Followers

Thursday, May 12, 2011

Kenapa Diari

Posted by NuRuLhiDaYani Bt AhmaD at 5/12/2011 12:37:00 AM 2 comments
Salam ukhwah..alhamdulillah..baru sebentar di chat tepi blog saya ada seorang adik datang dari terengganu..dia nyatakan berkaitan ttg "Diari"..hehehe..em semua orang ada diari x dalam hidup?..em mesti ada..salah seorang nya Fasihah Zakariyya..hehe..so miss u my dear..

Em menulis dairi merupakan satu aktiviti yang menyeronokkan..tp x semua yg suka menulis..sy pun..tp menanamkan minat itu adalah lebih baik..sesuatu yang kita x suka memg kita x suka..tp kalau kita terapkan minat tu insyaAllah lama2x suka..tp pada perkara yang baik je k..salah satunya boleh buat kenangan..buat legakan hati..dan macam2x..hehe boleh fikir sendiri k..

Actlly kat blog sy ni sy memg suka click "Diary"..sebab senang terus tekan je..semua masuk dalam diari..insyaAllah nati kalau dah ada kesempatan sy akan tukar jenis2x label tu..mungkin selepas ni lebih spesifik..tp takut tangan ni akan click "Diari" jugek..hehe..

Sedikit kata-kata buat pembaca sekelian juga ditujukan khas buat sahabat-sahabat seperjuangan di Upsi :

" Apabila kamu merasa letih kerana berbuat kebaikan maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan yang dilakukan akan terus kekal..dan sekiranya kamu berseronok dengan dosa, maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan akan terus kekal "

Sekian..Salam alaik.."Selamat beramal"

Nursyahadah

Monday, May 9, 2011

Kenangan Yang Terindah

Posted by NuRuLhiDaYani Bt AhmaD at 5/09/2011 11:51:00 PM 0 comments
Salam ukhwah..em perasan x sesuatu bila sy start menulis..skema kan ayat di awalnya..hehe..it's ok..alhamdulillah sudah bermula sesi aplikasi di sekolah..mengaplikasikan segala teori-teori yg dipelajari sepanjang di universiti..namun utk entry kali ni bukan nak cerita tentang praktikal..tp sambungan bagi kisah "medan peperangan" episod 2..mcm nak mula cerita doremon lak..hehe

Actually nak cerita ttg ni memang dah basi..dah lama ngat nak cerita..b4 ni nak menulis tp x sempat..tapi x pela..at least ada gak sambungan daripada tergantung je kan..hehe

Sepanjang medan peperangan berlangsung, banyak yg ana pelajari daripada medan peperangan di upsi ni..medan peperangan yg ana maksudkan di sini adalah pilihanraya kampus..seronok bila kita menyertai pilihanraya kampus ni..mcm2x perangai kita dapat tgk..kalau kita lihat, setiap kampus ada pilihanraya kampus..mcm2x isu yang berlaku ketika pilihanraya berlansung..isu ptptn, kpm, kebajikan dan lain-lain..masing-masing memperjuangkan manifesto2x masing-masing..

Sedar atau tidak, pilihanraya kampus sedikit sebanyak, banyak memberi kesedaran politik kepada sy..bila kita lihat atur cara semasa pilihanraya berlangsung seperti rapat umum dan berkempen, membuatkan sy teruja..masing-masing menyokong team masing-masing..begitulah dengan Malaysia..mana yg nak sokong pas sokong lah, dan mana yg nak sokong umno sokong lah..enggak ada saper2x kok yg halang..hakikatnya sebagai seorang rakyat bertanggungjawab untuk turun mengundi..kalau kat kampus syarat mengundi adalah student upsi..tapi kalau syarat utama mengudi ketika di PRU adalah nama mesti tersenarai dalam daftar pemilih..

Kenangan bersama sahabat-sahabat di medan peperangan ni x kan ana lupakan sampai bila-bila..memang kenagan manis bersama sahabat-sahabat..bila dah kuar praktikum x de dah kenangan ni di upsi..em gantung poster dengan kawan-kawan..makan sama-sama selepas penat wat keje..buat banner utk calon2x yg bertanding..em alhamdulillah Allah bg nikmat untuk bersama-sama sahabat seperjuangan dalam mengharungi medan peperangan ni..pahit manis telah bersama..hehe..

Setelah penat berkempen utk calon2x yg bertanding hasil daripada itu Alhamdulillah mereka menang..syahdu dan menangis puas apabila keputusan dibaca calon2x MP ramai yg menang..walaupun x 2/3 tp ada hasilnya..syukur sgt2x..Alhamdulillah..

Em berjela lak..x pela..mg sedikit perkongsian ini blh menjadi tatapan buat pembaca sekelian..sori sy x pandai sgt nak bercerita..ok undur diri dahulu..salam ukhwan buat semua..salam alaik..


Nursyahadah

Thursday, April 28, 2011

Setelah Sekian Lama

Posted by NuRuLhiDaYani Bt AhmaD at 4/28/2011 02:06:00 AM 0 comments
Salam perjuangan buat sahabat-sahabatku..

