Followers

Saturday, September 5, 2009

Iman Semut Vs Iman Manusia

Posted by NuRuLhiDaYani Bt AhmaD at 9/05/2009 02:39:00 AM

Assalammualaikum w.b.t..

Nak dengar kisah ni x..?if nak baca lah..oleh kerana lama x update blog.. sy hanya berkesempatan untuk berkongsi kisah ini sahaja dek asgmnt yang melambak..tp sebb x nak blog ni bersarang lama sangat jd sy jadikan kisah ni sebagai entry sy yg seterusnya..

Jemput lah baca..

Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus.

Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: " Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu".

Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku".

Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: " Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"

Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan".

Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong".

Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut didalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.

Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut: "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah".

Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa".

Itulah Iman Semut!!

IMAN MANUSIA??

Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorek kubur orang mati. Kerja korek kubur orang mati bukan kerja orang ganjil. Bila ada orang mati, mayat terpaksa ditanam, oleh itu kubur perlu digali dulu. Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah dia tidak gali kubur untuk tanam mayat.

Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam, waris sudah lama balik kerumah dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah penggali ini datang ke kubur untuk korek balik.

Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah di INTERVIEW oleh Munkar Nakir. Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur, 50 kubur sampai 100 kubur. Lepas itu, penggali pergi kepada Imam Suffian dan bertanya kepadanya: "Ya Imam, kenapakah daripada 100kubur orang Islam yang aku gali, dua sahaja yang mana mayat di dalamnya masih berhadap kiblat. Yang 98 lagi sudah beralih ke belakang?".

Jawab Imam Suffian:" Diakhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islam yang percaya rezeki itu di tangan Allah. 98 orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tangan Tuhan".

Itulah sebabnya apabila umat Islam tertekan dengan SOGOKAN duit yang banyak, biasanya, iman dia akan beralih.. Nyatalah iman semut lebih kuat dari iman manusia.

Kata Saidina Ali kepada Kamil:

"ILMU ITU LEBIH BAIK DARIPADA HARTA..

ILMU MENJAGA ENGKAU DAN ENGKAU MENJAGA HARTA,

LMU MENJADI HAKIM, HARTA DIHAKIMKAN,

HARTA BERKURANGAN APABILA DIBELANJAKAN

DAN ILMU BERTAMBAH APABILA DIBELANJAKAN" .


Sama2xlah kte renungkan..semoga dalam bulan ramadhan amalan akan lebih dapat dipertingkatkan lagi..istiqamah dalam melakukan ibadah kepada Allah s.w.t..walaupun ibadah yg dilakukan hanya sedikit itu adalah lebih baik dari melakukan ibadah yg banyak tetapi tidak istiqamah dalam melakukannya..

Rebutlah peluang yang lebih berharga daripada emas kerana di awalnya adalah rahmat..dipertengahannya adalah maghfirah dan di akhirnya adalah terhindar daripada azab neraka..

Salam alaik..

Note: huhu..bila mahu siap asgmnt nie..chaiyok yanie!!

Nursyahadah
khar,upsi
2.55a.m

4 comments on "Iman Semut Vs Iman Manusia"

Nur_pama"Khairatun hisan" on September 7, 2009 at 7:19 PM said...

salam..em...hebatkan semut?
klu tgk smut mmg byk pengajarannye
muafakat,kerjesame..sllu jln sme2,tlg mne yg t'jth..(sllu tgk p'jlnn semut yg pjg)..hu2

ainulmardhiah on September 7, 2009 at 8:57 PM said...

wah..sgguh memberi pengajaran...

NuRuLhiDaYani Bt AhmaD on September 8, 2009 at 4:51 AM said...

to nur_pama"khairatun hisan"
salam kak ma..em betul tu..mampu x agaknyer kter menjadi seperti semut..???
sama2x kta berdoa..=)

NuRuLhiDaYani Bt AhmaD on September 8, 2009 at 4:53 AM said...

to ainulmardhiah:
salam ainul..terima kasih sudi dtg blog sy..em mg kisah ini bukan hanya memberi pengajaran pada sy tp kepada semua yg membaca cerita ini..mg kita sentiasa d kekalkan iman oleh Allah s.w.t..
salam ukhwah..=)

Post a Comment

..TinggalKan Jejak Anda Di siNi..

Blog Widget by LinkWithin
 

~..SaLam UkHwaH FiLLah..~ Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Blogger Styles Image by Tadpole's Notez