Followers

Friday, November 20, 2009

Salam AidilAdha

Posted by NuRuLhiDaYani Bt AhmaD at 11/20/2009 03:39:00 AM 4 comments

Entry terakhir b4 balik umah..huhuhu



Salam aidiladha kepada semua pembaca blog ini..semoga kita semua mendapat keberkatan dalam meraikannya..

..Salam kemaafan..

..Salam ukhwah..

..Salam jihad kepada semua..

Salam alaik


Nursyahadah,
khar,upsi
3:48 a.m

Budayakan Hidup Dengan Alquran

Posted by NuRuLhiDaYani Bt AhmaD at 11/20/2009 03:30:00 AM 0 comments

: Assalamualaikum sahabat pembaca sekelian :

Sewaktu kecil dulu, orang tua-tua selalu cakap : kalau tak khatam al-quran 30 juzuk, nanti tak boleh berkhatan.

Rasanya, itulah petua orang-orang dahulu yang diguna pakai untuk mentarbiyah anak-anak supaya membaca al-quran dan mengkhatamnya. Apa lagi, sebab takut tak dikhatankan, masing-masing berlumba-lumba untuk menghabiskannya.

Walaupun seolah terpaksa, namun kadang-kadang perlu juga dibuat begitu. Itupun masih ada yang malas. Iya! Budaya membaca al-quran. Nampak remeh, namun ramai yang mengabaikannya.



Di manakah Al-Quran dalam kehidupan kita seharian?

Berbalik kepada fokus yang hendak saya sampaikan tadi iaitu membaca al-quran dan kebetulan pula semalam, saya sempat menghadiri satu sesi tazkirah dan memang kebetulan juga tajuk tazkirah yang disampaikan oleh seorang ustaz itu berkisarkan kehidupan manusia dengan al-quran.

Kupasan tajuk yang ringan namun menginsafkan. "Bersama-sama dengan al-quran", antara ungkapan yang diucapkan olehnya (pentazkirah). Bila dikoreksi kembali, sejauh manakah kebersamaan hidup kita ini dengan al-quran.

Skop membaca ini masih kecil jika dibandingkan dengan mengamalkannya. Secara logiknya, kalau membaca pun kita tidak dapat buat, apatah lagi untuk mengamalkannya?

Saya sering memuhasabah, dan apa yang saya dapat lihat ialah hari ini dalam tidak sedar kita sering silap dalam meletakkan prioriti sesuatu perkara. Kalau ditanya, boleh atau tidak kita membaca majalah, sudah tentu jawapannya boleh. Bagaimana pula dengan membaca al-quran? apatah lagi!

Tetapi, kita lebih berminat untuk membaca majalah. Hari ini, kita seharusnya koreksi kembali, bahawa salah satu punca kemaksiatan dan kemungkaran bermaharajalela di muka bumi adalah disebabkan tiadanya jiwa atau roh islam itu sendiri.

Jiwa kita kosong bahkan ianya diisi dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah. Contohnya, membaca majalah-majalah hiburan, menghabiskan masa ke program-program maksiat seperti konsert-kensert artis yang terang-terang telah melanggar batas-batas syara’, realiti yang tidak dapat disangkal lagi.

Perkara ini jelas menginsafkan saya. Apa tidaknya, kalau kita sanggup berkorban masa untuk perkara-perkara yang sia-sia atau lebih teruk lagi kepada perkara-perkara maksiat yang sudah tentu mendapat kemurkaan Allah s.w.t mengapa tidak kita berkorban saja masa kita untuk membaca al-quran. Ianya adalah satu sumber untuk kita mendapatkan kekuatan dari aspek kerohanian. Iya! kekuatan rohani.

Mungkin kemampuan kita tak dapat menandingi orang-orang terdahulu seperti imam As-Syafei yang mampu mengkhatamkan al-quran sebanyak dua kali sehari. Lebih mengkagumkan ialah beliau menghabiskannya di dalam solat pada bulan puasa. Subhanallah!

