Saturday, July 2, 2011
Budaya Memberi Salam
Thursday, December 2, 2010
Pintu Bukan Lagi Masalah
Alhamdulillah bersyukur pada Allah..udah ramai penghuni surau muslimat di surau ek..ini adalah kekreatifan sahabat2x ana terutamanya "HERWANA BINTI HERMAN" dalam merancang pelbagai aktiviti untuk diberikan kepada mad'u..em setiap hari kena prepare nak bagi tazkirah apa..hehe..
Sebenarnya surau di kolej ana kecil..pintu masuk pun satu..situlah laluan muslimin, situ jugalah laluan muslimat..sifat seorang wanita memang x lari dari malu..huhuhu..em dulu pernah diutarakan tentang persoalan pintu..pintu 1, kecik..muslimat nak masuk pun segan..sebab selalu akan bertembung dengan muslimin..
Emm ada diutarakan kepada pihak pengurusan kolej, tp gaya mana nak buat..nanti tebuk dinding kang bangunan runtuh..hehehehe..Emm teringat jawapan yang diberi oleh pengetua la kalau x silap ana..em pucuk pangkal dalam beribadah adalah hati..bukan pintu..ngeh3x..kata2x tajam tu..bak kata orang..nak seribu daya..x nak seribu dalih..
Jadi sahabat2x..apa lagi jangan anggap PINTU sebagai sebab utama untuk antum tidak turun ke SURAU..hehe..
Ok setakat ini sahaja perkongsian..insyaAllah ada kelapangan entry baru akan muncul lagi..insyaallah..doakan ana deh..
Salam perjuangan buat sahabat2x semua..
Salam alaik..
Nurulhidayani Ahmad
Khar,upsi
00:19
Saturday, September 25, 2010
Pilihan Yang Tepat
(Surah Ghafir : 39)
Subhanallah !
Bila kita bandingkan di sini sahabat2x..berpandukan kepada ayat yang ana sebut tadi..Allah itu sangat pemurah..namun Allah memberi kita pilihan sama ada kita mahu kejar yg 1 @ 99..
Jadi apa tunggu lagi sahabat2x..yang mana menjadi pilihan antum..?
Salam alaik..
Nurulhidayani
Semester 6
Upsi
Friday, September 24, 2010
Bareng-Bareng
Apa tu bareng-bareng?hehe..em maksudnya bersama-sama..dalam maksud lain ialah berjemaah..Maksud berjemaah disini berkumpulan @ beramai-ramai..kenapa kita perlu berjemaah dalam apa jua keadaan..kita buat asgmnt pun berjemaah..kita jalan2x pun berjemaah..kita makan pun berjemaah..bagaimana dengan solat kita? adakah kita lakukan dengan berjemaah?tepuk dada tanya iman..kita tengok sekarang, ramai yang sudah meninggalkan amalan solat berjemaah ni..kadang-kala bila dilihat ada masa-masa tertentu sahaja seseorang individu itu akan solat jemaah..namun positif kan diri ini berfikir, kebarangkalian mereka2x ini mempunyai agenda..tu yang x sempat nak solat jemaah..itu bukanlah persoalannya..
Bagaimana nak istiqomah melakukan amalan solat jemaah?"..Istiqomah tidak mampu dilakukan melainkan oleh mereka yang hebat..kerana istiqomah ialah perkara yang keluar daripada kebiasaan..memisahkan diri daripada adat dan berdiri dihadapan Allah dengan benar.."Sama2xlah kita fikir mcmana nak menjadi seorang yang istiqomah..kerana ia tidak boleh di beritahu melalui percakapan..tetapi pada hati..
Apa yang ana nak bgthu kat sini tuntutan untuk solat berjemaah ini sangat mendapat ganjaran yang besar daripada Allah berbanding kita solat secara individu..sama lah juga situasinya ganjaran yang diberi kepada orang yang dah tahu membaca al-quran & orang yang x tahu baca al-quran bila mereka membacanya..
