sapa2x x sempat g 03/10/2010 blh g akad nikahnya pada 01/10/2010..Tahniah buat beliau!..mg jadi isteri solehah..!

Salam alaik..

Nurulhidayani Ahmad
Semester 6
Upsi



Friday, September 10, 2010

Salam Eidul Fitri

Posted by NuRuLhiDaYani Bt AhmaD at 9/10/2010 11:20:00 AM 0 comments

Salam semua..alhamdulillah berkesempatan sebentar menulis di blog yg x seberapa ni..Alhamdulillah setelah selesai kita berpuasa selama sebulan..kita bertemu pula dengan syawal..syukur nikmat yang diberi oleh Allah swt..Alhamdulillah..

Beberapa hari yang lepas iaitu seminggu sebelum umat islam menyambut bulan syawal alhamdulillah ana dapat menghabiskan masa dengan sebaiknya iaitu dapat ziarah kakak ipar + abang..nenek di kampung..sahabat yang baru pulang dari mesir..dan cari barang untuk berhari raya..Alhamdulillah..perancangan yang dibuat semua terlaksana dengan izin Allah..Alhamdulillah..

Ok rasanya itu dulu buat masa ni..insyaAllah ada masa ana menulis lagi..

Salam eidul fitri ana dan family ucapkan kepada semua sahabat2x ana yang mengenali ana..kepada muslimin dan muslimat yang menyambut hari raya pada hari ni..dan kepada semua pembaca2x blog..

Salam alaik..

Daripada : Nurulhidayani & Keluarga

Thursday, September 2, 2010

Ceramah : Palestin Dalam Bahaya

Posted by NuRuLhiDaYani Bt AhmaD at 9/02/2010 06:14:00 AM 1 comments

Salam

Bagi yang berkelapangan boleh sertai ceramah ini..

Syukran

Salam alaik

Saturday, July 31, 2010

Kenangan Bersama Di BCSA

Posted by NuRuLhiDaYani Bt AhmaD at 7/31/2010 01:51:00 AM 2 comments
Assalamualaikum..Alhamdulillah jumaat lepas ana bersama sahabat2x ana..kak na, kak iera ngan kak ma..em semua kakak2x..ana jek adik..ngeh3x..em rancang demi rancang alhamdulillah berjaya juga terlaksana misi kami untuk berjalan bersama-sama..em lama dah rancang nak g jalan bersama-sama..tp bila mana rancang tp x jd..em kali ni mesti jadi..Alhamdulillah di takdirkan oleh Allah ana dan sahabat2x ana pergi ke shah alam..rancangan awal adalah nak g cameron..em tp mak ngan abah ana x bg ana drive ke sana..em mak ngan abah kata x boleh coz anak mak ngan abah sorg ni kalau bawak keta laju..ngeh3x..maaf mak ngan abah..tp x pe..dapat juge g jalan2x deh..walaupun hati ni teringin sangat nak g cameron highland..insyaallah panjang umur sampai la gak ke sana..

Jadi plan B kami adalah ke taman cahaya seri Alam..di shah alam..dekat jek..seawal 7.30 pg kami bertolak dari tg malim..sampai dalam kul 10 pg la cmitu..alhamdulillah..perjalanan di permudahkan oleh allah swt..syukur kepada Allah..

MISI KAMI KE RUMAH IKLIM 4 MUSIM

[Bermula perjalanan kami..ngeh3x]


[sampai ke taman cahaya seri alam]

[santapan pagi kami..hehe]

[peta kami sepanjang kami berada di taman cahaya seri alam]

[bermula perjalanan kami mengelilingi hutan..ngeh3x..]

[perjalanan kami sesat dek kerana mereka berdua x habis belajar baca peta..hehe..]

[berhenti jap..kumpul tenaga..]

[burung ni sangat sombong..huhu]

[singgah sebentar di taman arnab..tp arnab nyer dah x dek dah..huhu..sudah berpindah ke kampung seberang..ngh3x..]

[smart..guru2x pengayuh hebat..hehe]

[Alhamdulillah sampai juga misi kami ke rumah iklim ni..]

