Followers

Wednesday, May 2, 2012

Rahmat Dari Ilahi

Posted by NuRuLhiDaYani Bt AhmaD at 5/02/2012 04:54:00 PM 0 comments
Subhanallah Alhamdulillah..nikmat syukur yang dikecapi pemberian Allah swt kepada kami..Alhamdulillah Alhamdulillah..Alhamdulillah Ya Allah..

Terkenang dalam buku "Solusi" yang terbaru yang dikeluarkan pada bulan April baru ni..Berkaitan dengan "Subur Dengan Kesyukuran"..ada disebut tentang :

"Orang yang bersyukur sentiasa malu untuk "dimiliki" selain oleh Allah swt. Apabila manusia tidak merasakan memiliki dan dimiliki, hatinya subur dengan syukur. Itulah kemuncak ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup"

Siapa pun kita pada hari ini, pernahkah kita berusaha untuk menjadi ahli syukur? Tepuk dada tanyalah iman sahabat sahabiah sekalian. Sesungguhnya Allah memberi kita akal untuk kita berfikir.  Manakala Allah swt berikan kita hati supaya kita boleh merasai setiap pemberiannya.  

Kami bagi sedikit analogi kepada sahabat sahabiah sekalian untuk kita sama-sama fikir, Analogi tersebut adalah :

"Apabila umur 20 tahun hati teringin nak sambung belajar, akan tetapi Allah uji tempoh masa nak sambung belajar. Apabila Allah dah makbulkan doa untuk sambung belajar timbil pula bila nak habis belajar, Apabila dah habis belajar bila ye nak dapat kerja?Apabila umur mencapai 25 tahun timbul tanda tanya [ Bila ye agaknya jodoh nak sampai ], Apabila umur 28 tahun Allah makbulkan seorang pasangan hidup sebagai suami isteri.  Apabila sudah berkahwin timbul pula persoalan [ Bila ye nak dapat anak ].  Apabila Allah makbulkan untuk memperolehi anak, timbul pula persoalan pengurusan masa dan sebagainya. Sehinggalah ke penghujung nyawa" 

Persoalannya : Bersyukur @ Sebaliknya.

Allah..tersenyum pada ayat tersebut..sahabat sahabiah yang dikasihi, Syukur itu letaknya di hati.  Hati tidak boleh dipaksa melainkan mesti disedarkan dengan rela.  Kuncinya SABAR. Sabar itu indah, tetapi SABAR+REDHA adalah lebih indah. Macam makan madu 10 botol..hehe.. 

Walaupun nikmat yang Allah swt nak berikan kepada kita hanya sedikit seperti sebutir pasir, kita perlu bersyukur.  Lambat atau cepat nikmat yang Allah swt hendak kurniakan kepada kita, kita perlu bersabar. 

Nikmat yang datang bukan hanya yang manis sahaja sahabat sahabiah.  Kadang-kala juga yg pahit.  Pahit itu adalah nikmat. Bagaimana kita lalui nikmat tersebut terpulang kepada besar atau kecilnya jiwa kita menghadapinya.  

Sukar untuk menerima nikmat ujian yang pahit yang Allah kurniakan? Itu adalah perkara biasa yang mana dalam kehidupan ni perlu kita lalui sebagai pengalaman hidup.  Dalam surah Saba' 34:13, Allah swt ada berfirman yang bermaksud : Sangat sedikit daripada kalangan hambaku yang bersyukur. 

InsyaAllah jika kita bawa nikmat tersebut kepada suatu pandang kelebihan bukan kekurangan insyaAllah Allah swt akan lebih memudahkan urusan kita malah beri yang terbaik. Maka hendaklah sentiasa bersangka baik pada Allah swt. Sentiasa memohon kepada Allah swt. Jangan malas-malas utk meminta kepada Allah swt. Sama ada semasa senang atau susah.

Semoga Allah permudahkan urusan kita semua ye sahabat sahabiahku. Sebelum kami mengakhiri entry kami, kami memohon agar sahabat sahabiah mendoakan kesejahteraan kita bersama ye..Jadikan entry ini sebagai medan muhasabah buat kita semua.  InsyaAllah..