Ikut kemampuan?sahabat2x..sekiranya anda mampu untuk solat jemaah pada 1 waktu sahaja silakan..tiada salah.. kalau mampu buat kelima-lima waktu itu adalah yang terbaik..em dulu masa di sekolah asrama setiap waktu akan solat jemaah terutamnya pada cuti sekolah..selepas azan berkumandang pastinya loceng akan dibunyikan menandakan di suh g surau utk solat berjemaah..dalam kedegilan ada juga yang nyorok2x untuk tidak melakukan amalan solat jemaah ini..ana tidak maksudkan kepada sesiapa disini..namun itulah realitinya yang berlaku sekarang..solat jemaah mengambil masa yang lama berbanding dengan solat secara individu..kemungkinan disebabkan oleh faktor itu mereka memilih untuk melakukan solat secara individu..wahai anak-anak muda..tulang2x kita masih kuat kan berbanding dengan orang yang sudah tua..kita kelihatan di surau2x & dimasjid2x tidak kelihatan anak-anak muda yang menguasai masjid..tetapi yang kelihatan adalah mereka yang sudah tua..di mana anak-anak muda ya?
Em rindunyer situasi di sekolah dulu..dimana-mana pun kita berada disitulah tempat kita ditarbiah..dan adakah "aku" masih lagi meneruskan amalan itu?..Ya Allah permudahkan kami ya Allah..
Em Bimbang?bimbang untuk solat jemaah di bimbangi akan hadir penyakit hati iaitu bangga diri..huhu sahabat2x..kalau diikutkan semua akan melakukan solat..sama je situasi nye bila dia solat dan kita pun solat..bezanya berjemaah dan individu sahaja..em jangan bimbang sahabat2x..kejarlah ganjaran yang Allah sediakan untuk kita..
Ayuh sahabat2x..kita bermuhasabah..dengan berjam-jam kita boleh duduk dihadapan laptop melayari internet kenapa kita tidak boleh peruntukkan hanya 10 minit utk solat berjemaah?..sama2x lah kita berfikir dan bertindak ke arah perubahan..
Salam alaik..
Nurulhidayani
Semester 6
Upsi
Friday, June 18, 2010
Senang @ Susah?
Minggu lepas ana pergi putrajaya..ke alamanda..bawak kakak, adik, dan 2 orang kawan ana iaitu kak iera n kak akma..em mak nak ikut tp masa tu ada musyaqqah yg x dapat nak di elakkan..jd nyer lain kali baru bawak mak..coz mak teringin katanyer nak g alamanda..ngeh3x..abah lak susah sikit nak berjalan..tp bila abah yg ajak memg ana naik kereta dulu..hehe..
Di Alamanda ana singgah di MPH..memg menjadi hobi kalau g mana2x mesti kedai buku yg di cari..mencari buku2x yg sdikit sebanyak boleh membantu diri untuk memimpin diri kepada yang lebih baik..pusing2x mencari buku, banyak buku rasa nak beli..rambang mata dibuatnyer..ngeh3x..tp x blh la g tu..cari buku yg blh betul2x membantu bukan membantut..hehe..
Selak2x buku ada 1 buku ana sangat2x berkenan..sampaikan bodek kakak ana suh beli buku tu..ngeh3x..tajuk buku tu "SMS DARIPADA RASULULLAH"..
Buku "SMS DARIPADA RASULULLAH" ni satu buku yg sangat bagus yg boleh memandu diri kita untuk berfikir dan muhasabah diri..semua dalam buku ni adalah amalan2x yg Rasulullah selalu lakukan..Ana ambil 1 bab daripada buku "SMS DARIPADA RASULULLAH"..iaitu berkaitan dengan "TAHAJJUD"..
Bak kata orang mudah untuk berkata tapi sukar untuk lakukan..Antum SETUJU x..?kalau X SETUJU bg RESSON ek..
Ana menulis adalah ana tujukan pada diri ana sendiri..pada hakikatnya sangat susah nak bangun malam untuk solat TAHAJJUD..dek kerana bila diri penat bekerja melakukan rutin seharian sehinggakan sukar untuk diri ini bangunn malam untuk buat solat TAHAJJUD..tp pada hakikatnya bila kita lakukan TAHAJJUD ni sangat besar ganjarannya..antaranya mudah untuk dimakbulkan doanya..Berusahalah untuk bangun malam walaupun sekadar solat TAHAJJUD..mg dengan apa yg dilakukan akan memberi manfaat kepada diri kita semua..sama2x lah kita berusaha untuk bangun TAHAJJUD..
Kadang kala kita berdoa tp kenapa doa kita masih x makbul2x..kadang doa yg dipohon x seimbang dengan amalan yg kita buat..layakkah kita untuk mendapat apa yg dipohon tanpa seimbangkan dengan amalan yang kita buat?..