Alhamdulillah selesai berjalan di rumah iklim dalam kira-kira jam 1.30 ptg kami bergerak keluar dari hutan ni..n than terus g jalan ke destinasi yang seterusnya..em tanpa d rancang kami singgah ke wetworld..ngeh3x..meriah tgk kakak2x ana tu berendam..alhamdulillah hari jumaat tu x dek org kat wetworld..em sewa pelampung la paling x tahan..alhamdulillah dapat kurangkan stress di hati..ngeh3x..

Jam 6.00 ptg kami bergerak keluar dari wetworld tu..terus g makan kat gerai seksyen 2 yang biasa budak2x uitm makan kat c tu..kenyang perut after makan..selepas tu g ke I-CITY..tgk pokok2x berlampu..cantik..em siap2x solat terus bergerak ke tg malim..dalam keadaan kenyang..drive sorang2x..sume dalam kereta dah keletihan..diam jek..ana pun bawak la kereta sesuka hati..ngeh3x..tp ana masih dengar nasihat mak ngan abah..jgn bawak laju2x..hehe..insyaallah mak ngan abah..

Ok la..sampai sini dulu perkongsian rehlah kami..hehe..alhamdulillah dalam keadaan seronok berjalan tidak terlepas utk ana selitkan usrah bersama sahabat ana..alhamdulillah..mg ukhwah yang terjalin kekal sampai bila2x..sayang kakak2x semua..muuuaahhhh!!

Salam alaik..

Note : Sahabat2x..doakan kesihatan abah ana ek..mg abah cepat2x sembuh..amin ya rabb..

Nursyahadah
khar
2:31 am


Tuesday, July 13, 2010

Meneruskan Menuntut Ilmu di UPSI

Posted by NuRuLhiDaYani Bt AhmaD at 7/13/2010 02:55:00 AM 0 comments
Salam semua..alhamdulillah syukur kepada Allah..masih d berikan nafas..untuk menulis..huhu..em actlly baru siap wat laporan bagi kerja2x yang tertangguh..huhu..alhamdulillah dah siap..tinggal send je kat kak nida..hehe..ampun bu' nida..telat hantar..huhu..em nampak muka kak nida je ingat report..hehe..

Alhamdulillah arini minggu pertama start kuliah..semester ni ana semester 6..masih ada berbaki 1 sem di upsi sebelum practikum di sekolah..em semester ni kuliah ana semua d proton city..alhamdulillah tempat pun ok..selesa untuk belajar..tempat nyer juga tenang daripada lori2x d jalan raya..hehe..namun tempat nyer agak jauh daripada kolej berbanding sem2x yg lepas, tp itulah cabaran dalam menuntut ilmu..insyaAllah mg mendapat manfaat..em lagi jauh perjalanan lagi banyak dapat zikir kat atas bas tu..

Em first day datang upsi jek dah kena tahan ngan pak polis traffic d pekan..ngeh3x..em pape je la ana ni..jap d gari..jap d tahan polis..em pas nie..???em katakan tidak..x nak!!..em cuak jugek bila d tahan n pak polis traffic..huhu..bukan apa..sebab ana x dapat P lagi tok motor..aritu sempat habiskan P kereta jek..em dah mati lak tu L moto..ngeh3x..tp ada strategi yg blh lepas walaupun pada awalnya cuak..hehe..kat kepala ni dah terbayang dah RM300 terbang..huhu..tp alhamdulillah pak polis traffic lepaskan ana..hehe..

Em ok la..nak undur diri dahulu..ngantok dah..mg jumpa lagi..salam alaik..

P/s : Selamat menyambung kuliah kepada mahasiswa UPSI..!

Nursyahadah
upsi tg malim
3 : 03 am

Monday, July 5, 2010

Alhamdulillah selesai sudah

Posted by NuRuLhiDaYani Bt AhmaD at 7/05/2010 11:26:00 PM 2 comments

Pelajar Upsi & Usim yg tamat menjalankan LI pd 2 julai 2010

Salam..alhamdulillah selesai dah 8 minggu menghadapi latihan industri di mahkamah rendah syariah daerah sepang..alhamdulillah fedbck yg d perolehi daripada pensyarah dan penyelia industri adalah positif..

Sepanjang ana berkhidmat di mahkamah banyak ilmu ana pelajari..lg2x mcmaner nak lebih betulkan skill dalam berkomunikasi..alhamdulillah sedikit sebanyak sangat membantu latihan industri ini kepada ana..

