Followers

Thursday, December 31, 2009

Semester " 5 "

Posted by NuRuLhiDaYani Bt AhmaD at 12/31/2009 12:49:00 AM 0 comments
Assalamualaikum semua..mg dalam lindungan Allah swt..insyaAllah..26hb12 bermula nyer pendaftaran kolej..jd semua dah kena balik upsi..maka bermulalah sem baru bg dalam kamus hidup ku..em cepat masa berlalu..masa mula2x masuk upsi umur sy masa tu 19 tahun..dan bermulalah dengan semester 1..masa tu rasa agak kecik je diri nie..almaklumlah jadi junior..hehe..sekrg pon x besar2x lg pun..tp dah jadi senior..senior pun x senior lg la..hehe..

Em dah naik semester baru ni macam2x kene fikir kat kepala nie..em berorganisasi salah satu nyer..sebagai watak sampingan tok menimba banyak pengalaman sebelum sy d posting nanti..em past tu ngan esemen dan macam2x lg..doakan sy mg terus istiqamah dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab..

Em kelas sem nie agak padat..tp sama je macam sem lepas..21 jam kedit..bg universiti lain jumlah 21 jam kedit adalah perkara biasa..jd sebagai motivasi diri sy..kalau diaorg mampu kenapa tidak saya..betul x???..Jadi sy akan teruskan perjuangan..insyaAllah..

Em result pekse alhamdulillah naik..syukur alhamdulillah..walau x dapat dekan tp syukur yg x terkata n x terucap d mulut..hanya mampu sujud syukur dan berterima kasih kepada Allah swt..mungki rezeki dr Allah swt tok sy sem 4 aritu..pape pun syukur sgt..sehinggakan nak bgthu kat mak ngan abah blh menangis..mak ucap tahniah..terima kasih pada mak..abah..mendoakan anaknyer yg sorg nie..syukran juga buat kawan2x yg mendoakan..mg kita semua peroleh kejayaan..

Ingatlah kejayaan itu hanya milik Allah..bukan milik kita..

Ok..sampai sini dahulu..banyak kerja menunggu..huhu..

Salam alaik..

Note: chaiyok2x!! yanie..


Nursyahadah
khar,upsi
1:01 am

Monday, December 21, 2009

Selamat Tahun Baru 1431Hijrah

Posted by NuRuLhiDaYani Bt AhmaD at 12/21/2009 05:45:00 PM 0 comments
Salam sahabat semua..mg sentiasa sihat dan sentiasa mendapat lindungan dari Allah swt..em d kesempatan ni nak ucapkan selamat tahun baru kepada semua sahabat2x dan pembaca blog semua..entry ni lambat sikit..x berkesempatan nak update..

Em sekarang sy ada di Kolej Aminuddin Baki tok mengikuti bengkel RPA iaitu rakan penggerak addin..ada sy sebut d entry yg sebelum nie..doakan kami..mg hijrah yg antum semua lakukan sentiasa d redhai oleh Allah swt dan mendapat keberkatan d setiap langkah yg d lakukan..insyaAllah..

Ok sampai sini dahulu..salam alaik..

Note: salam takziah kepada kak mawaddah dan abg hafiz yg kembalinye 'ukasyah pertama hati nyer ke rahmatullah..mg ukasyah tenang dan bahagia di sana..amin ya rabb..al fatihah..


Nursyahadah
KAB,Upsi
5.50 pm

Monday, December 14, 2009

Tautan Hati

Posted by NuRuLhiDaYani Bt AhmaD at 12/14/2009 11:12:00 PM 4 comments
Salam semua..mg sihat2x selalu..sudah beberapa hari x coretkan something kat blog ni..tp x sampai bersawang la..hehe..em beberapa hari ni sibuk sgt..sy uruskan walimah mak cik sy..past tu mengajar tajwid kat masjid tok ibu2x..hehe..macam2x gelagat diorang baca al-alquran..tp alhamdulillah..at least ibu2x ada niat di hati untuk belajar membaca Al-quran..ganjaran bg orang yg sudah tahu membaca Al-quran tidak sama dengan orang yg x tahu baca Al-quran..em jd sebab tu x berkesempatan nak online..malam ni pulak internet x bp ok..try tulis jek..if blh post sy post..if x huhuhuhu..