Ana tinggalkan persoalan itu untuk antum semua berfikir..
Ok ana undur diri dahulu..
Salam alaik..
Note : Esok PICNIC bersama keluarga..sapa nak ikut jom..tp bawak bekal sendiri deh..ngeh3x..
Nursyahadah
RTB Bukit Changgang
Banting, Selangor
Thursday, April 29, 2010
Nazar
Ustazah..!ustazah..!saya nak tyer..camini saya telah bernazar kalau saya dapat result baik saya nak lompat..tapi masa saya tengok result dan saya dapat result baik tapi saya terlupa nak lompat time tu..jadi camner yer ustazah? Apa yang perlu dilakukan..Kata seorang pelajar kepada gurunya..
Sekadar Perkongsian
"Mereka memenuhi nazar dan takut akan suatu hari yang azabnya merata di mana-mana"
Firstly sebelum nak di perjelaskan lebih lanjut kita lihat dulu apa hukum melakukan "Nazar". Hukumnya adalah kita disyariatkan lakukan sesuatu tanpa bernazar adalah lebih afdhal..Rasulullah saw tidak menyarankan kepada umatnya untuk melakukan nazar..Ini kerana ada sebab2x nya yang tertentu yang mana Rasulullah x menyarankan kita untuk melakukan nazar..
Nazar ini adalah nazar yang dilakukan ketika marah melampau-lampau..sebagai contoh "aku bernazar aku nak bunuh budak tu"..itu contoh jer..jangan ngade2x buat..
Jelas bila mana ana kata "ganjaran"..ana rasa antum faham bila membacanya..jadi perlu ke diperjelaskan?hehe..kena..ngeh3x..em nazar ganjaran ni nazar yang dilakukan dengan bersandaran kepada sesuatu yang dilakukan itu tercapai..contohnya "aku akan berpuasa 3 hari kalu aku dapat 9A dalam PMR"..ngeh3x
Nazar mutlak ni nazar yang dilakukan tanpa menampakkan apa2x gambaran..contohnya "aku bernazar untuk berpuasa pada hari khamis"..hari khamis merupakan hari puasa sunat yang biasa dilakukan oleh Orang Islam..Jadi kalau kita bernazar begitu ia x melihatkan apa2x..seakan-akan sama yang mana memang kita akan lakukan puasa sunat khamis tu..namun nazar tersebut wajib dilaksanakan juga..sekurang-kurangnya puasa sekali..tetapi kalau dia sebut "aku bernazar aku akan berpuasa beberapa hari khamis"..jadi perlu lah laksanakan dengan berpuasa sekurang-kurangnya 3x..sebab perkataan beberapa membawa maksud lebih daripada 1..
Perkara yang dinazarkan perlulah berbentuk suatu ibadah seperti puasa sunat, mengaji Al-Quran dsb..perkara2x yang harus seperti makan, lompat, berenang di perigi o something like that la..kalau nak buat pun x pe..kalau x nak buat pun x pe..ini kerana ia tidak akan dikenakan kafarah..manakala jika nazar yang dilakukan berbentuk kearah yang haram ia tidak dikira sebagai nazar..
Perkara2x yang tidak boleh nazar adalah pertama, perkara yang telah diwajibkan oleh Islam..kedua, x dapat dilakukan kerana sukar..ketiga, melakukan perkara maksiat @ haram @ perkara yang tidak dimiliki..
Berbalik kepada situasi tadi..apa yang akan dikenakan kepada pelajar tersebut kerana tidak melaksanakan nazar yang telah dilakukan oleh pelajar tersebut..iaitu melompat..Adakah tunggu result akan datang? @ ulang balik masa ke belakang? @ Ambil Exam lagi sekali?
Em kafarah adalah denda..yang mana denda tersebut dikenakan adalah untuk memberi pengajaran kepada diri individu tersebut..Jika nazar yg dilkakukan adalah berat seperti nazar Allajjaj @ nazar yang berupa ibadah seperti puasa..em sama la kalau kita x puasa pada bulan Ramadhan sebab2x tertentu..contoh orang tua yang dah x larat nak berpuasa apatah lagi mengganti puasa..jadi untuk menggantikan puasa tersebut boleh membayar fidiyah..jadi sama lah situasi tu..ada faham? @ x rak faham..
