Followers

Wednesday, May 2, 2012

Rahmat Dari Ilahi

Posted by NuRuLhiDaYani Bt AhmaD at 5/02/2012 04:54:00 PM 0 comments
Subhanallah Alhamdulillah..nikmat syukur yang dikecapi pemberian Allah swt kepada kami..Alhamdulillah Alhamdulillah..Alhamdulillah Ya Allah..

Terkenang dalam buku "Solusi" yang terbaru yang dikeluarkan pada bulan April baru ni..Berkaitan dengan "Subur Dengan Kesyukuran"..ada disebut tentang :

"Orang yang bersyukur sentiasa malu untuk "dimiliki" selain oleh Allah swt. Apabila manusia tidak merasakan memiliki dan dimiliki, hatinya subur dengan syukur. Itulah kemuncak ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup"

Siapa pun kita pada hari ini, pernahkah kita berusaha untuk menjadi ahli syukur? Tepuk dada tanyalah iman sahabat sahabiah sekalian. Sesungguhnya Allah memberi kita akal untuk kita berfikir.  Manakala Allah swt berikan kita hati supaya kita boleh merasai setiap pemberiannya.  

Kami bagi sedikit analogi kepada sahabat sahabiah sekalian untuk kita sama-sama fikir, Analogi tersebut adalah :

"Apabila umur 20 tahun hati teringin nak sambung belajar, akan tetapi Allah uji tempoh masa nak sambung belajar. Apabila Allah dah makbulkan doa untuk sambung belajar timbil pula bila nak habis belajar, Apabila dah habis belajar bila ye nak dapat kerja?Apabila umur mencapai 25 tahun timbul tanda tanya [ Bila ye agaknya jodoh nak sampai ], Apabila umur 28 tahun Allah makbulkan seorang pasangan hidup sebagai suami isteri.  Apabila sudah berkahwin timbul pula persoalan [ Bila ye nak dapat anak ].  Apabila Allah makbulkan untuk memperolehi anak, timbul pula persoalan pengurusan masa dan sebagainya. Sehinggalah ke penghujung nyawa" 

Persoalannya : Bersyukur @ Sebaliknya.

Allah..tersenyum pada ayat tersebut..sahabat sahabiah yang dikasihi, Syukur itu letaknya di hati.  Hati tidak boleh dipaksa melainkan mesti disedarkan dengan rela.  Kuncinya SABAR. Sabar itu indah, tetapi SABAR+REDHA adalah lebih indah. Macam makan madu 10 botol..hehe.. 

Walaupun nikmat yang Allah swt nak berikan kepada kita hanya sedikit seperti sebutir pasir, kita perlu bersyukur.  Lambat atau cepat nikmat yang Allah swt hendak kurniakan kepada kita, kita perlu bersabar. 

Nikmat yang datang bukan hanya yang manis sahaja sahabat sahabiah.  Kadang-kala juga yg pahit.  Pahit itu adalah nikmat. Bagaimana kita lalui nikmat tersebut terpulang kepada besar atau kecilnya jiwa kita menghadapinya.  

Sukar untuk menerima nikmat ujian yang pahit yang Allah kurniakan? Itu adalah perkara biasa yang mana dalam kehidupan ni perlu kita lalui sebagai pengalaman hidup.  Dalam surah Saba' 34:13, Allah swt ada berfirman yang bermaksud : Sangat sedikit daripada kalangan hambaku yang bersyukur. 

InsyaAllah jika kita bawa nikmat tersebut kepada suatu pandang kelebihan bukan kekurangan insyaAllah Allah swt akan lebih memudahkan urusan kita malah beri yang terbaik. Maka hendaklah sentiasa bersangka baik pada Allah swt. Sentiasa memohon kepada Allah swt. Jangan malas-malas utk meminta kepada Allah swt. Sama ada semasa senang atau susah.

Semoga Allah permudahkan urusan kita semua ye sahabat sahabiahku. Sebelum kami mengakhiri entry kami, kami memohon agar sahabat sahabiah mendoakan kesejahteraan kita bersama ye..Jadikan entry ini sebagai medan muhasabah buat kita semua.  InsyaAllah..

Sedikit buah tangan untuk sahabat sahabiah yang baca entry ini :

"Jangan mengharapkan terima kasih daripada orang yang menerima kebaikan daripada kita, nanti kita akan menjadi orang yang sakit jiwa". Oleh itu berterima kasihlah kepada Allah swt sebagai Tuhan pemberi nikmat. 

Wassalam.
Blog Widget by LinkWithin
 

~..SaLam UkHwaH FiLLah..~ Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Blogger Styles Image by Tadpole's Notez