Followers

Monday, September 20, 2010

Teruskan Perjuangan!

Posted by NuRuLhiDaYani Bt AhmaD at 9/20/2010 04:55:00 PM
Salam..Alhamdulillah..nikmat kurniaan Allah s.w.t masih memberi nafas untuk menulis di ruangan ini..selepas bercuti selama 2 minggu di rumah sempena berhari raya bersama family..insyaAllah kalau ada kesempatan utk menulis lg ana akan post kan kenangan masa hari raya hari tu..hehe..em fokus utk kali ini, ana perlu meneruskan perjuangan..perjuangan dalam menuntut ilmu..perjuangan dalam mengawal hawa nafsu..perjuangan dalam menyebarkan dakwah dan pelbagai lagi perlu diteruskan..bak kata pepatah "hidup perlu diteruskan"..Perjuangan x kan terhenti sehingga kematian tiba..!

Namun kadang-kala jauh disudut hati ini ada dilafazkan perkataan "penat"..penat nak layan perasaan sendiri..penat nak layan perasaan orang lain..penat dengan kerja2x yg diberikan..sahabat..jika kita penat mengadu lah dengan Allah..mengadulah dengan sepuas-puasnya..menangislah dengannya..mg Allah memberi kita kekuatan dalam meneruskan medan ini..namun dalam masa yang sama ana seronok dengan situasi tersebut..sebabya ia memberi pengalaman kepada ana..juga lebih mematangkan pemikiran ana..itulah anugerah Allah..Alhamdulillah..!

Em macam2x di kepala perlu difikirkan pada tika ini..kena buat itu..kena buat ini..mcm2x sampaikan kadang2x ada sedikit perkara yang tertinggal..namun ana sedar yang mana dalam hakikat kehidupan manusia tidak sempurna..x semua perkara kita boleh lakukan dengan baik atau rapi..tapi ana lebih suka kalau kita berusaha..paling tidak bila kita berusaha kerja dapat diselesaikan..insyaAllah..berbeza dari kita melihat sahaja tanpa berganjak..teringat kata2x yang diberi oleh sahabat ana ketika mengambil tingkatan 6 stam dulu.."jangan berganjak seinci sebelum loceng berbunyi"..kisah lawak nyer disini "sebelum bunyi loceng sahabat ana dah nak berganjak untuk pulang ke rumah"..hehehehe..em namun pengajaran yang baik disini yang boleh dikongsi..selagi Allah pinjamkan nyawa kepada kita selagi itu jangan sekali tinggalkan apa yang diperintahkannya..perintah untuk beriman kepadanya dan perintah untuk menyebarkan dakwahnya..

Penat???biar lah kita penat di dunia..mg bahagia di akhirat kelak nanti..mana yang kita pilih?bahagia di dunia atau bahagia di akhirat sana?..

Ok la sampai disini saja dulu..banyak kerja menunggu untuk dilaksanakan..mg diri ni terus kuat dan bertenaga untuk berentap dalam medan ilmu dan dakwah..insyaAllah..takbir! Allahuakhbar!..

P/s : Kepada sahabat2x yang mengenali sahabat kita iaitu Farahzilah bacth stam 2006..dia akan melangsungkan perkahwinannya pada 03/10/2010..kalau sapa2x x sempat g 03/10/2010 blh g akad nikahnya pada 01/10/2010..Tahniah buat beliau!..mg jadi isteri solehah..!

Salam alaik..

Nurulhidayani Ahmad
Semester 6
Upsi



0 comments on "Teruskan Perjuangan!"

Post a Comment

..TinggalKan Jejak Anda Di siNi..

Blog Widget by LinkWithin
 

~..SaLam UkHwaH FiLLah..~ Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Blogger Styles Image by Tadpole's Notez