Antara bentuk kafarah yang boleh dikenakan adalah sama ada memberi makan 10 orang fakir @ berpuasa selama 3 hari tidak berturut-turut..
Sekadar peringatan..kalau kita bernazar hendaklah menyegerakan melaksanakana nazar tersebut..ini kerana menyegerakan adalah yang terbaik dan adalah perbuatan sunat..lg jgn buat nazar yang memudaratkan dri utk melakasanakan..contoh nak lompat dalam perigi la..terjun bangunan macam spiderman la..em mcm2x..ini kerana nazar ni bukan suatu perkara yang main2x..jadi sebelum bernazar fikir lah dahulu sama ada mampu atau tidak nak laksanakan..Jadi kalau nak buat nazar buatlah nazar yang membawa kepada ibadah k..Wallahua'lam..
Mg perkongsian ini memberi manfaat kepada kita semua..kalau ada nak tambah o nak betulkan silakan..ana berbesar hati menerima pembetulan dan kritikan..
Ok undur diri dahulu..
..Mg hari esok kita KETEMU lagi.."
Salam alaik..
Nursyahadah
Khar,Upsi
2:44 am
Saturday, April 24, 2010
Pantun Dua Kerat
Pergi ke kedai membeli dadu..
Orang kat sini Rindu..
Kak ifah x dapat balas pantun itu sebab kak ifah memang x pandai berpantun..haha..tp blh belajar kan kak..hehehehe..
Tapi seorang adik reply bagi wakilnya..pantunnya Berbunyi begini..
Pergi ke kedai membeli petai..
Rindu itu tandanyer gatai..
Hehehehehe..siapa yg gatai ni dik oi..???
Pertama
Bagaimana RINDU kita pada Allah..adakah ada? @ x dek langsung?Nauzubillahiminzalikh..
Kedua
Halal ke bg kita merindui seseorang yang tidak halal bagi kita..??
Huh panas2x..
Rindu itu memg satu lumrah dalam kehidupan setiap insan..tetapi nikmat Rindu yang Allah berikan kepada kita adalah untuk disalurkan pada jalan yang betul..
Ana pernah terbaca sebuah hadis iaitu :
"Jika kita merindui seseorang yang kita sukai dan kita tidak memberitahu kepada sesiapa pun ttg kerinduan itu maka bila mana dia mati ia dikira mati syahid"
[Jika hadis ini salah tlg betulkan..ana x ingt baca katne..d cari-cari x jumpa pulak..huhu..]
Rindu Oh Rindu..
Sahabat2x ku sekelian..
Berdating dengan Allah adalah yang terbaik daripada berdating dengan manusia (lelaki+perempuan)..mg Allah memberi kelembutan hati utk kita berubah kepada yang lebih baik..Amin Ya Rabb..
Ok habis dah..ngeh3x..
Mg sedikit sebanyak entry ini menyumbang kepada diri kita untuk kita berfikir seterusnya bertindak..!
Majulah Islam untuk Negara..Takbir..!..Allahukahbar..!
Ok..fokus2x stdy2x..ngeh3x..undur diri dahulu..salam ukhwah buat antum semua..salam alaik..
Nursyahadah
Khar, Upsi
01:07 am
Friday, November 20, 2009
Budayakan Hidup Dengan Alquran
: Assalamualaikum sahabat pembaca sekelian :
Sewaktu kecil dulu, orang tua-tua selalu cakap : kalau tak khatam al-quran 30 juzuk, nanti tak boleh berkhatan.
Rasanya, itulah petua orang-orang dahulu yang diguna pakai untuk mentarbiyah anak-anak supaya membaca al-quran dan mengkhatamnya. Apa lagi, sebab takut tak dikhatankan, masing-masing berlumba-lumba untuk menghabiskannya.
Walaupun seolah terpaksa, namun kadang-kadang perlu juga dibuat begitu. Itupun masih ada yang malas. Iya! Budaya membaca al-quran. Nampak remeh, namun ramai yang mengabaikannya.
Di manakah Al-Quran dalam kehidupan kita seharian?
Berbalik kepada fokus yang hendak saya sampaikan tadi iaitu membaca al-quran dan kebetulan pula semalam, saya sempat menghadiri satu sesi tazkirah dan memang kebetulan juga tajuk tazkirah yang disampaikan oleh seorang ustaz itu berkisarkan kehidupan manusia dengan al-quran.