First imprsion, agak takut untuk menjalankan latihan industri di mahkamah rendah syariah ni..sebab mahkamah adalah jauh daripada bidang kami..em bidang ana adalah seorang cikgu..insyaAllah..em nak terang ttg kos ana..tp x sempat lak..em x pe..next time ana cerita..insyaAllah..

Alhamdulillah first jumpa penyelia iaitu ust fuad, beliau telah menyatakan bahawa ana sesuai menjadi seorang cikgu..ngeh3x..senyum sampai ke telinga la ana..hehe..mg dipermudahkan untuk menjadi seorang pendidik..bukan hanya pendidik tetapi murabbi..amin ya rabb..

Em semangat untuk menjadi seorang guru sekarang semakin meningkat..semoga semangat yg ada akan kekal untuk mencapai akademik yg lebih baik..Amin ya rabb..

Em ok la..setakat ini dahulu..rindu rasanya dah kat upsi..tp x leh nak balik dalam kadar masa yg terdekat ni..huhu..ada kesulitan sedikit..mg Allah permudahkan segala urusan ana dan antum semua..

Salam alaik


Note : Rindu nyer kat sahabat ana kat mesir..huhu..atin gd luck ek tok exam nie..mg raya nanti kte ketemu deh..salam sayang salam rindu dari Malaysia..


Nursyahadah
RTB, Banting
Selangor

Sunday, May 30, 2010

Jumpa Tok Guru

Posted by NuRuLhiDaYani Bt AhmaD at 5/30/2010 03:12:00 PM 4 comments

Assalamualaikum semua..em alhamdulillah baru sebentar td ana g program..program itu di rasmikan oleh tok guru nik aziz ..emm seronok dapat melihat wajahnyer..em bukan hanya di hadiri oleh tok guru nik aziz tapi tuan guru hadi awang pun ada..siapa yg x seronok dapat melihat ulama' yg hebat di depan mata..hehe..

em last ana jumpa tok guru nik aziz masa tu umur ana 10 tahun iaitu darjah 4..em sekrg umur dah 22 tahun..huhu lama nyer baru dapat jumpa..em kakak ana lg sian..baru td dapat jumpa tok guru nik aziz..em kakak kata kakak ada mimpi tok guru masa kat mesir dulu..dan selepas mimpi tok guru hati kakak tenang je..katanyer..tu yg kakak seronok dapat jumpa tok guru nik aziz hari ni..hehe..em tp bertuah sikit ana..ngeh3x..em banyak pesanan yg d beri td..antaranya kita sebagai pejuang islam ni kenalah sentiasa ikhlaskan diri dalam memperjuangkan islam, berkorban dari semua aspek terutamanya tenaga dan masa..

Em masa tok guru nik aziz nak rasmikan program iaitu dengan aktiviti pecah tanah takut ana tgk tok guru nik aziz naik bajak..em tp bila dah lepas tok guru gerakkan bajak tu lega sikit..ngeh3x..hebat la tok guru nik aziz blh bawak bajak..lepas ni kena belajar bawak bajak la..hehe..em nak belajar mesin rumput guna mesin pun abah x bg..ngeh3x..kalau bajak abah bagi ke..???

Ok la..sampai sini dulu..huhu..ngantok nyer..salam alaik..

Thursday, May 6, 2010

Bila Di Teliti

Posted by NuRuLhiDaYani Bt AhmaD at 5/06/2010 12:02:00 AM 0 comments
Assalamualaikum..alhamdulillah syukur kepada Allah swt..ana masih di beri nafas untuk terus menulis dalam medan blogger nie..walaupun kadg kala timbul perasaan malas dalam diri untuk mengupdate tp kena gak update..

Alhamdulillah habis dah semester 5 ana lalui..pelbagai pengalaman suka dan duka ana perolehi sepanjang ana di semester 5..dari bermula ana datang sampai ana nak balik ke kampung halaman..em suka satu ujian dan duka pun satu ujian..jangan menganggap suka itu bahagia..tetapi anggaplah ia sebagai ujian diri..dan anggaplah duka itu sebagai ujian yang Allah datangkan kepada kita untuk kita sentiasa memperbaiki diri kepada yang lebih baik..