Hari ini kita nak baca satu ayat pun kadang-kadang susah bahkan tidak terdetik lansung dalam hati ini ada niat untuk membacanya, Nauzubillah min zalik. Kalau kita menunaikan tanggungjawab kefardhuan solat lima waktu masih lagi bernasib baik, tapi bagaimana kalau solat fardhu pun kita tidak tunaikannya. Satu ayat bahkan satu huruf pun kita tidak menyebutnya.

Inilah salah satu amalan atau cara hidup muslim yang sebenar disamping menunaikan tanggungjawab yang lain. Mungkinlah jika hendak dibandingkan dengan aktiviti-aktiviti yang lain, tak dapat untuk dibandingkan sekiranya kita mengharapkan habuan material semata-mata.

Maka, di sinilah tahap keimanan dan kepercayaan kita terhadap janji-janji Allah diuji. Ketahuilah sesungguhnya Allah tidak pernah mungkir janji. Bila disebut soal ganjaran atau kelebihan maka orang yang selayaknya untuk menerima ganjaran itu sudah tentu orang yang berbuat kebaikan.

Dan kelebihan orang yang bersama-sama dengan al-quran telah disebutkan oleh Rasulullah s.a.w bahawa baginda menyeru kepada kita semua supaya membaca al-quran kerana dengannya ia akan memberikan syafaat kepada kita di hari akhirat nanti.

Selain itu, Rasulullah s.a.w juga memberitahu bahwa sesiapa yang membaca satu huruf daripada al-quran akan diganjari dengan satu kebaikan dan setiap kebaikan itu diganda dengan sepuluh kebaikan. Begitulah kasihnya Allah swt terhadap hambanya.

Namun, oleh sebab hati kita sudah diikat dengan habuan dunia, maka kita lupa bahkan seolah tidak mempercayai janji-janji Allah itu, hasilnya, hidup kita jauh dengan al-quran.

Persoalannya : adakah ianya ada dalam pemikiran kita tika ini? Astaghfirullah!!! Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun lagi maha penyayang.

Sebenarnya tiada alasan untuk kita umat Islam lari daripada menunaikan tanggungjawab kita terhadap al-quran, kalau membaca itu sudah kita anggap berat apatah lagi untuk mengamalkannya. Alasan tidak pandai membaca bagi saya sudah tidak relevan lagi pada hari ini. Kalau nak seribu daya, kalau taknak beribu alasannya.

Inilah masalah yang sering kita hadapi bahkan ianya sudah menjadi satu penyakit yang sinonim dikalangan umat Islam. Mahu tapi ego, atau mahu tapi malu? Kalau marah orang memanggil kita bodoh, tapi mengapa kita tidak marah bodohnya diri kita kerana tidak mahu menjadi pandai? Fikirkan sejenak.

Tanggungjawab kita pada Al-Quran

Seterusnya, dalam sesi tazkirah tersebut, ada juga menyebut tentang kewajipan yang patut kita tunaikan dalam hidup bersama al-quran iaitu menjadikan bacaan al-quran itu sebagai wirid harian kita. Sekurang-kurangnya ada ayat al-quran yang kita baca setiap hari. Ini lebih baik jika dibandingkan tidak ada lansung ataupun daripada lidah kita dibasahkan dengan lirik-lirik lagu yang tidak bermanfaat.

Jika mampu sekurang-kurangnya dalam masa tiga puluh hari itu kita dapat mengkhatamkan al-quran sebanyak sekali khatam. Jika kita mampu lebih dari itu lagi sekurang-kurangnya, setiap tiga hari kita khatam seperti mana yang diceritakan agaimana Rasulullah s.a.w menjawab pertanyaan Ibnu Umar tentang tempoh mengkhatamkan membaca al-quran.