Kupasan tajuk yang ringan namun menginsafkan. "Bersama-sama dengan al-quran", antara ungkapan yang diucapkan olehnya (pentazkirah). Bila dikoreksi kembali, sejauh manakah kebersamaan hidup kita ini dengan al-quran.
Skop membaca ini masih kecil jika dibandingkan dengan mengamalkannya. Secara logiknya, kalau membaca pun kita tidak dapat buat, apatah lagi untuk mengamalkannya?
Saya sering memuhasabah, dan apa yang saya dapat lihat ialah hari ini dalam tidak sedar kita sering silap dalam meletakkan prioriti sesuatu perkara. Kalau ditanya, boleh atau tidak kita membaca majalah, sudah tentu jawapannya boleh. Bagaimana pula dengan membaca al-quran? apatah lagi!
Tetapi, kita lebih berminat untuk membaca majalah. Hari ini, kita seharusnya koreksi kembali, bahawa salah satu punca kemaksiatan dan kemungkaran bermaharajalela di muka bumi adalah disebabkan tiadanya jiwa atau roh islam itu sendiri.
Jiwa kita kosong bahkan ianya diisi dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah. Contohnya, membaca majalah-majalah hiburan, menghabiskan masa ke program-program maksiat seperti konsert-kensert artis yang terang-terang telah melanggar batas-batas syara’, realiti yang tidak dapat disangkal lagi.
Perkara ini jelas menginsafkan saya. Apa tidaknya, kalau kita sanggup berkorban masa untuk perkara-perkara yang sia-sia atau lebih teruk lagi kepada perkara-perkara maksiat yang sudah tentu mendapat kemurkaan Allah s.w.t mengapa tidak kita berkorban saja masa kita untuk membaca al-quran. Ianya adalah satu sumber untuk kita mendapatkan kekuatan dari aspek kerohanian. Iya! kekuatan rohani.
Mungkin kemampuan kita tak dapat menandingi orang-orang terdahulu seperti imam As-Syafei yang mampu mengkhatamkan al-quran sebanyak dua kali sehari. Lebih mengkagumkan ialah beliau menghabiskannya di dalam solat pada bulan puasa. Subhanallah!
Hari ini kita nak baca satu ayat pun kadang-kadang susah bahkan tidak terdetik lansung dalam hati ini ada niat untuk membacanya, Nauzubillah min zalik. Kalau kita menunaikan tanggungjawab kefardhuan solat lima waktu masih lagi bernasib baik, tapi bagaimana kalau solat fardhu pun kita tidak tunaikannya. Satu ayat bahkan satu huruf pun kita tidak menyebutnya.
Inilah salah satu amalan atau cara hidup muslim yang sebenar disamping menunaikan tanggungjawab yang lain. Mungkinlah jika hendak dibandingkan dengan aktiviti-aktiviti yang lain, tak dapat untuk dibandingkan sekiranya kita mengharapkan habuan material semata-mata.
Maka, di sinilah tahap keimanan dan kepercayaan kita terhadap janji-janji Allah diuji. Ketahuilah sesungguhnya Allah tidak pernah mungkir janji. Bila disebut soal ganjaran atau kelebihan maka orang yang selayaknya untuk menerima ganjaran itu sudah tentu orang yang berbuat kebaikan.
Dan kelebihan orang yang bersama-sama dengan al-quran telah disebutkan oleh Rasulullah s.a.w bahawa baginda menyeru kepada kita semua supaya membaca al-quran kerana dengannya ia akan memberikan syafaat kepada kita di hari akhirat nanti.
Selain itu, Rasulullah s.a.w juga memberitahu bahwa sesiapa yang membaca satu huruf daripada al-quran akan diganjari dengan satu kebaikan dan setiap kebaikan itu diganda dengan sepuluh kebaikan. Begitulah kasihnya Allah swt terhadap hambanya.
Namun, oleh sebab hati kita sudah diikat dengan habuan dunia, maka kita lupa bahkan seolah tidak mempercayai janji-janji Allah itu, hasilnya, hidup kita jauh dengan al-quran.
Persoalannya : adakah ianya ada dalam pemikiran kita tika ini? Astaghfirullah!!! Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun lagi maha penyayang.
