Followers

Saturday, September 25, 2010

Pilihan Yang Tepat

Posted by NuRuLhiDaYani Bt AhmaD at 9/25/2010 08:12:00 PM 2 comments
..Bismillahirrahmanirrahim..

"Wahai kaumku! Sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan (sementara) dan sesungguhnya akhirat itulah negeri yang kekal"
(Surah Ghafir : 39)

Terkenang tazkirah pendek yang disampaikan oleh seorang adik semester 1. yang diminta oleh ana untuk beliau memberikan tazkirah pendek kepada kami sebelum kami memulakan mesyuarat kami..yang mana beliau menyataan bahawa dalam kehidupan manusia kita mempunyai 100 nikmat..yang mana 1 nikmat dunia dan 99 nikmat akhirat..

Subhanallah !

Bila kita bandingkan di sini sahabat2x..berpandukan kepada ayat yang ana sebut tadi..Allah itu sangat pemurah..namun Allah memberi kita pilihan sama ada kita mahu kejar yg 1 @ 99..

Jadi apa tunggu lagi sahabat2x..yang mana menjadi pilihan antum..?

Salam alaik..

Nurulhidayani
Semester 6
Upsi

Friday, September 24, 2010

Bareng-Bareng

Posted by NuRuLhiDaYani Bt AhmaD at 9/24/2010 09:43:00 AM 0 comments
Salam jumaat semua..semoga sentiasa berada dalam rahmat Allah..Em sedikit tazkirah pagi buat semua..sebagai peringatan untuk diri penulis dan sahabat2x pembaca sekelian..

Apa tu bareng-bareng?hehe..em maksudnya bersama-sama..dalam maksud lain ialah berjemaah..Maksud berjemaah disini berkumpulan @ beramai-ramai..kenapa kita perlu berjemaah dalam apa jua keadaan..kita buat asgmnt pun berjemaah..kita jalan2x pun berjemaah..kita makan pun berjemaah..bagaimana dengan solat kita? adakah kita lakukan dengan berjemaah?tepuk dada tanya iman..kita tengok sekarang, ramai yang sudah meninggalkan amalan solat berjemaah ni..kadang-kala bila dilihat ada masa-masa tertentu sahaja seseorang individu itu akan solat jemaah..namun positif kan diri ini berfikir, kebarangkalian mereka2x ini mempunyai agenda..tu yang x sempat nak solat jemaah..itu bukanlah persoalannya..

Bagaimana nak istiqomah melakukan amalan solat jemaah?"..Istiqomah tidak mampu dilakukan melainkan oleh mereka yang hebat..kerana istiqomah ialah perkara yang keluar daripada kebiasaan..memisahkan diri daripada adat dan berdiri dihadapan Allah dengan benar.."Sama2xlah kita fikir mcmana nak menjadi seorang yang istiqomah..kerana ia tidak boleh di beritahu melalui percakapan..tetapi pada hati..

Apa yang ana nak bgthu kat sini tuntutan untuk solat berjemaah ini sangat mendapat ganjaran yang besar daripada Allah berbanding kita solat secara individu..sama lah juga situasinya ganjaran yang diberi kepada orang yang dah tahu membaca al-quran & orang yang x tahu baca al-quran bila mereka membacanya..

Ikut kemampuan?sahabat2x..sekiranya anda mampu untuk solat jemaah pada 1 waktu sahaja silakan..tiada salah.. kalau mampu buat kelima-lima waktu itu adalah yang terbaik..em dulu masa di sekolah asrama setiap waktu akan solat jemaah terutamnya pada cuti sekolah..selepas azan berkumandang pastinya loceng akan dibunyikan menandakan di suh g surau utk solat berjemaah..dalam kedegilan ada juga yang nyorok2x untuk tidak melakukan amalan solat jemaah ini..ana tidak maksudkan kepada sesiapa disini..namun itulah realitinya yang berlaku sekarang..solat jemaah mengambil masa yang lama berbanding dengan solat secara individu..kemungkinan disebabkan oleh faktor itu mereka memilih untuk melakukan solat secara individu..wahai anak-anak muda..tulang2x kita masih kuat kan berbanding dengan orang yang sudah tua..kita kelihatan di surau2x & dimasjid2x tidak kelihatan anak-anak muda yang menguasai masjid..tetapi yang kelihatan adalah mereka yang sudah tua..di mana anak-anak muda ya?

Em rindunyer situasi di sekolah dulu..dimana-mana pun kita berada disitulah tempat kita ditarbiah..dan adakah "aku" masih lagi meneruskan amalan itu?..Ya Allah permudahkan kami ya Allah..

Em Bimbang?bimbang untuk solat jemaah di bimbangi akan hadir penyakit hati iaitu bangga diri..huhu sahabat2x..kalau diikutkan semua akan melakukan solat..sama je situasi nye bila dia solat dan kita pun solat..bezanya berjemaah dan individu sahaja..em jangan bimbang sahabat2x..kejarlah ganjaran yang Allah sediakan untuk kita..

Ayuh sahabat2x..kita bermuhasabah..dengan berjam-jam kita boleh duduk dihadapan laptop melayari internet kenapa kita tidak boleh peruntukkan hanya 10 minit utk solat berjemaah?..sama2x lah kita berfikir dan bertindak ke arah perubahan..