Kemudian dijelaskan pula bahawa kewajiban yang perlu kita tunaikan ialah mempelajari bacaan al-quran dengan betul. Inilah tanggungjawab kita dalam memperbaiki dan mempercantikkan bacaan kita.

Walaubagaimanapun, kita tidak diberatkan sehingga sesuatu perkara itu menjadi penghalang untuk kita membacanya.

Contohnya bagi orang yang lidahnya susah untuk menyebut atau membaca al-quran makanya Rasulullah s.a.w ada menyebutkan perihal orang yang sebegini dan baginda menyeru supaya untuk diteruskan membaca al-quran kerana bagi mereka ada ganjarannya juga.

Seterusnya, kita juga hendaklah terkesan dengan bacaan kita atau dengan kata yang lain ialah memerhati dan menyelami maksud-maksud setiap ayat yang kita baca. Kita boleh jadikan kisah bagaimana Saidina Umar sebagai contoh ikutan di mana beliau pernah tidak sedarkan diri selama sebulan kerana membaca syat yang berkaitan dengan azab Allah s.wt.

Hari ini, kita nak menangis pun belum tentu. Dan tanggungjawab kita yang seterusnya ialah kita hendaklah menjaga hafalan serta mengulang ayat-ayat al-quran yang telah dan pernah kita hafal.

Untuk akhirnya yang paling penting sekali ialah mengamalkan isi-isinya. Ketahuilah sesungguhnya al-quran itu boleh menjadi hujah bagi kita, tidak kurang juga al-quran juga boleh menjadi musuh kita di akhirat nanti. Nauzubillah min zalik.

Oleh sebab itulah, al-quran itu bukan sahaja untuk di baca semata-mata. Akan tetapi ianya perlu disertai dengan penghayatan serta perlaksanaan dan inilah yang menjadi kewajiban bagi kita semua.

Begitulah sedikit panduan serta peringatan yang boleh dikongsi bersama supaya kita ini tidak tergolong dikalangan orang-orang akan menyesal suatu hari nanti.

Remeh yang menginsafkan.

Begitulah realiti yang kita sedang lalui pada hari ini. Dalam tak sedar kita telah mengabaikan tanggungjawab yang asas sebagai umat Islam. Budaya hidup bersama al-quran. Mudah-mudahan kita membudayakan hidup kita dengannya, bukan kita membudayakan al-quran dengan hidup dan kehendak kita.

Islam itu yang seharusnya memerintah, bukan kita yang memerintah Islam sepertimana yang kita dapat lihat pada hari ini.

Wallahu ta’ala a’lam.

Thursday, November 19, 2009

CuTiku

Posted by NuRuLhiDaYani Bt AhmaD at 11/19/2009 04:40:00 AM 7 comments
Assalamualaikum..

hehehe..

Em pejam celik nak cuti sem dah..bg yg jauh sabah sarawak sana berpusu-pusu balik..ak??

ble ek..???

Em kat bawah ni perkara yg ak nak wat waktu cuti nie..

tercapai o x berserah jek ba pd Allah..

Betul x..???

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

- 24hb sampai umah..jd baru sampai kan mana sempat nak wat pape melainkan peluk cium mak abah n ewok..who's ewok..my cat la..hehe..-

: 1 :

Balik kampung nenek kat ulu chuchuh..cmini ke ejanyer..huhu..sambut ari raya aidiladha..suke2x..terutamanyer takbir nyer..-

: 2 :

Praktik naik motor semula..hehe..em after kemalangan ngan kak mas masa bulan ramadhan aritu x naik pon motor lg..sentuh jek..hehe..takut..chaiyok yanie!!!

: 3 :

Kalau dh berjaya bawak motor nak round kg..tp kalu x berjaya kereta abah la jd mangsa bawak kakak n adik jalan2x..hehe..

: 4:

Nak tasmi' juzu' 1 dan tambah lg satu juzu' surah baqarah..=)

: 5 :

????????????