Sebenarnya tiada alasan untuk kita umat Islam lari daripada menunaikan tanggungjawab kita terhadap al-quran, kalau membaca itu sudah kita anggap berat apatah lagi untuk mengamalkannya. Alasan tidak pandai membaca bagi saya sudah tidak relevan lagi pada hari ini. Kalau nak seribu daya, kalau taknak beribu alasannya.
Inilah masalah yang sering kita hadapi bahkan ianya sudah menjadi satu penyakit yang sinonim dikalangan umat Islam. Mahu tapi ego, atau mahu tapi malu? Kalau marah orang memanggil kita bodoh, tapi mengapa kita tidak marah bodohnya diri kita kerana tidak mahu menjadi pandai? Fikirkan sejenak.
Tanggungjawab kita pada Al-Quran
Seterusnya, dalam sesi tazkirah tersebut, ada juga menyebut tentang kewajipan yang patut kita tunaikan dalam hidup bersama al-quran iaitu menjadikan bacaan al-quran itu sebagai wirid harian kita. Sekurang-kurangnya ada ayat al-quran yang kita baca setiap hari. Ini lebih baik jika dibandingkan tidak ada lansung ataupun daripada lidah kita dibasahkan dengan lirik-lirik lagu yang tidak bermanfaat.
Jika mampu sekurang-kurangnya dalam masa tiga puluh hari itu kita dapat mengkhatamkan al-quran sebanyak sekali khatam. Jika kita mampu lebih dari itu lagi sekurang-kurangnya, setiap tiga hari kita khatam seperti mana yang diceritakan agaimana Rasulullah s.a.w menjawab pertanyaan Ibnu Umar tentang tempoh mengkhatamkan membaca al-quran.
Kemudian dijelaskan pula bahawa kewajiban yang perlu kita tunaikan ialah mempelajari bacaan al-quran dengan betul. Inilah tanggungjawab kita dalam memperbaiki dan mempercantikkan bacaan kita.
Walaubagaimanapun, kita tidak diberatkan sehingga sesuatu perkara itu menjadi penghalang untuk kita membacanya.
Contohnya bagi orang yang lidahnya susah untuk menyebut atau membaca al-quran makanya Rasulullah s.a.w ada menyebutkan perihal orang yang sebegini dan baginda menyeru supaya untuk diteruskan membaca al-quran kerana bagi mereka ada ganjarannya juga.
Seterusnya, kita juga hendaklah terkesan dengan bacaan kita atau dengan kata yang lain ialah memerhati dan menyelami maksud-maksud setiap ayat yang kita baca. Kita boleh jadikan kisah bagaimana Saidina Umar sebagai contoh ikutan di mana beliau pernah tidak sedarkan diri selama sebulan kerana membaca syat yang berkaitan dengan azab Allah s.wt.
Hari ini, kita nak menangis pun belum tentu. Dan tanggungjawab kita yang seterusnya ialah kita hendaklah menjaga hafalan serta mengulang ayat-ayat al-quran yang telah dan pernah kita hafal.
Untuk akhirnya yang paling penting sekali ialah mengamalkan isi-isinya. Ketahuilah sesungguhnya al-quran itu boleh menjadi hujah bagi kita, tidak kurang juga al-quran juga boleh menjadi musuh kita di akhirat nanti. Nauzubillah min zalik.
Oleh sebab itulah, al-quran itu bukan sahaja untuk di baca semata-mata. Akan tetapi ianya perlu disertai dengan penghayatan serta perlaksanaan dan inilah yang menjadi kewajiban bagi kita semua.
Begitulah sedikit panduan serta peringatan yang boleh dikongsi bersama supaya kita ini tidak tergolong dikalangan orang-orang akan menyesal suatu hari nanti.
Remeh yang menginsafkan.
Begitulah realiti yang kita sedang lalui pada hari ini. Dalam tak sedar kita telah mengabaikan tanggungjawab yang asas sebagai umat Islam. Budaya hidup bersama al-quran. Mudah-mudahan kita membudayakan hidup kita dengannya, bukan kita membudayakan al-quran dengan hidup dan kehendak kita.
Islam itu yang seharusnya memerintah, bukan kita yang memerintah Islam sepertimana yang kita dapat lihat pada hari ini.
Wallahu ta’ala a’lam.