Alhamdulillah, masih diberi kudrat oleh Allah swt utk terus berada dalam alam maya..secara hakikatnya, ana bukanlah seorang yang pandai menulis dalam penulisan..namun bila kita berkehendak maka ia akan menjadi sesuatu yang mudah bagi kita untuk terus menulis..ada seorang sahabat ni berkata kepada ana, ana bukanlah pandai menulis, sedikit je isi, yang lain merepek..hehehe..namun itulah hakikatnya..bg ana itu adalah ayat motivasi untuk terus ana tidak berhenti untuk menulis..

Setiap hari ana buka blog ana..dan setiap hari juga ana melihat "pelawat" di blog ana mesti akan ada orang datang bertandang..ini bermakna ada orang nak baca penulisan ana..walaupun penulisan mcm cakar ayam..hehehe..usaha itu tangga kejayaan..jadi selepas ini kena update blog selalu la..[nada koya di situ]..

Untuk sepanjang ana tidak mengupdate blog bukan x nak update..tp masa x mengizinkan..banyak perkara kena setle b4 nak keluar praktikum..insyaAllah ana akan berpraktikum selama 4 bulan di SMK BBST..bermula 09mei2011 hingga 27ogos2011..mcm lama tp sekejap je..insyaAllah bulan 9 jadi penganggur terhormat..hehe..

InsyaAllah entry akan datang ana akan sambung dengan sambungan entry "Medan Peperangan" tu..insyaAllah..

Entry ni hanya nak start enjin je..baru nak panas balik kan..ngeh3x..em bila kita update blog ni ia menjadi satu kepuasan taw..;)..x cayer tulis la..

K..undur diri dulu..salam ukhwah buat sahabat-sahabat semua..Salam alaik..


Nursyahadah
Upsi
02:40 am

Friday, February 25, 2011

Medan Peperangan (Episod 1)

Posted by NuRuLhiDaYani Bt AhmaD at 2/25/2011 09:00:00 PM 0 comments
Salam Perjuangan buat sahabat-sahabat ana yang sama-sama bersama ana dalam medan peperangan baru-baru ni di Upsi..Alhamdulillah seusai peperangan pengisian kemenangan pula menjadi fokusnya..mampukah ana? Allahua'lam..

Em sebenarnya nak buat tesis ni..tp x de idea ayat..jadi menyimpang jap ke blog ni..lagi pun lama x update..hehe..em pengalaman bersama sahabat-sahabat dalam medan peperangan ni sangat membahagiakan hati ana..manis dan indahnya bersahabat kerana Allah Ta'ala..mg kenangan manis ni dapat di pahat di hati sebagai suatu pengalaman yang x akan dilupakan..

Ok tanpa membuang masa

Medan Peperangan Episod 1

Bermula jam 8:30 Pagi semua calon-calon berkumpul di Bangunan E-Learning..


Srikandi Islam sebelum ke tempat penamaan calon


Perarakan yang sedang berlangsung dari Bangunan E-Learning ke tempat Penamaan Calon

Setibanya Di Bangunan BitaraSiswa

Bagaimana keadaan ketika Penamaan Calon? semua calon kita berada dalam keadaan yang sihat-sihat..hehe..fizikal dan mental..Alhamdulillah..

Calon yang menerima bantahan ketika penamaan calon juga Alhamdulillah dapat meneruskan perjuangannya untuk bertanding dalam medan pertempuran..hehe..

Alhamdulillah ketika proses penamaan calon semua YB kita lepas untuk bertanding..walaupun pelbagai mehnah dilalui akhirnya dapat juga bertanding..

Ok sampai disini sahaja dulu..

Allahua'lam..

Bersambung..

Salam alaik


Nursyahadah
4:06 Am

Monday, February 14, 2011

Debaran Semakin Terasa

Posted by NuRuLhiDaYani Bt AhmaD at 2/14/2011 02:17:00 AM 0 comments
Salam perjuangan buat pembaca sekalian..nak menaip teringat macam-macam di kepala..banyak urusan yang perlu dilaksanakan..tp nak juga tulis..sekadar pelega buat hati yang sentiasa berdebar dalam meniti hari yang bakal di tempuhi dalam medan peperangan..wahhh "medan peperangan"..?

Sedikit perkongsian buat pembaca..Allah tidak akan meletakkan kejayaan kepada kita melainkan dengan berusaha..Adakah ayat ini kita gunakan secara teori sahaja atau seiring dengan teknikal..?Perancangan tanpa tindakan tidak akan membuahkan apa-apa hasil..setuju atau tidak pembaca boleh jawab sendiri..kita kata nak berjaya..tapi kita malas nak berusaha..kita kata kita nak Mendaulahkan Islam tapi kita tak nak berkorban..em macam-macam la "Tapi"..nasihat buat diri ini dan pembaca sekalian..

Debaran semakin hari semakin meningkat..x pasti apa yang akan dihadapi menjelang "medan peperangan"..semoga perancangan dan usaha yang telah dibuat seiring dengan perancangan yang Allah telah rancangkan..

Berdebar2x..huhu..istighfar banyak2x..mg ia membantu dalam menghapuskan dosa-dosa yang kita ada buat..Ameen Ya Allah..

Setakat ini dahulu..syukran..

Salam alaik..

Nursyahadah
02:28 am

Blog Widget by LinkWithin
 

~..SaLam UkHwaH FiLLah..~ Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Blogger Styles Image by Tadpole's Notez