Selama cuti sem d rumah ni macam2x sy wat..em sempat habiskan bc novel..novel tu bertajuk "Tautan Hati"..sebenarnyer sy bukan peminat pembacaa novel..namun tajuk nyer menarik hati sy untuk membacanyer..buku tersebut telah di tulis oleh Fatimah Syarha binti Mohd Noordin..Buku tu d bg pada sy dari seorang adik angkat sy b4 dia g terbang ke mesir..

Em lama jugek nak habiskan bc buku tu..berbulan2x..org kata biar sikit2x d baca yg penting dapat inputnyer..Alhamdulillah selesai jugek sy bc buku tu..Em macam2x blh d kongsi kepada pembaca sekelian..Buku tersebut menceritakan bagaimana seseorang menjaga dan memelihara hati nyer daripada anasir2x yg tidak sepatutnyer wujud dalam hati mereka..ada jugak menceritakan bagaimana cara ukhwah dapat d bentuk sehingga mampu menarik seorang yg bukan islam tertarik dengan islam..lg ttg bagaimna mereka d pertemukan jodoh..em macam2x lagi la..

Sy tertarik dengan bagaimana seorang muslimah mampu menarik seorang wanita yg kuat dalam agama kristian untuk memeluk agama islam..sehingga meremang bulu roma sy masa membacanyer..menitis air mata sy selepas wanita kristian tu memeluk agama islam..kalau lah wujud ramai muslimin dan muslimah d muka bumi Allah ini yg serupa dengan yg diceritakan di dalam buku tautan hati ini alangkah bahagia dunia ini di serikan dengan islam..subhanallah..

Bagaimana seorang muslimah kuatkan hati di jalannyer dalam berdakwah di jalan nyer..terdetik di hati sy mampukah ak menjadi sepertinyer????terasa di hati sperti tidak layak untuk menjadi sepertinyer..hati nyer sgt kuat pada jalan dakwah nyer..Ya Allah kau kuatkan dakwah ku dan sahabat2xku pada jalanmu ya Allah..Kami sgt2x memohon pada mu yaAllah..Kau jagalah hati kecil kami untuk terus dakwah dakwah dan dakwah ya Allah..Amin ya rabbal alamin..

Dalam buku tu ada menceritakan ttg bagaimana muslimah tersebut menemui jodohnyer..apa yg penting baginyer jodoh yg ingin dimiliki perlulah sefikrah dengan nyer..iaitu faham dakwah dan agama islam..mereka menjaga hati mereka dengan tidak meletakkan couple sebagai pemula penghubung ke alam perkahwinan..ini kerana mereka x nak hati mereka rosak akibat teringat ttg pasangan mereka..oleh itu jauhkan "COUPLE"..ambillah "PERNIKAHAN"..kerana itu lebih baik..insyaAllah wanita solehah adalah untuk lelaki soleh..itu adalah janji Allah..kejarlah cita sebelum cinta..mg jodoh yang Allah bakal titipkan kepada ku adalah jodoh yg sefikrah denganku..Amin2x ya Rabbal alamin..

Em kalau nak bc buku tu blh la cari kat kedai..hehe..sy x jual..tp buku tu cukup2x membantu untuk meningkatkan semangat hati dalam berdakwah..insyaAllah..seronok rupanyer baca novel..hehe..minggu ni adalah minggu terakhir sy di rumah..kerana ada program yg perlu diikuti..iaitu program yg di anjurkan oleh pusat islam UPSI iaitu "RPA"..RPA singkatan bg Rakan Penggerak Ad-din..mg program ni terus2x dan terus berjalan di bumi UPSI..insyaAllah..

Ok undur diri dahulu..semoga kita semua sentiasa d lindungi oleh Allah dan mendapat keredhaan darinyer..insyaAllah..Salam alaik..

Note: kepada mereka yg bergelar warga upsi, kita semua di minta untuk daftar semester bermula 21 disember sampai 28 disember..jgn x daftar pulak..hehe..nanti kene denda RM10 lak..banyak tu RM10..huhu..


