Followers

Showing posts with label muhasabah diri. Show all posts
Showing posts with label muhasabah diri. Show all posts

Thursday, August 13, 2009

MEMBUKA PINTU REZEKI

Posted by NuRuLhiDaYani Bt AhmaD at 8/13/2009 08:07:00 AM 2 comments

SaLam sahabat2x semua..em pagi nie kul 8 sampai 10 kelas dasar2x negara batal..mayb lectrr kami iaitu kak lin terlibat dengan konvo..em kelas akan d ganti pada esok hari jam 3 hingga 5 petang..

Em pagi ni nak kongsi sedikit ngan sahabat semua.."membuka pintu rezeki"

Dato' Fadzilah Kamsah
pernah berkata..

Setiap pagi sedekahkan alfatihah kepada kedua ibubapa mu..(x kira sama ada mereka masih ada atau sudah kembali kepada penciptanya)
InsyaAllah rezeki akan terbuka buat kamu..

Berdasarkan hadith nabi pula:

"Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tuanya dalam sehari"

Huraian hadith:

Jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibu bapa baik yang masih hidup atau telah kembali ke rahmatullah.. Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa.. kepada kedua ibu bapa walaupun ada ibu bapa yg leka dalam mendoakan anak2x untuk berubah kpd yg lebih baik.. Sesungguhnya ingatlah bahawa "mardhatillah fi mardha alwalidaini"..iaitu keredhaan Allah ada dalam keredhaan ibubapa.. Semasa berdoa hendak bersungguh ketika berdoa..tadah tangan dan bayangkan wajah kedua ibu bapa sahabat sekelian..termasuk guru2x kita dan mereka yg banyak membantu kita..(berdoa perlu benar2x bersungguh).. Mereka yang lupa untuk mendoakan kedua ibu bapanya maka akan disempitkan rezekinyer oleh Allah s.w.t..

Kesimpulannya:


Bagi yang berniaga tidak perlulah menggunakan pelaris..cuma jangan lupa untuk mendoakan kedua org tua antum semua..mendoakan kesejahteraan kedua ibu bapa kita setiap hari, rezeki yg dtg itu bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang diberi oleh Allah s.w.t kepada kita..cth nyer..nikmat makan,kesihatan,kasih syg dan sebagainya..em insyaAllah sekirannya antum semua berusaha dan bertawakal insyaAllah rezeki itu bukan kerana hanya ada sijil SPM (kata azmil mustafa)..=)..ayuh sahabat2x semua..kita cuba..tak susah untuk sedekahkan alfatihah kepada kedua ibu bapa kita berbanding menghabiskan berjam-jam menyaksikan konsert yg tidak membawa faedah kepada kita..hanya 3 minint sahaja d perlukan untuk membaca alfatihah..berdoa di dalam hati juga boleh..=)..d mana2x kita boleh berdoa..bukan tika seleps solat sahaja..=)

ok..setakat ini dahulu..mahu undur diri dahulu..

SaLam alaik..

Nursyahadah
khar,upsi
8.42a.m

Wednesday, August 12, 2009

ImaM daN MakMuM

Posted by NuRuLhiDaYani Bt AhmaD at 8/12/2009 04:01:00 PM 0 comments
SaLam semua sahabat2x..selamat hari rabu..mg sahabat2x semua d lindungi oleh Allah s.w.t dan sentiasa berada dalam rahmatnyer..

Em baru2x nie sy ada membeli sebuah buku yang ditulis oleh seorang "ustaz cinta" bak kata dalam bukunyer iaitu "bercinta sampai ke syurga"..title "ustaz cinta" itu adalah title yg diberi kepadanya menurut beliau..kata nyer lagi di dalam bukunyer sebab segala persoalan yang berkaitan tentang cintan cintun buayafrnd n gelifrend ramai yg rujuk padanya untuk mendapatkan jawapan yg terbuku di dalam minda..dengan penghasilan buku "cunta hingga ke syurga" berasaskan pd soalan2x dan pengalaman ustaz hasrizal sendiri..em best la yg penting buku tu..sgt2x best..