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Em tu jek wat masa nie..kalau ada nati sy tambah lg ek..ke ada sape2x nak cdgkan..????

Undur diri dahulu...Salam alaik..


Nursyahadah,
khar,upsi
4:54 a.m

SedikiT demi SedikiT

Posted by NuRuLhiDaYani Bt AhmaD at 11/19/2009 03:49:00 AM 0 comments
Salam alaik semua..

Sedikit demi sedikit?????

Em apa yg sedikit demi sedikit tu????

Agaknyer???

Sape jawab dapat hadiah 1 sen dr tuan nyer blog nie..hehe..

Em entry yg ni nak cakap ttg...

Warga Kolej Harun Aminurrashid

Yg semakin berkurang dari hari minggu first minggu exam..

Sampai la minggu kedua n minggu terakhir ni ha..arinila rasanya ramai yg angkut barang..banyak jugek barang2x diorang..tp x leh challenge sy nyer barang..hehe..

Bp kilo agaknyer??

Huhuhuhuhu..

Apabila d fikir ttg tajuk entry ni bukan hanya warga kolej harun aminurrashid je berkurang..

Malah..

Umur ku juga berkurang..hari demi hari berlalu dengan pantas..adakah amal ibadah kita bertambah tika umur kita berkurang???

Fikirlah sendiri..

Ada orang kata kubur sendiri2x..

Eh???

Ke Kubur masing2x???

X kisah la..mana2x pun..huhuhu

Yup memg kubur masing2x @ sendiri2x..tp x salah kan kter saling ingat-mengingati..ia kan d tuntut dalam ISLAM..kalau blh kter nak sama2x merasai kenikmatan d akhirat sana..

Okeis berhenti dahulu..

Salam alaik..

Note : Tahniah kepada pasangan ummu huraiyah dan abu saif kerana mendpat cahaya matanya pada 18hb november 2009..mg nik hibriyah ar-raudhah menjadi sinar kebahagian dan juga penyeri dalam rumahtangga kalian..best nyer dapat baby..=p


Nursyahadah
khar,upsi
4:02 a.m

AlhamduLiLLah

Posted by NuRuLhiDaYani Bt AhmaD at 11/19/2009 03:36:00 AM 0 comments
Salam alaik semua..em 2 minggu lebih blog nie bersawang..bukan saja2x d sawangkan tp memg sahaja d sawangkan..hehe..dek kerana exam sedang berjalan tu yg x update..em hati seolah-olah mendesak nak update..tp kuatkan hati jugek..jangan..jangan..em x online pun..em sampai roomate tyer [yanie x pe ke x online??]..semua itu bisa d kawal..

Em td adalah last paper..paper psikologi pendidikan..habis 20 jam kredit tok sem 4 nie..insyaAllah 21 jam kredit akan menyusul tok sem 5 nati..hehe..tok semester ni habis dah la sem 4..cepat sgt masa berlalu..macam baru semalam je daftar ke kolej..arini tamat dah..tp perjuangan ku belum tamat lg kerana ada 4 sem lg sy kne harungi..doakan ye semua kawan2x..Selamat merdeka kepada kawan2x yg dah merdeka tok exam nie..yg belum habis teruskan perjuangan k..

Em sekarang tgh proses mengemas barang2x tok d bawa balik esok ke rumah..tp barang nyer je yg balik..tuan punyer barang masih ada urusan..doakan mg urusan tersebut d permudahkan segalanya oleh Allah..

K la..sampai d sini dahulu..semoga kita semua sentiasa berada dalam naungan rahmatnyer..insyaAllah..

Salam alaik

Note: Byk barang nak bawak balik..ntah muat ntah x bonet kete abah tu..huhu..


Nursyahadah,
khar,upsi,
3:47am
Blog Widget by LinkWithin
 

~..SaLam UkHwaH FiLLah..~ Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Blogger Styles Image by Tadpole's Notez