Sedikit buah tangan untuk sahabat sahabiah yang baca entry ini :

"Jangan mengharapkan terima kasih daripada orang yang menerima kebaikan daripada kita, nanti kita akan menjadi orang yang sakit jiwa". Oleh itu berterima kasihlah kepada Allah swt sebagai Tuhan pemberi nikmat. 

Wassalam.

Thursday, April 5, 2012

Hampir Setahun

Posted by NuRuLhiDaYani Bt AhmaD at 4/05/2012 08:13:00 AM 4 comments
Salam Ukhwah buat pembaca sekalian..tajuk di atas menggambarkan sudah tersangat lama sy tidak mengupdate blog.. salah satu asbab nyer lupa password blog ni..hehe..em sepanjang hampir setahun macam2x berlaku dalam hidupku..percaya @ tidak itulah yang telah berlaku..

Seusai praktikal sy di SMK BBST pada 27 Ogos 2011 maka selesai tempoh saya menuntut ilmu di peringkat ijazah, Alhamdulillah..InsyaAllah pada bulan mei ni saya dan sahabat-sahabat pengajian saya akan berkonvo..Walaupun ia hanya sekadar adat bagi usai pengajian namun ia merupakan penghargaan buat diri saya yang tak pernah berkonvo ni..hehe..

Kehidupan ohhh kehidupan..kat bawah nukilan ku sendiri..w/pun ayatnya carca merba at least diri ini berusaha untuk menciptanya..hehe..Jom teruskan membaca..

Tentang "Hampir Setahun"..

Kini aku adalah seorang isteri,
Kepada Suhainizam Sharif ketetapan olehmu,
Percaya @ tidak?
Itulah hadiah Ilahi buatku..

Inilah perjalanan hidupku dalam "Mencipta Syurga Rumah Tangga" bersama suami tercinta Suhainizam Sharif.

Kini aku adalah seorang mahasiswa,
Memahami tuntutan menuntut itu wajib,
Dari Ijazah kepada Master,
Makanya aku Mengembangkan sayap mencari ilmu,
Kerana ia mampu mendekatkan diri ini kepada ilahi..

Semoga perjalanan diriku dalam menuntut ilmu dipermudahkan oleh ilahi serta mendapat keberkatannya.. "Sentiasa berubah secara positif, Cemerlangkan diri untuk membentuk keluarga gemilang"

Kini aku adalah Pendokong,
Bersama-sama dalam Haraki Islamiah,
Moga Allah terus cekalkan hati,
Untuk terus berada dalam jalan dakwah..

Pahit manis bersama suami dalam haraki islamiah ini memang teruji dalam melayari dunia realiti ini..sangat di tarbiyah oleh ilahi..Andai tidak dicekalkan hati maka akan terus tersungkur..Allah..Semoga Allah permudahkan urusan kami dalam jalan dakwah kami..Ameen Ya Rabb..

Bilakah agaknya Diri ini seorang GURU? [Sentiasa sebenarnya..hehe]
Menanti pada bulan April..
Semoga Ilahi permudahkan urusan kami..Ameen Ya Rabb..

Huuu..sekian terima kasih..hehehe..

InsyaAllah entry akan datang akan menyusul..Doakan mg jari-jemari ini pantas bergerak menaip entry-entry utk tatapan sahabat-sahabat..InsyaAllah..Rabbi Yassir Wala Tuassir..Allahumma Ameen..

Thursday, September 1, 2011

Salam Syawal

Posted by NuRuLhiDaYani Bt AhmaD at 9/01/2011 11:59:00 AM 1 comments

"Taqabballahu Minna Waminkum Solih Al-'amal"

Ramadhan sudah berlalu..sedih dan sayu rasanya..sebab belum tentu tahun depan dapat merasai Ramadhan lagi..Mg ini bukan Ramadhan yang terakhir buat diri ini..Ameen Ya Rabb..

Alhamdulillah Syawal telah menjelma..Dikesempatan ini sy nak mengucapkan :

"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI"

Maaf andai diri ini ada melakukan kesalahan kepada sahabat-sahabat semua..Semoga sahabat-sahabat semua sentiasa berada dalam rahmat Allah swt..Ameen Ya Rabb..Sempena di bulan Syawal ini marilah kita saling bermaaf-maafan..Mg mendapat keberkatan..

Allahua'lam..

Salam alaik..