Em sy ambil sedikit yg ada dalam buku tersebut tentang "imam dan makmum"..untuk kter kongsi bersama-sama..kat dalam buku tu sebenarnyer bukan lah semua berkisar tentang cinta cintun..byk motivasi nyer..em beli la dan baca lah..em sambung semula ttg imam dam makmum tu..em sy nak cerita dan kongsi kepada sahabat semua..

Kenapa bila kter nak berdakwah kepada org lain kdg2x tidak tercapai atau x sampai..???sebagai contoh yg terdekat kita nak tegur org yg membuat salah..dengan teguran yg d beri tetapi dia still x nak ikut apa yg ditegur..

Em kte x blh salahkan org tersebut..em yg paling penting kter kne refer diri kita semula..muhasabah diri..walaupun apa yg kita buat itu baik..em bagus menegur itu sebab ingt mengaingati itu amat2x d tuntut oleh islam..rujuk pada persoalan kenapa org tersebut x nk ikut apa yg dinasihatkan..ini kerana mungkin diri kita ada something yg kita x wat o laksanakan lg..jadi perlulah tingkatkan iman dan perbetulkan apa yang kter x laksanakan lg..cth: kter ada berjanji dengan seorg kawan untuk pergi dscussion bersamanya..tapi kita x laksanakan janji tersebut..kira mungkir janji la tu..walaupun ia hanya perkara kecil tapi d sebabkan perkara kecil itu lah yg menyebabkan dakwah kter x tercapai..selepas laksanakan berdoa pada Allah s.w.t agar org td d beri petunjuk..insyaAllah Allah yg akan memperbetulkan org tersebut dengan bantuannye..itulah namanya kekuasaan Allah..

Em jangan bersedih sekiranya dakwah yg ingin dilaksanakan still x tercapai..ada hikmahnya..percaya dan yakinlah pada Allah..

semoga Allah menyentuh hati2x kalian..sebenarnyer bukan mudah untuk membentuk seseorang untuk menuju ke jalan yg benar..

carilah hikmah dalam setiap ketentuan..supaya timbul rasa kesabaran dan kesyukuran..
kerana setiap yg payah itu pasti ada kesenangan..
setiap kesabaran itu pasti ada ganjaran..


Em setakat ini dahulu..sekiranya ada apa2x yang sahabat nak tambah tafaddal..=)..sgt2x dialu-alukan..sy seorg yg lemah..baru merangkak2x nak menulis..kdg msg smpi..kadg x..sama2x la kter berkongsi ilmu yer..

P/s: Buat kak aniem jgn tension2x yer..=)

Salam alaik..

Nursyahadah
Khar,Upsi
16.47 p.m

Thursday, July 23, 2009

Sedarkah Kita

Posted by NuRuLhiDaYani Bt AhmaD at 7/23/2009 03:15:00 PM 2 comments

Salam ukhwah semua..em sebenarnyer x tahu nak kongsi ap kat blog arini..sebab dah bape hari x update blog..em x berkesempatan..huhu..doakan sy yer..em tbe2x sy teringat kat seseorang yg menjadi sebahagian dalam hidup keluarga kami..iaitu keluarga En Ahmad..iaitu ayah sy..kirenyer ni cucu abah la..tp bukan anak sy..but anak buah sy..em namanya Ahmad Nu'man Kasyfi..em panjang sgt nama nyer..konon2x nyer nak pecah rekod la tu..tp x kesampaian..hehe..em kekal nyer nama Ahmad kata abg sy iaitu ayah kepada Ahmad Nu'man Kasyfi ni agar keturunan nama Abah masih d kekalkan sampai bila2x..alhamdulillah..kami anak2x abah syg abah..syg mak jugek..

ok..sebenarnyer bukan ni nak sy sampaikan..ap yg sy nak sampaikan sebenarnyer cmner kehidupan kita dr kter dilahirkan oleh ibu kita..sampailah kita besar yang mana sama ada kita ini ikut jalan yg lurus atau bengkok..


Dari kter lahir..?

Apa yg anda tahu bila kter lahir..??em yg sy tahu ble kter dilahirkan kter ni semua bersih dan suci daripada segala dosa sama seperti putih nyer kain kapan..adakah kter masih kekal sama macam kita mse baby tika waktu ini..??fikir lah sama2x..