Salam alaik..

Nurulhidayani
Semester 6
Upsi


Monday, September 20, 2010

Teruskan Perjuangan!

Posted by NuRuLhiDaYani Bt AhmaD at 9/20/2010 04:55:00 PM 0 comments
Salam..Alhamdulillah..nikmat kurniaan Allah s.w.t masih memberi nafas untuk menulis di ruangan ini..selepas bercuti selama 2 minggu di rumah sempena berhari raya bersama family..insyaAllah kalau ada kesempatan utk menulis lg ana akan post kan kenangan masa hari raya hari tu..hehe..em fokus utk kali ini, ana perlu meneruskan perjuangan..perjuangan dalam menuntut ilmu..perjuangan dalam mengawal hawa nafsu..perjuangan dalam menyebarkan dakwah dan pelbagai lagi perlu diteruskan..bak kata pepatah "hidup perlu diteruskan"..Perjuangan x kan terhenti sehingga kematian tiba..!

Namun kadang-kala jauh disudut hati ini ada dilafazkan perkataan "penat"..penat nak layan perasaan sendiri..penat nak layan perasaan orang lain..penat dengan kerja2x yg diberikan..sahabat..jika kita penat mengadu lah dengan Allah..mengadulah dengan sepuas-puasnya..menangislah dengannya..mg Allah memberi kita kekuatan dalam meneruskan medan ini..namun dalam masa yang sama ana seronok dengan situasi tersebut..sebabya ia memberi pengalaman kepada ana..juga lebih mematangkan pemikiran ana..itulah anugerah Allah..Alhamdulillah..!

Em macam2x di kepala perlu difikirkan pada tika ini..kena buat itu..kena buat ini..mcm2x sampaikan kadang2x ada sedikit perkara yang tertinggal..namun ana sedar yang mana dalam hakikat kehidupan manusia tidak sempurna..x semua perkara kita boleh lakukan dengan baik atau rapi..tapi ana lebih suka kalau kita berusaha..paling tidak bila kita berusaha kerja dapat diselesaikan..insyaAllah..berbeza dari kita melihat sahaja tanpa berganjak..teringat kata2x yang diberi oleh sahabat ana ketika mengambil tingkatan 6 stam dulu.."jangan berganjak seinci sebelum loceng berbunyi"..kisah lawak nyer disini "sebelum bunyi loceng sahabat ana dah nak berganjak untuk pulang ke rumah"..hehehehe..em namun pengajaran yang baik disini yang boleh dikongsi..selagi Allah pinjamkan nyawa kepada kita selagi itu jangan sekali tinggalkan apa yang diperintahkannya..perintah untuk beriman kepadanya dan perintah untuk menyebarkan dakwahnya..

Penat???biar lah kita penat di dunia..mg bahagia di akhirat kelak nanti..mana yang kita pilih?bahagia di dunia atau bahagia di akhirat sana?..

Ok la sampai disini saja dulu..banyak kerja menunggu untuk dilaksanakan..mg diri ni terus kuat dan bertenaga untuk berentap dalam medan ilmu dan dakwah..insyaAllah..takbir! Allahuakhbar!..

P/s : Kepada sahabat2x yang mengenali sahabat kita iaitu Farahzilah bacth stam 2006..dia akan melangsungkan perkahwinannya pada 03/10/2010..kalau sapa2x x sempat g 03/10/2010 blh g akad nikahnya pada 01/10/2010..Tahniah buat beliau!..mg jadi isteri solehah..!

Salam alaik..

Nurulhidayani Ahmad
Semester 6
Upsi



Friday, September 10, 2010

Salam Eidul Fitri

Posted by NuRuLhiDaYani Bt AhmaD at 9/10/2010 11:20:00 AM 0 comments

Salam semua..alhamdulillah berkesempatan sebentar menulis di blog yg x seberapa ni..Alhamdulillah setelah selesai kita berpuasa selama sebulan..kita bertemu pula dengan syawal..syukur nikmat yang diberi oleh Allah swt..Alhamdulillah..

Beberapa hari yang lepas iaitu seminggu sebelum umat islam menyambut bulan syawal alhamdulillah ana dapat menghabiskan masa dengan sebaiknya iaitu dapat ziarah kakak ipar + abang..nenek di kampung..sahabat yang baru pulang dari mesir..dan cari barang untuk berhari raya..Alhamdulillah..perancangan yang dibuat semua terlaksana dengan izin Allah..Alhamdulillah..

Ok rasanya itu dulu buat masa ni..insyaAllah ada masa ana menulis lagi..

Salam eidul fitri ana dan family ucapkan kepada semua sahabat2x ana yang mengenali ana..kepada muslimin dan muslimat yang menyambut hari raya pada hari ni..dan kepada semua pembaca2x blog..

Salam alaik..

Daripada : Nurulhidayani & Keluarga

Thursday, September 2, 2010

Ceramah : Palestin Dalam Bahaya

Posted by NuRuLhiDaYani Bt AhmaD at 9/02/2010 06:14:00 AM 1 comments

Salam

Bagi yang berkelapangan boleh sertai ceramah ini..

Syukran

Salam alaik
Blog Widget by LinkWithin
 

~..SaLam UkHwaH FiLLah..~ Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Blogger Styles Image by Tadpole's Notez