Sunday, August 7, 2011

Ramadhan Kareem

Posted by NuRuLhiDaYani Bt AhmaD at 8/07/2011 09:49:00 AM 0 comments
Ramadhan Kareem sy ucapkan kepada semua umat islam yang sedang menjalankan ibadah puasa. Pejam celik pejam celik dah masuk 7 hari kita berpuasa hari ni. Teringat kenangan bersama sahabat-sahabat di UPSI terutamanya adik-adik di KHAR. Bertarawikh, Bertadarus, Berbuka puasa bersama-sama. Rindu rasanya nak menghadapinya bersama-sama lagi. Semoga adik-adik di sana dapat meneruskan perjuangan dalam mengimarahkan bulan Ramadhan.

Sedikit perkongsian di bulan Ramadhan

Sabda Rasulullah saw :

"Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan"

Ramadhan adalah bulan yang penuh keberkatan. Di awalnya RAHMAH, ditengah-tengahnya MAGHFIRAH, dan Di hujungnya KEBEBASAN daripada API NERAKA. Kejarlah ganjaran-ganjaran yang Allah sediakan untuk kita umat Islam dalam bulan Ramadhan.

Jangan sampai nafsu menguasai akal sehingga kita malas untuk merebut ganjaran-ganjaran yang Allah sediakan. Mungkin ini ramadhan kita yang terakhir. Sesungguhnya kematian itu tidak kita ketahui. Sedikit peringatan, Semoga kita semua menjadi HAMBA ALLAH dan bukan hanya HAMBA RAMADHAN. Ini kerana Hamba Allah adalah orang yang sentiasa mengamalkan amalan yang dilakukan dalam kehidupan sehariannya setiap hari. Manakala hamba ramadhan adalah orang yang hanya mengamalkan amalan yang dilakukan hanya pada bulan ramadhan sahaja. Oleh itu ayuh kita jadikan Ramadhan sebagai pemula kepada perjalanan istiqamah dalam amalan yang kita lakukan.

Semoga dengan keberkatan Ramadhan ini kita dapat menggilap kembali hati kita yang pudar dan melumpuhkan nafsu-nafsu hitam yang bertakhta di hati kita selama ini. Inilah masa yang perlu digunakan sebaik mungkin untuk mendidik kembali nafsu kita yang selama ini dikongkong oleh syaitan.

Berpuasa bukanlah sekadar berlapar semata-mata tetapi puasa adalah berlapar di samping mendidik nafsu dan peribadi manusia. ini adalah jihad yang maha besar yang perlu dihadapi oleh setiap umat Islam. Anggaplah bila kita nak melakukan IBADAH kepada Allah bahawa dihadapan kita adalah SYURGA, di bawah kita adalah NERAKA dan dibelakang kita adalah MALAIKAT MAUT. Semoga kita semua dipermudahkan dalam urusan melakukan IBADAH kepada Allah swt. Ameen Ya Rabb.

Ok la setakat ini dahulu..Moga dengan sedikit perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada kita semua. Allahua'lam..

Salam alaik.

Saturday, July 2, 2011

Budaya Memberi Salam

Posted by NuRuLhiDaYani Bt AhmaD at 7/02/2011 12:32:00 AM 0 comments
Istilah "salam" bermaksud sejahtera yang mana digunakan oleh semua individu sebagai tanda hormatnya apabila bertemu dengan seseorang. Di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Salak Tinggi iaitu tempat sy dilatih menjadi seorang guru, memberi salam merupakan 1 budaya yang diamalkan oleh majoriti pelajar. Ia juga merupakan suatu perbuatan yang positif yang mana wajar diamalkan oleh setiap individu. Sama ada muslim @ none muslim.

Pengalaman sy sepanjang berada di SMK BBST ini tidak pernah lekang dari mulut pelajar untuk memberi salam kepada guru. Buktinya, setiap kali sy bertembung dengan murid-murid di SMK BBST, pasti ucapan salam diberikan sebagai tanda hormat. Alhamdulillah..Ini lah contoh yang terbaik mungkin juga boleh diamalkan di sekolah lain.

Namun wujud pula beberapa persoalan berkaitan :

1) Adakah Muslim ini boleh memberi salam kepada None Muslim?

&

2) Bagaimana pula jawapan bg menyambut salam yang diberi oleh orang None Muslim?