Ya Allah..

Hamba mu ini terlalu kerdil dan kecil d muka bumi mu ini..
Sesungguhnye tika ak melakukan dosa padamu sama ada secara sengaja atau x..
Kau tetap membenarkan ak untuk tinggal d muka bumi mu ini..
Ampunkanlah dosa2x kami ya Allah..
Ampunkanlah dosa2x kami ya Allah..
Ampunkanlah dosa2x kami ya Allah..

Sesungguhnya engkau maha pengampun ya Allah..

Ya Allah ingatkan ak tika ak berada dalam kelalaian ya Allah..
Ini kerana ak sgt memerlukanmu di sisiku ya Allah..
Sentiasalah bersama2x kami dalam menegakkan agamamu ya Alllah..

Sesungguhnya dengan bantuan dan kekuatanmu kami memerlukannya..

Em sedarkah kita bila kter sudah mencecah dewasa yg mana kita mampu berfikir mana yg lurus dan mana yg bengkok..kita sebenarnya cukup bertuah kerana d bekalkan dengan ilmu agama tika kita berada di sekolah tadika lagi..jadi amalkan lah dan kekalkan apa yg kita sudah pelajari..walaupun kita x tahu apa yg Allah sudah aturkan untuk kita semua..tp bersangka baiklah pada setiap apa yg berlaku ke atas diri kter..yg mana semuanya ada hikmah nyer tersendiri..ini kerana..

"Apa yg kita suka barangkali x semestinya baik untuk kter..dan boleh jadi apa yang kita x ske itu adalah yg baik tok kita.."

Jadi sama2x lah kita fikir..untuk menjadi seorang yang terbaik sebenarnyer bukan la dalam sekelip mata sahaja..tp dengan usaha2x yg berlipat ganda..tabahlah dalam menghadapi setiap ujian yg datang..insyaAllah ia dapat kuatkan kita pada jalannya..Amin Amin Ya Rabbal Alamin..

Em rasa nya ini sj yg saya nak coretkan.. barangkali sekiranya ada yg tertinggal sama2x lah kita berkongsi sekiranya antum semua tidak keberatan..sebelum sy akhiri coretan sy sedikit kata2x dr sy..

"untuk mendapat pahala memg mudah dan untuk mendapat dosa juga memg mudah"

Sama-samalah kita pelihara hati kita agar kita hidup bukanlah hidup yg sia2x tapi hidup mendapat keredhaan dr Allah s.w.t..

p/s : Em ada sesiapa nak tlg sy jahit baju sy..huhu..penat dah mata nie jahit baju yg x siap2x nie..=(..mak abah sok yanie balik..tunggu yanie ek..syg mak n abah n semua..muuuuaaahh!!

SaLam alaik..

Wednesday, April 15, 2009

::??????::

Posted by NuRuLhiDaYani Bt AhmaD at 4/15/2009 04:04:00 AM 0 comments
SaLam aLaik..

Em sebelum melelapkan mata ingin diri ini berkongsi sedikit kata-kata kepada antum semua..

Kata-kata ni saya jadikan ia sebagai penguat semangat..=)

Kata-kata itu berbunyi..

" Kadang2 Allah patahkan hati kita untuk selamatkan jiwa kita... DIA patahkan hati kita untuk membuatkan hati kita bersemangat... DIA memberi kita sakit supaya kita menjadi kuat... DIA memberi kita kegagalan untuk membuatkn kita rendah diri... DIA menghantar penyakit supaya kita boleh belajar menghargai segala nikmat yang diberi oleh-Nya "

Sesungguhnya Hayatilah setiap pemberian dr ALLAH S.W.T..

Em berfikir lah selalu setiap apa yg datang kepada diri kita..sesungguhnya Allah s.w.t x kan jadikan sesuatu tanpa hikmahnya..bersyukur lah antum semua sekiranya kita tergolong dalam kalangan itu..=)

Ok..salam alaik..=)

Friday, March 27, 2009

.::KeNaPa AkU DiUji::.

