Followers

Friday, September 24, 2010

Bareng-Bareng

Posted by NuRuLhiDaYani Bt AhmaD at 9/24/2010 09:43:00 AM
Salam jumaat semua..semoga sentiasa berada dalam rahmat Allah..Em sedikit tazkirah pagi buat semua..sebagai peringatan untuk diri penulis dan sahabat2x pembaca sekelian..

Apa tu bareng-bareng?hehe..em maksudnya bersama-sama..dalam maksud lain ialah berjemaah..Maksud berjemaah disini berkumpulan @ beramai-ramai..kenapa kita perlu berjemaah dalam apa jua keadaan..kita buat asgmnt pun berjemaah..kita jalan2x pun berjemaah..kita makan pun berjemaah..bagaimana dengan solat kita? adakah kita lakukan dengan berjemaah?tepuk dada tanya iman..kita tengok sekarang, ramai yang sudah meninggalkan amalan solat berjemaah ni..kadang-kala bila dilihat ada masa-masa tertentu sahaja seseorang individu itu akan solat jemaah..namun positif kan diri ini berfikir, kebarangkalian mereka2x ini mempunyai agenda..tu yang x sempat nak solat jemaah..itu bukanlah persoalannya..

Bagaimana nak istiqomah melakukan amalan solat jemaah?"..Istiqomah tidak mampu dilakukan melainkan oleh mereka yang hebat..kerana istiqomah ialah perkara yang keluar daripada kebiasaan..memisahkan diri daripada adat dan berdiri dihadapan Allah dengan benar.."Sama2xlah kita fikir mcmana nak menjadi seorang yang istiqomah..kerana ia tidak boleh di beritahu melalui percakapan..tetapi pada hati..

Apa yang ana nak bgthu kat sini tuntutan untuk solat berjemaah ini sangat mendapat ganjaran yang besar daripada Allah berbanding kita solat secara individu..sama lah juga situasinya ganjaran yang diberi kepada orang yang dah tahu membaca al-quran & orang yang x tahu baca al-quran bila mereka membacanya..

Ikut kemampuan?sahabat2x..sekiranya anda mampu untuk solat jemaah pada 1 waktu sahaja silakan..tiada salah.. kalau mampu buat kelima-lima waktu itu adalah yang terbaik..em dulu masa di sekolah asrama setiap waktu akan solat jemaah terutamnya pada cuti sekolah..selepas azan berkumandang pastinya loceng akan dibunyikan menandakan di suh g surau utk solat berjemaah..dalam kedegilan ada juga yang nyorok2x untuk tidak melakukan amalan solat jemaah ini..ana tidak maksudkan kepada sesiapa disini..namun itulah realitinya yang berlaku sekarang..solat jemaah mengambil masa yang lama berbanding dengan solat secara individu..kemungkinan disebabkan oleh faktor itu mereka memilih untuk melakukan solat secara individu..wahai anak-anak muda..tulang2x kita masih kuat kan berbanding dengan orang yang sudah tua..kita kelihatan di surau2x & dimasjid2x tidak kelihatan anak-anak muda yang menguasai masjid..tetapi yang kelihatan adalah mereka yang sudah tua..di mana anak-anak muda ya?

Em rindunyer situasi di sekolah dulu..dimana-mana pun kita berada disitulah tempat kita ditarbiah..dan adakah "aku" masih lagi meneruskan amalan itu?..Ya Allah permudahkan kami ya Allah..

Em Bimbang?bimbang untuk solat jemaah di bimbangi akan hadir penyakit hati iaitu bangga diri..huhu sahabat2x..kalau diikutkan semua akan melakukan solat..sama je situasi nye bila dia solat dan kita pun solat..bezanya berjemaah dan individu sahaja..em jangan bimbang sahabat2x..kejarlah ganjaran yang Allah sediakan untuk kita..

Ayuh sahabat2x..kita bermuhasabah..dengan berjam-jam kita boleh duduk dihadapan laptop melayari internet kenapa kita tidak boleh peruntukkan hanya 10 minit utk solat berjemaah?..sama2x lah kita berfikir dan bertindak ke arah perubahan..

Salam alaik..

Nurulhidayani
Semester 6
Upsi


0 comments on "Bareng-Bareng"

Post a Comment

..TinggalKan Jejak Anda Di siNi..

Blog Widget by LinkWithin
 

~..SaLam UkHwaH FiLLah..~ Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Blogger Styles Image by Tadpole's Notez