Nursyahadah
RTB,Bukit Changgang
Banting,Selangor

Sunday, December 6, 2009

Tak Percaya..huhuhu

Posted by NuRuLhiDaYani Bt AhmaD at 12/06/2009 03:37:00 PM 2 comments
Salam alaik semua pembaca blog..hehe..alhamdulillah dapat gak update blog nie..semoga semua sihat2x selalu..

..Nak citer..

Semalam sy pergi joging dengan kakak ngan adik..joging punya joging rupa2x nyer ble tgk belakang kakak ngan adik tertinggal jauh..hehe..laju x sy???em jauh x joging???em jauh jugek..tok first time..hehe..balik dr joging..nak tau x apa berlaku????

huhuhuhuhu..mcm x caya..

Sy bawak motor..x perasan pun sy dah blh bawak motor semula..x teringat pon ttg trauma masa kemalangan aritu masa bulan ramadhan..

nak taw sedar nyer ble..??

Em pg td selepas 2 kali ulang alik dr masjid kt kg sy..ada program..

Alhamdulullah cuti sy dpt di capai..hehe..alhamdulillah sgt2x..pasni x yah dah takut2x nak bawak o naik mtor..huhu..hajat sy pun tercapai..round2x kg..tp sy bukan minah rempit taw..=)

sebelum ni sy ada post entry ttg cutiku..hajat 1 hingga 3 dh tercapai..tinggal yg ke 4 pula..

Ya Allah kuatkan hati ku..tok terus menghafaz2x dan menghafaz..

Kawan2x doakan sy..=)

em k la sampai sini dulu..

Mg ketemu lg d entry akan dtg..

Salam alaik..

Note: Manfaatkan cutimu dan cutiku dengan baik..insyaAllah..

Nursyahadah
RTB,Bukit Changgang
Banting Selangor
15:48 pm

Friday, November 20, 2009

Salam AidilAdha

Posted by NuRuLhiDaYani Bt AhmaD at 11/20/2009 03:39:00 AM 4 comments

Entry terakhir b4 balik umah..huhuhu



Salam aidiladha kepada semua pembaca blog ini..semoga kita semua mendapat keberkatan dalam meraikannya..

..Salam kemaafan..

..Salam ukhwah..

..Salam jihad kepada semua..

Salam alaik


Nursyahadah,
khar,upsi
3:48 a.m

Budayakan Hidup Dengan Alquran

Posted by NuRuLhiDaYani Bt AhmaD at 11/20/2009 03:30:00 AM 0 comments

: Assalamualaikum sahabat pembaca sekelian :

Sewaktu kecil dulu, orang tua-tua selalu cakap : kalau tak khatam al-quran 30 juzuk, nanti tak boleh berkhatan.

Rasanya, itulah petua orang-orang dahulu yang diguna pakai untuk mentarbiyah anak-anak supaya membaca al-quran dan mengkhatamnya. Apa lagi, sebab takut tak dikhatankan, masing-masing berlumba-lumba untuk menghabiskannya.

Walaupun seolah terpaksa, namun kadang-kadang perlu juga dibuat begitu. Itupun masih ada yang malas. Iya! Budaya membaca al-quran. Nampak remeh, namun ramai yang mengabaikannya.



Di manakah Al-Quran dalam kehidupan kita seharian?

Berbalik kepada fokus yang hendak saya sampaikan tadi iaitu membaca al-quran dan kebetulan pula semalam, saya sempat menghadiri satu sesi tazkirah dan memang kebetulan juga tajuk tazkirah yang disampaikan oleh seorang ustaz itu berkisarkan kehidupan manusia dengan al-quran.

Kupasan tajuk yang ringan namun menginsafkan. "Bersama-sama dengan al-quran", antara ungkapan yang diucapkan olehnya (pentazkirah). Bila dikoreksi kembali, sejauh manakah kebersamaan hidup kita ini dengan al-quran.

Skop membaca ini masih kecil jika dibandingkan dengan mengamalkannya. Secara logiknya, kalau membaca pun kita tidak dapat buat, apatah lagi untuk mengamalkannya?