Posted by NuRuLhiDaYani Bt AhmaD at 3/27/2009 01:38:00 AM 0 comments
SaLam..

emm lame rs nyer x update blog nie..huhu..org jawa kata ''kangen"..hehe..em taw ke maksud kangen???"rindu"..hehe..

Emm pagi nie nak kongsi something..sesuatu yg lumrah berlaku pada kehidupan kita sama ada ujian itu besar o kecil..em kehidupan kat dunia nie mesti ada dugaan n cabaran nyer..x kisah la waktu belajar o luar dari belajar..tp apa yg berlaku semua proses pembelajaran kan..em yg penting setiap ujian yg datang itu datang nyer dari pencipta kita "ALLAH s.w.t"..yg mana nak lihat duga kita sama ada kita mampu atau x dalam menempuh ujiannya..sebenarnya Allah syg kan kita..=)

sedikit ana kongsi dengan antum..

KENAPA AKU DIUJI?

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." - Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." - Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." - Surah Al-Baqarah ayat 286 RASA FRUST? "Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman." - Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)." - Surah Al-Imran ayat 200 "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" - Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... - Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." - Surah At-Taubah ayat 129

AKU TAK DAPAT TAHAN!!!

"..dan jgnlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." - Surah Yusuf ayat 12

Emm disini la kita perlu berfikir..adakah semua ini sebagai peringatan @ ???

Sampai sini dulu..kalau panjang umur insyaAllah Ilmu seterusnya akan berkunjung di blog ana yg x seberapa nie..hehe..
Emm sma2x lah kita muhasabah diri fikir di setiap apa yg berlaku..ana bukan lah seorang yg sempurna..tp x salah untuk menuju ke arah sempurna itu..Allah menyukai org yg x pts asa..emm ingt taw.."Allah x kan uji seseorg umat itu sekirannya dia x mampu.."

Wailalliqa'..ma'assalamah..=)

SaLam aLaik..

Monday, March 23, 2009

""JANGANLAH BERKATA BURUK DAN MAAFKANLAH

Posted by NuRuLhiDaYani Bt AhmaD at 3/23/2009 12:28:00 PM 0 comments
SaLam..


em nak dekat akhir kuliah banyak esgmnt nak kene hantar..huhhu..em tp alhamdulillah segala d permudahkan..amin ya Rabb..


em nak kongsi sikit ttg kenapa jgn berkata buruk tp maafkan..

semua yg berlaku mesti ada hikmahnyer..


nak tahu x..??????


nak..hehehehehe..


Janganlah Berkata Buruk dan Maafkanlah, Sekalipun Kamu Dianiaya..

kadang-kadang ada org dtg kepada kter dan tikam kter dr belakang..em sabar dan doa adalah senjata bagi umat islam..


sape kata x sakit ble org tikam kter dr belakang..???

sakit..tp ujian itu dtg dr Allah utk lebih kuatkan kter pada jalannya..


x kisahlah..org tikam belakang ke..ap ke..disakitkan hati..o d malukan ke..o whatever la yg menyakitkan hati..tp ingtlah Allah x kan uji seseorang itu sekiranya dia x mampu..


Allah berfirman : "Allah tidak menyukai ucapan buruk, (yang diucapkan) dengan terus terang kecuali oleh orang yang dianiaya. Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui" (An-Nisa' 4:148)


Tafsiran Ulama' Salaf berkenaan ayat ini: Ibnu Abi Talhah meriwayatkan dari Ibnu Abbas tentang ayat ini, ia berkata: "Allah tidak menyukai seseorang mendoakan keburukan bagi orang lain, kecuali bila ia dizalimi.


Kerana..


Allah swt telah memberikan keringanan pada nya untuk mendoakan keburukan bagi orang lain yang yang menzaliminya. Dan bila bersabar, itu lebih baik baginya"(Ath-Thabari (IX/344)


Rasulullah saw bersabda: "Tidak akan berkurang harta kerana sedekah, dan Allah tidaklah menambahkan kepada seorang hamba yang memberi maaf, kecuali kemuliaan. Dan barangsiapa yang merendahkan diri kepada Allah swt, nescaya Allah akan mengangkatnya" (HR Muslim (IV/2001) Muslim no 2588)


prinsip yg sy pgg..


x semestinya kita diam kita kalah tp diam adalah kerana benar..

x dapat berkata di dunia tp kita akan dapat di akhirat..insyaAllah..


emmm ok la..sampai sini dulu..same2x la kter fikir k..

mane yg baik datangnya dr Allah dan yg x baik itu datangnya dari kelemahan diri sy sendiri..