Jawapan :

Oleh itu jawapan berkaitan persoalan di atas sy link kan di bawah. Selamat membaca.


Permasalahan hukum memberi salama kepada bukan Islam dan menjawab salam daripada mereka adalah masalah yang sering membuat orang Islam tertanya,adakah boleh kita sebagai orang Islam memberi salam kepada bukan Islam.


Ini kerana terdapat hadis yang sohih melarang kita memulakan salam kepada ahli kitab. Maka ia menjadi umum kepada semua orang bukan Islam kita tidak boleh memberi salam kepada mereka. Hadis ini ada sebabnya yang kita huraikan insyaallah.

Imam Al Qaradawi telah membincangkan perkara ini di dalam kitabnya yang bernilai Fikh Jihad begitu juga dengan Professor Dr Saadudin Hilali di dalam kitabnya Huququl Insan secara jelas yang boleh melegakan hati kita.

Imam Al-Qaradawi menyatakan bahawa sekumpulan ulama salaf berpendapat bahawa harus memberi salam kepada orang bukan Islam. Mereka berhujjah dengan beberpa ayat Al-Quran:

1: Terjemahan: Allah tidak melarang kamu kalian berbakti kepada mereka yang tidak memerangi dan tidak mengeluarkan kamu kalian daripada rumah-rumah kamu. Al- Muntahanah ayat8.
Di antara melakukan kebaikan adalah memberi salam kepada mereka.

2: terjemahan: (kata-kata Nabi Ibrahim kepada ayahnya walaupun dia kafir)
Selamatlah ke atas kamu, aku akan meminta ampun kepada Tuhanku untuk kamu. Maryam ayat47.

Imam Al-Qurtubi menyebutkan nama beberapa ulama salaf yang membolehkan memberi salam kepada non muslim. Di anataranya Ibnu Mas,ud,Hasan Al Basri, Nakahei, dan Umar Abdul Aziz.

Ibnu Hajar Al-asqalani menyebutkan di dalam kitabnya FathulBari bahawa Abu Umamah dan Ibnu Uyainah berpendapat sedemikian.

Abu Umamah berkata: Sesunguhnya Allah Taala menjadikan salam ini adalah untuk tahiyah(sambutan) kepada kita dan keamanan kepada orang bukan Islam(zimmi).

Adapun hadis yang melarang kita memberi salam,mengikut Imam Qaradawi,ia terbatas pada hari-hari peperangan sahaja. Ini kita boleh ketahui dengan meneliti keadaan hadis ini di mana Nabi ingin menuju ketempat yahudi, Nabi berkata “ Aku akan pergi menunggang esok menuju kegolongan yahudi,jangan mulakan mereka dengan salam”

Kalau kita perhatikan kata-kata Nabi, ini berlaku kerana Nabi ingin menghukum mereka kerana mengkhianati Nabi di dalam peperangan Azhab.

Memberi salam ini lebih diharuskan apabila bertemu dengan sanak saudara atau sahabat handai. Begitu sekiranya pengucapan bukan dengan salam oleh kita kepada bukan Islam seperti Sobahulkhair ia tidak menjadi masalah aau dalam bahasa kita selamat pagi.

Dalam masa yang sama,hukum menjawab salam juga harus sekiranya golongan bukan Islam menyebut kalimah assalamualaikum sepertimana yang dinyatakan oleh Ibnu Al-Qayyim dan Imam Qaradawi.kalau mereka menyebut assamualaikum, cukup dengan menjawab alaikum

Melihat kepada keadaan negara kita, saya merasakan ucapan memberi salam termasuk kepada bukan Islam adalah perkara yang patut digalakkan selagi mana ia memberi kemesraan kepada mereka,kerana Islam ini adalah agama untuk semua, Allah ini Tuhan alam semesta bukan Tuhan orang-orang Islam sahaja. Wallah a’lam.

Sekiranya terdapat pandangan lain dari sahabat-sahabat mohon kongsi di blog sy. Untuk perkongsian kepada sahabat-sahabat lain..Mg ia bermanfaat kepada semua..Allahua'lam

Salam alaik.
Blog Widget by LinkWithin
 

~..SaLam UkHwaH FiLLah..~ Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Blogger Styles Image by Tadpole's Notez