Saya sering memuhasabah, dan apa yang saya dapat lihat ialah hari ini dalam tidak sedar kita sering silap dalam meletakkan prioriti sesuatu perkara. Kalau ditanya, boleh atau tidak kita membaca majalah, sudah tentu jawapannya boleh. Bagaimana pula dengan membaca al-quran? apatah lagi!

Tetapi, kita lebih berminat untuk membaca majalah. Hari ini, kita seharusnya koreksi kembali, bahawa salah satu punca kemaksiatan dan kemungkaran bermaharajalela di muka bumi adalah disebabkan tiadanya jiwa atau roh islam itu sendiri.

Jiwa kita kosong bahkan ianya diisi dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah. Contohnya, membaca majalah-majalah hiburan, menghabiskan masa ke program-program maksiat seperti konsert-kensert artis yang terang-terang telah melanggar batas-batas syara’, realiti yang tidak dapat disangkal lagi.

Perkara ini jelas menginsafkan saya. Apa tidaknya, kalau kita sanggup berkorban masa untuk perkara-perkara yang sia-sia atau lebih teruk lagi kepada perkara-perkara maksiat yang sudah tentu mendapat kemurkaan Allah s.w.t mengapa tidak kita berkorban saja masa kita untuk membaca al-quran. Ianya adalah satu sumber untuk kita mendapatkan kekuatan dari aspek kerohanian. Iya! kekuatan rohani.

Mungkin kemampuan kita tak dapat menandingi orang-orang terdahulu seperti imam As-Syafei yang mampu mengkhatamkan al-quran sebanyak dua kali sehari. Lebih mengkagumkan ialah beliau menghabiskannya di dalam solat pada bulan puasa. Subhanallah!

Hari ini kita nak baca satu ayat pun kadang-kadang susah bahkan tidak terdetik lansung dalam hati ini ada niat untuk membacanya, Nauzubillah min zalik. Kalau kita menunaikan tanggungjawab kefardhuan solat lima waktu masih lagi bernasib baik, tapi bagaimana kalau solat fardhu pun kita tidak tunaikannya. Satu ayat bahkan satu huruf pun kita tidak menyebutnya.

Inilah salah satu amalan atau cara hidup muslim yang sebenar disamping menunaikan tanggungjawab yang lain. Mungkinlah jika hendak dibandingkan dengan aktiviti-aktiviti yang lain, tak dapat untuk dibandingkan sekiranya kita mengharapkan habuan material semata-mata.

Maka, di sinilah tahap keimanan dan kepercayaan kita terhadap janji-janji Allah diuji. Ketahuilah sesungguhnya Allah tidak pernah mungkir janji. Bila disebut soal ganjaran atau kelebihan maka orang yang selayaknya untuk menerima ganjaran itu sudah tentu orang yang berbuat kebaikan.

Dan kelebihan orang yang bersama-sama dengan al-quran telah disebutkan oleh Rasulullah s.a.w bahawa baginda menyeru kepada kita semua supaya membaca al-quran kerana dengannya ia akan memberikan syafaat kepada kita di hari akhirat nanti.

Selain itu, Rasulullah s.a.w juga memberitahu bahwa sesiapa yang membaca satu huruf daripada al-quran akan diganjari dengan satu kebaikan dan setiap kebaikan itu diganda dengan sepuluh kebaikan. Begitulah kasihnya Allah swt terhadap hambanya.

Namun, oleh sebab hati kita sudah diikat dengan habuan dunia, maka kita lupa bahkan seolah tidak mempercayai janji-janji Allah itu, hasilnya, hidup kita jauh dengan al-quran.

Persoalannya : adakah ianya ada dalam pemikiran kita tika ini? Astaghfirullah!!! Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun lagi maha penyayang.

Sebenarnya tiada alasan untuk kita umat Islam lari daripada menunaikan tanggungjawab kita terhadap al-quran, kalau membaca itu sudah kita anggap berat apatah lagi untuk mengamalkannya. Alasan tidak pandai membaca bagi saya sudah tidak relevan lagi pada hari ini. Kalau nak seribu daya, kalau taknak beribu alasannya.