SaLam alaik..=)

Thursday, March 19, 2009

``~samBungan~``

Posted by NuRuLhiDaYani Bt AhmaD at 3/19/2009 06:11:00 AM 0 comments


SaLam..

Selepas 2 hari muncul semula..macam chip more lak..kejap ad kejap x de..=)
ari selasa 10hbmac09 catatan ana berkaitan tentang "krisis tidur"
hari ni ana sambung semula..
kalau antum semua ada masalah krisis tido..ha ikutlah nie..

"PANDUAN TIDUR DARIPADA RASULULLAH"
Nabi Muhammad s.a.w telah memberikan panduan kepada kita tentang cara tidur yang betul..Tabiat tidur yang Baginda amalkan merupakan yang terbaik dan bagus untuk tubuh badan yg kita boleh amalkan..

APA YANG NABI AMALKAN?????
1) Tidur awal dan bangun pada setengah kedua malam yang sama..

SELEPAS ITU????
2) Bersugi dengan menggunakan miswak
3) Berwuduk
4) Mendirikan sembahyang

APA YANG KITA DAPAT JIKA MELAKUKANNYA????
* Badan sihat disamping mencari keredhaan-Nya

emmmmm...wat mase ni setakat itu dulu..insyaAllah d panjangkan umur kita berjumpe lg..

B4 undur diri sedikit nak kongsi."kita hidup d dunia hanya sementara waktu sahaja..kehidupan yg kekal hanyalah di akhirat..kejarlah akhirat itu.."
sama-samaLah kita Fikirkan...

sEmOga KteR saMer2x DpT TamBaHkan AmaLan KitA..=)

SaLam Alaik..=)

Wednesday, March 18, 2009

~keRisiS TidUr~

Posted by NuRuLhiDaYani Bt AhmaD at 3/18/2009 02:40:00 AM 0 comments
SaLam..
firman Allah s.w.t bermaksud:
"Dan dialah yang menidurkan kamu pada waktu malam dan mengetahui apa yang kamu kerjakan pada siang hari;kemudian dia bangunkan kamu daripada tidur padanya, untuk disempurnakan ajal (masa umur kamu) yang telah ditetapkan. kemudian kepadanyalah tempat kamu kembali, kemudian dia menyatakan kepada kamu apa yang kamu lakukan."{al-an'am:60)
sudah menjadi sunnaha Allah bahawa manusia bergerak cergas pada siang hari dan berehat pada waktu malamnya. bahkan kedua-dua waktu ini tidak diciptakan sia-sia, malah terdapat padanya pelbagai hikmah buat insan yang mahu berfikir...
lihatlah bagaimana Allah s.w.t menjadikan waktu malam khusus untuk hamba-hambanya beristirahat dan beribadah di kediaman masing-masing bagi mengelakkan daripada bahaya kerana pada waktu inilah Allah s.w.t melepaskan haiwan-haiwan noktural yang liar keluar melata mencari makanan.
tidur malam yang cukup amat penting terhadap kesihatan individu. menurut institut penyakit neurologikal dan strok amerika, tempoh tidur bagi individu bergantung kepada beberapa faktor:
BAYI: 16jam tidur (hehehe ni tok bayi je..remaja n dewasa jgn ngade2 nak amik tempoh jam ni..)
REMAJA: 8jam tidur
DEWASA: 6-7jam tidur..jangan lebih2x..hehehe
em k la berhenti dulu..huhu..jumpe sambungannya lg..insyaAllah..=)
fikirkanlah dahulu sama ada anda cukup tdo ke terlebih tdo ye..
assalamualaikumm..
Blog Widget by LinkWithin
 

~..SaLam UkHwaH FiLLah..~ Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Blogger Styles Image by Tadpole's Notez