Followers

Friday, January 21, 2011

HIDAYANI vs HIDAYAH

Posted by NuRuLhiDaYani Bt AhmaD at 1/21/2011 11:47:00 AM 0 comments
Salam..Rindu tangan ni nak menulis di blog ni..lama x menulis..kalau dulu setiap hari boleh update..bila dah ada tanggungjawab cikit dia jadi seminggu sekali boleh tulis..bertambah tanggungjawab sikit dia jadi 2 minggu sekali boleh tulis..jarang nak tgk sebulan x update..tapi tu la realitinya sekarang..hehe..aiyyyyaaa..gane ni pengurusan masa..

Em seringkali manusia ni berkata x de masa..nak tahu sama ada kita ada masa atau tidak buat lah satu jadual masa bermula dari jam seawal pagi hingga nak tidur..dan antum boleh tengok buktinya..ana berkata berdasarkan apa yang ana dah buat..buktinya hakikat manusia sebenarnya ada je masa..sadis sungguh jika kita kata "kita tak x cukup masa"..sedangkan Allah swt peruntukkan kita 24 jam satu hari..fikir2xkan lah..

Em kembali kepada tajuk utama ana tulis di atas..ana memfokuskan berkaitan "RM 5 vs RM 10"..ana teringat zaman ana sekolah rendah..Sekolah Rendah Islam At-Taqwa..masa tu ana darjah 5..ustaz membuat satu kuiz yang mana kuiz tersebut berbentuk alah-alah roda impian g tu..tp x dek roda pusing yang bulat besar tu pun..cuma kami sebut huruf kalau ada d tulis la huruf tersebut dalam kotak kosong yang disediakan..hanya menggunakan papan hitam dan kapur sahaja..

Em fasa pertama..ana lawan dengan kawan kelas ana..lawan-lawan dan lawan x sangka ana menang..kuiz tu berkaitan dengan sains..ana ni sains lemah..hehe..memang x suka subjek sains..jadi ana kata "em kalau dah soalan sains yang di tanya memang kalah awal2x la ak"..em tp tuah di kaki siapa nampak??[betul ke ayat tu..hehe]..alhamdulillah ana menang utk di kelas darjah 5..nasihat daripada kisah ni ana nak bagitahu kepada pembaca sekalian..jangan kata x blh sebelum anda mencuba terlebih dahulu..cuba dulu baru tahu..

Em fasa kedua ana ke final..mcm kat roda impian betul2x kan..hehe..ana lawan dengan seorang kakak darjah 6..em of coz dia lagi hebat..hehe..nama kakak tu nur hidayah..apa yang berlaku, kak dayah tu menang..kiranya ana kalah la..hehe..

Ganjaran yang diberikan oleh ustaz merangkap guru sains kami, no 1 dapat RM 10..no 2 dapat RM 5..ana dapat RM 5..

Itu adalah ganjaran dunia..yang mana bila ana dapat RM 5 tu seronok dah..tu la nak kata hebatnya kuasa dunia..namun kita perlu ingat ganjaran yang lebih nikmat adalah ganjaran akhirat..setiap perbuatan yang kita lakukan semuanya kita peroleh ganjaran..nak katanya..pilih lah satu diantara dua..ganjaran dunia @ ganjaran akhirat..

Setakat ini biarlah penulisan ana penulisan yang boleh memberi manfaat kepada pembaca sekalian..bukan apa..ana x gemar menulis perkara2x yang berbentuk "cintan dan cintun"..walaupun penulisan ana bukan penulisan yang berkaitan "cintan cintun" mg ia memberi faedah kepada pembaca sekalin..untuk apa kita meluahkan perasaan di blog berkenaan peribadi kita..biarlah yang peribadi itu kita simpan..kerna bila kita ceritakan berkaitan tentang peribadi kita ia menyebabkan pelbagai persepsi timbul..seterusnya kita yang membuat fitnah terhadap diri kita..kan lebih baik kita menggunakan medium ni sebagai penyebaran ilmiah..;)

Ok..setakat ni dahulu..

Salam alaik..

Nursyahadah.
Upsi
12:36 pm

Wednesday, January 12, 2011

Ana Suka Dia

Posted by NuRuLhiDaYani Bt AhmaD at 1/12/2011 12:14:00 PM 0 comments
Salam perjuangan buat pembaca semua..mg antum semua sentiasa berada dalam rahmat Allah swt..InsyaAllah..Rindunyer tangan ni nak menulis..tp tu la..bz konon-konon nya..huhu..

Em beberapa menjak ni agak bertungkus lumus sikit..dengan organisasinya..dengan akedamik nya terutama sekarang tengah fokus untuk Tesis..dah semester 7..jd memang kena hadapi semua ni..kalau dulu tengok orang buat tesis..tgk gelagat orang wat Tesis..sekarang diri ini sedang menghadapinya..Tesis bukan perkara yang mudah..sekiranya Tesis x dapat disiapkan maka bertambahlah umur di UPSI ni..hehe..maksudnya tambah satu lagi semester..huhu mg dijauhkan..dan mg Allah permudahkan urusan kami dalam menghadapi semester 7 nie dengan baik sebelum kami melangkah Praktikum..InsyaAllah..

Allahuakhbar.."ANA SUKA DIA"..

Ayat power disitu yer..hehe..namun ana tidak memfokuskan kepada sesiapa sebaliknya ana fokuskan kepada satu Surah yang terdapat di dalam Al-Quran..

Surah Al-Insyirah..em surah insyirah ni sangat berkesan di hati jika mengamalkan selalu..melalui surah insyirah ni mampu membuatkan hati sentiasa tenang..

Alhamdulillah pengamalan surah insyirah dalam kehidupan seharian ana membuatkan ana merasa tenang dalam menghadapi mehnah dan tribulasi..

Sahabat2x..hebatnya surah insyirah ini mampu membuatkan kita merasa tenang walaupun kita mengahadapi pelbagai mehnah dan tribulasi dalam menjalani kehidupan sehari..sebab mehnah dan tribulasi ni x kan lari dari kehidupan kita..

Tenang setenang "SAKINAH"..

Kalau x percaya..antum cubalah amalkan surah insyirah ni bermula antum membaca entry ini..

Mg memperolehi hasilnya selepas mengamalkannya..insyaAllah..

Ok..undur diri dahulu..

Salam alaik..


Nursyahadah
Upsi
12:24 pm

Blog Widget by LinkWithin
 

~..SaLam UkHwaH FiLLah..~ Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Blogger Styles Image by Tadpole's Notez