Inilah masalah yang sering kita hadapi bahkan ianya sudah menjadi satu penyakit yang sinonim dikalangan umat Islam. Mahu tapi ego, atau mahu tapi malu? Kalau marah orang memanggil kita bodoh, tapi mengapa kita tidak marah bodohnya diri kita kerana tidak mahu menjadi pandai? Fikirkan sejenak.

Tanggungjawab kita pada Al-Quran

Seterusnya, dalam sesi tazkirah tersebut, ada juga menyebut tentang kewajipan yang patut kita tunaikan dalam hidup bersama al-quran iaitu menjadikan bacaan al-quran itu sebagai wirid harian kita. Sekurang-kurangnya ada ayat al-quran yang kita baca setiap hari. Ini lebih baik jika dibandingkan tidak ada lansung ataupun daripada lidah kita dibasahkan dengan lirik-lirik lagu yang tidak bermanfaat.

Jika mampu sekurang-kurangnya dalam masa tiga puluh hari itu kita dapat mengkhatamkan al-quran sebanyak sekali khatam. Jika kita mampu lebih dari itu lagi sekurang-kurangnya, setiap tiga hari kita khatam seperti mana yang diceritakan agaimana Rasulullah s.a.w menjawab pertanyaan Ibnu Umar tentang tempoh mengkhatamkan membaca al-quran.

Kemudian dijelaskan pula bahawa kewajiban yang perlu kita tunaikan ialah mempelajari bacaan al-quran dengan betul. Inilah tanggungjawab kita dalam memperbaiki dan mempercantikkan bacaan kita.

Walaubagaimanapun, kita tidak diberatkan sehingga sesuatu perkara itu menjadi penghalang untuk kita membacanya.

Contohnya bagi orang yang lidahnya susah untuk menyebut atau membaca al-quran makanya Rasulullah s.a.w ada menyebutkan perihal orang yang sebegini dan baginda menyeru supaya untuk diteruskan membaca al-quran kerana bagi mereka ada ganjarannya juga.

Seterusnya, kita juga hendaklah terkesan dengan bacaan kita atau dengan kata yang lain ialah memerhati dan menyelami maksud-maksud setiap ayat yang kita baca. Kita boleh jadikan kisah bagaimana Saidina Umar sebagai contoh ikutan di mana beliau pernah tidak sedarkan diri selama sebulan kerana membaca syat yang berkaitan dengan azab Allah s.wt.

Hari ini, kita nak menangis pun belum tentu. Dan tanggungjawab kita yang seterusnya ialah kita hendaklah menjaga hafalan serta mengulang ayat-ayat al-quran yang telah dan pernah kita hafal.

Untuk akhirnya yang paling penting sekali ialah mengamalkan isi-isinya. Ketahuilah sesungguhnya al-quran itu boleh menjadi hujah bagi kita, tidak kurang juga al-quran juga boleh menjadi musuh kita di akhirat nanti. Nauzubillah min zalik.

Oleh sebab itulah, al-quran itu bukan sahaja untuk di baca semata-mata. Akan tetapi ianya perlu disertai dengan penghayatan serta perlaksanaan dan inilah yang menjadi kewajiban bagi kita semua.

Begitulah sedikit panduan serta peringatan yang boleh dikongsi bersama supaya kita ini tidak tergolong dikalangan orang-orang akan menyesal suatu hari nanti.

Remeh yang menginsafkan.

Begitulah realiti yang kita sedang lalui pada hari ini. Dalam tak sedar kita telah mengabaikan tanggungjawab yang asas sebagai umat Islam. Budaya hidup bersama al-quran. Mudah-mudahan kita membudayakan hidup kita dengannya, bukan kita membudayakan al-quran dengan hidup dan kehendak kita.

Islam itu yang seharusnya memerintah, bukan kita yang memerintah Islam sepertimana yang kita dapat lihat pada hari ini.

Wallahu ta’ala a’lam.

Blog Widget by LinkWithin
 

~..SaLam UkHwaH FiLLah..~ Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Blogger Styles Image by Tadpole's Notez