Followers

Wednesday, December 22, 2010

Jika Di Tolak

Posted by NuRuLhiDaYani Bt AhmaD at 12/22/2010 09:13:00 PM 2 comments
Salam ukhwah buat pembaca semua..pejam celik pejam celik 2 minggu juga ana tidak mencoretkan sesuatu di dalam blog ana..selalunya buka blog orang lain je..em ok jugek la tu kan..daripada tgk blog sendiri je tapi x update2x..hehe..

"JIKA DI TOLAK"..Huhuhuhu..blh jadi pelbagai tafsiran disitu ya..tp apa yang ana maksudkan dengan tajuk ni adalah apabila pandangan yang kita utarakan ditolak dalam sesuatu perbincangan..Em secara faktanya seseorang akan merasa sedih apabila pandangan @ ideanya ditolak..dan seseorang itu akan merasa seronok apabila pandangan @ ideanya diterima..berbunga2x apabila pandangan @ idea kita diterima..setuju x dengan fakta "Berbunga2x" tu..?hehe..

Sahabat-sahabat pembaca sekelian, dalam sesuatu perbincangan jika pandangan @ idea kita ditolak ucapkan lah "Alhamdulillah"..sebabnya pasti akan ada hikmahnya..manakala jika pandangan @ idea kita diterima jangan berbunga-bunga tetapi "Beristighfar" lah banyak2x..ini kerana barangkali ia suatu ujian buat kita..

Sentiasalah berlapang dada dan berfikiran terbuka sahabat-sahabat dalam sesuatu perkara yang kita lakukan..ingatlah mungkin juga apa yang kita suka ia bukan yang terbaik untuk kita dan mungkin juga apa yang kita tidak suka ia adalah terbaik buat kita..samalah juga jika pandangan @ idea kita ditolak dan diterima..pasti ada hikmahnya dan ujiannya disitu..sesungguhnya Allah swt lebih maha mengetahui..

Ok setakat ini dahulu..insyaAllah jumpa lagi..

Salam alaik..

Nursyahadah
Upsi
21:30 pm

Tuesday, December 7, 2010

Jangan Dianggap Remeh

Posted by NuRuLhiDaYani Bt AhmaD at 12/07/2010 08:19:00 PM 2 comments

Salam..Alhamdulillah..sedikit perkongsian daripada ana buat sahabat2x semua..sambil duduk2x melayan keletihan berprogram tadi pagi..tp x la letih mana sangat pun..hehe..alasan jek..em tengah duduk2x tiba2x teringat kisah seorang sahabat kepada kakak ana..sahabat kakak ana ni merupakan seorang hafizah..iaitu seorang muslimat yang Allah pilih untuk menghafaz 30 juzu'..alhamdulillah dengan izin Allah kawan kakak ni selesai menyelesaikan hafalannya..namun setelah berumah tangga, tanggungjawabnya menjadi semakin banyak..menghafaz,menguruskan rumahtangga,anak dan lain2x lagi..sehingga suatu ketika muslimat tersebut jarang-jarang untuk mengulang hafalannya..apa yang ana sedia tahu bagi seorang yang telah menghafaz sesuatu surah di dalam Al-Quran perlulah di amalkan..walaaupun hanya sebaris ayat..

Apa yang menarik dalam Kisah ini..

Sahabat ini telah mendapat teguran daripada Allah swt melalui seorang anaknya..Anak ini tidak mampu untuk mendapat rawatan daripada doktor..sangat ganjil kerana Doktor tidak mampu mengesahkan penyakit tersebut..Namun sahabat ini bermuhasabah diri..mengapa Allah beri ujian ini kepadanya..ana teringat sesuatu..Allah x kan uji seseorang itu tanpa ada sebab..

Kemudian sahabat ini membuka Al-Quran dan membacanya sambil menghafal surah-surah yang telah dihafal olehnya ketika dahulu..tujuan untuk menenangkan hati..Alhamdulillah dengan kuasa Allah anaknya sihat hari demi hari sehingga sihat sepenuhnya..

Apa yang ana cuba sampaikan kepada dalam penulisan ana ni..berfikir lah terhadap ujian yang Allah timpakan kepada kita..jangan menganggap remeh terhadap sesuatu ujian yang Allah tujukan kepada kita..carilah mengapa..?mungkin ini teguran Allah kepada kita untuk memperbaiki diri kita..yakinlah pada Allah bahawa setiap kesusahan itu pasti ada kesenangan..

Ingat!..kalau Allah bagi ujian bermakna Allah sayang kat kita..Like2x..!

Ok setakat ini dahulu..

Salam Alaik..


Nursyahadah

21:23 pm

Thursday, December 2, 2010

Pintu Bukan Lagi Masalah

Posted by NuRuLhiDaYani Bt AhmaD at 12/02/2010 11:41:00 PM 2 comments
Assalamualikum..huh setelah 5 minggu tidak update blog..itulah masalah pengurusan ana dari dulu sampai sekarang..memg jalan laju tapi bab masa nak betul2x jaga "berat"..huhu..emmm kadang nak update blog ni..dah rancang nak tulis ni la malam ni..esok rancang lagi nak tulis tajuk ni la malam nie..tp x jd jugek..huhu malas sangat jari ni..huhu berubah2x hidayani!

Alhamdulillah bersyukur pada Allah..udah ramai penghuni surau muslimat di surau ek..ini adalah kekreatifan sahabat2x ana terutamanya "HERWANA BINTI HERMAN" dalam merancang pelbagai aktiviti untuk diberikan kepada mad'u..em setiap hari kena prepare nak bagi tazkirah apa..hehe..

Sebenarnya surau di kolej ana kecil..pintu masuk pun satu..situlah laluan muslimin, situ jugalah laluan muslimat..sifat seorang wanita memang x lari dari malu..huhuhu..em dulu pernah diutarakan tentang persoalan pintu..pintu 1, kecik..muslimat nak masuk pun segan..sebab selalu akan bertembung dengan muslimin..

Emm ada diutarakan kepada pihak pengurusan kolej, tp gaya mana nak buat..nanti tebuk dinding kang bangunan runtuh..hehehehe..Emm teringat jawapan yang diberi oleh pengetua la kalau x silap ana..em pucuk pangkal dalam beribadah adalah hati..bukan pintu..ngeh3x..kata2x tajam tu..bak kata orang..nak seribu daya..x nak seribu dalih..

Jadi sahabat2x..apa lagi jangan anggap PINTU sebagai sebab utama untuk antum tidak turun ke SURAU..hehe..

Ok setakat ini sahaja perkongsian..insyaAllah ada kelapangan entry baru akan muncul lagi..insyaallah..doakan ana deh..

Salam perjuangan buat sahabat2x semua..

Salam alaik..


Nurulhidayani Ahmad
Khar,upsi
00:19

Blog Widget by LinkWithin
 

~..SaLam UkHwaH FiLLah..~ Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Blogger Styles Image by Tadpole's Notez