Seusai paper ana yang terakhir pada 4 mei 2010 yang mana time tu merupakan hari terakhir exam berlangsung..waa perit menahan tgk org dah habis exam..tp akhirnya ana habis gak exam..bagaimana pula dengan kptsnnyer?Allahua'alam..Segalanya sudah tertulis di luh mahfuz..yang penting ana dah berusaha..doakan sahabat2x mg kita semua berjaya yer..bukan hanya di dunia sahaja tetapi di akhirat juga..

Di sini ana memohon kepada sahabat2x yg bc entry ini untuk mendoakan sahabat ana yang sedang di uji di mesir yang mana sahabat ana x dapat nak amik exam pada tarikh yang sudah ditetapkan..bukan sahabat ana sorang je tetapi semua mahasiswa yang mengambil jurusan qiraat..doakan mg segala urusan mereka dipermudahkan..kita tidak berada disituasi mereka jadi kita x dapat nak merasai betapa susahnya mereka nak menuntut ilmu di sana..wahai pihak yang berwajib!laksanakan tanggungjawab anda sebagai seorang pekerja!bukan hanya melihat sebelah mata je!cuba kalau berlaku dekat family sendiri @ lebih parah lagi anaknya sendiri!..sedekahkan Al-Fatehah buat mereka mereku itu supaya dibukakan hatinya..Al-fatehah..

Ok..

Em untuk sepanjang cuti ni ana dah dapat 3 surat saman dah..1 daripada kelantan..2 daripada banting..jeng jeng jeng..

05/06/2010 : Walimah Kak Ateh

To Kak Ateh : Akak maaf x dapek datang walimah akak..sebab diselubungi dengan LI..tp kalau Allah izinkan sampai lah yanie ke walimah kak teh..:) [Ini untuk sahabat ana dari kelantan]

06/06/2010 : Walimah Dina
13/06/2010 : Walimah Ieza

2 Orang sahabat ana dari banting ni lak kawan masa sekolah dolu2x..dari ana form 1 sampai la form 6 berkapal di SAMTTAR..hehe..em cepat masa berlalu..cam x cayer jek diorang nak dirikan umah tangga..Buat Ieza dan Dina mg berkekalan hingga ke syurga..Amin..InsyaAllah akan ku usaha untuk hadir dengan memakai pakaian warna warni..hehe..[utk umah dina jek]

[Ketiga-tiga udangan diatas adalah pada bulan jun nanti]

Sepanjang cuti 2 bulan ni ana akan menjalankan Latihan Industri di Mahkamah Rendah Syariah Sepang..bukan nyer jadi lawyer taw..tp sekadar mencari pengalaman bekerja..seterusnya memenuhi kehendak u untuk menjalankan praktikum pada semester 8 nanti..InsyaAllah..

Ok..undur diri dahulu..salam alaik..

Note : Atin..kuatkan semangat..!!


Nursyahadah
khar,upsi
2:07 am

Monday, April 19, 2010

Salam Imtihan Kepada Semua

Posted by NuRuLhiDaYani Bt AhmaD at 4/19/2010 12:31:00 AM 4 comments

Salam alaik..salam ukhwah semua..mg sihat2x selalu..Alhamdulillah sampai UPSi gak ptg td jam 7 dengan selamat..walaupun hujan lebat kat jalan tadi..Allahuakhbar..Allahuakhbar..Allahuakhbar..


Di kesempatan ni ana nak ucapkan kepada semua student IPT yang bakal menduduki final exam bulan April ni good luck tok semua..mg Allah permudahkan segala urusan dalam menjawab soalan nati..ingat..mulailah sesuatu perkara dengan lafaz Bismillah..mg apa yang di jawab itu adalah gerakkan hati daripada Allah swt..Allahuakhbar..Allahuakhbar..Allahuakhbar..


Selamat menelaah buku ye sahabat2x..chaiyok..!!


Salam alaik..

Note : 4 my bestfrnd..FATIN NAJMIN..buat yg terbaik dalam imtihan ek..mg Allah permudahkan utk jawab soalan nati..jaga diri hiasi peribadi yer..sayang atin..



Nursyahadah
khar,upsi
00.35 am
Blog Widget by LinkWithin
 

~..SaLam UkHwaH FiLLah..~ Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Blogger Styles Image by Tadpole's Notez