Followers

Monday, September 28, 2009

SeMinGGu BerHaRi RaYa BerSamA KeluargA TerCinTa

Posted by NuRuLhiDaYani Bt AhmaD at 9/28/2009 01:43:00 AM 2 comments
Assalamualaikum sahabat2x blog ku semua..em seminggu sudah cuti hari raya berlalu..em kejap sgt..x puas rasanya..em bukan x puas raya..tp x puas cuti kat umah ngan family..sepanjang hari raya ni sy berkunjung ke rumah pak cik dan mak cik sy..x kemana sgt pun berjalan..paling jauh beraya g shah alam..hehehe..umah mak long..em paling dekat jiran sebelah umah..tp sedihnye x dapat jumpa jiran sebb dia x dek kat umah..insyaAllah ry kan sebulan..=)

Em kat bawah ni semua gambar2x yang abg sy amik masa hari ry..byk tp upload sikit jek..sekadar gambar yang menunjukkan sy ngan family g beraya..hehehehe..

*********************************

Ni masa kat umah nenek sol..bergembira semua..sebb setahun sekali jek dapat jumpa..

Ni abah..nenek sol..mak..
sayang..sayang..sayang..muuuuaaahhh!!

Pisss!!!ala muka adik x nampak lak..sian ijan..=p..sayang kamu sume..

Baru nampak muka ijan..sukanya kakak..hehe..ni masa kat umah pak cik kat selangor jek..=)

Ni abg emi ngan kak num..kakak iparku..hehe..diorg nak posing jugek..dah alang2x kat umah pak cik ada taman amik jek la gambar..hehe..semoga kekal hingga ke syurga ye..=)

Ni abah ngan cucunya..Ahmad mu'min almumtazi..=)..mse ni past layan tetamu yg berduyun-duyun datang..penat..tp sempat layan cucu lagi..cucu kesayangan..=)

Ni mu'min dah penat..tdo gaya apa ntah..panat berjalan agaknye..selamat tdo mu'min..mak uda sayang mu'min..

Ni Ahmad nu'man kasyfi..em sian dahi nyer..jatuh..benjol jd nyer..hehehe..nati mak uda tuamkan k..rindu maman..sayang maman jugek..=)

**********************************

Setakat ni dahulu..em sepanjang berhari raya ni marilah kter bermaaf-maafan di antara satu sam lain..em sempat nak tulis ni jek..asgmnt banyak sgt nak submit..hehe..tp sempat lg update blog..kuikuikui..k jumpa d entry akan dtg..=)

Salam alaik..

Nursyahadah
khar,upsi
12.14 p.m

Note: Em rindu sgt2x kat family sekrg..cam x nak duduk upsi jek..huhu

Thursday, September 17, 2009

SaLam AidiLfitRi KepaDa SemUa

Posted by NuRuLhiDaYani Bt AhmaD at 9/17/2009 01:26:00 PM 0 comments

Salam sahabat-sahabat semua..pejam celik pejam celik dekat dah nak raya..sedih hati akan meninggalkan ramadhan pada tahun ini..sebab belum tentu lg kita akan dapat ramadhan akan datang..sama2x kter pohon pada Allah supaya di panjangkan umur dan mendapat kesempatan untuk melalui ramadhan akan datang..

Alhamdulillah kesihatan semakin baik selepas terlibat dalam kemalangan baru-baru nie..em sy doakan semoga kte semua mendapat perlindungan dari Allah swt..amin ya rabb..

******************************

Dikesempatan ini sy nak ucapkan "SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI" kepada sesiapa sahaja yang mengenali dri sy..dikesempatan ini juga sy ingin memohon "MAAF ZAHIR DAN BATIN" juga kepada semua..halalkan segala2xnya..sama ada berbentuk makanan atau minuman atau ilmu..

Bagi sahabat2x ku yg berada kat perantauan:
[Atin najmin, syahidah]
Tahun ni x dapat beraya bersama-sama k..dok diam2x kat mesir..selamat hari ry ek..kat sana jg diri bik2x..kne lebih berdikari..jg hati..jg diri..jg tingkahlaku k..sayang korg berdua..walaupun berjauhan tetapi korg tetap ada d hati ku..ini sebb nyer ukhwah yg dibina antara kita dtgnya dr Allah..salam ukhwah fillah..

***************************************

Em setakat ni dahulu..insyaAllah panjang umur kita jumpa di entry seterusnya..berhati-hati di jalan raya..pandu cermat jiwa selamat..insyaAllah..

Note: * Balik kne siapkan esemen yanie..
* Mulakan operasi mengemas baju..nak balik..sonoknyer..alhamdulillah..

Nursyahadah
khar,upsi
13.40pm

Saturday, September 12, 2009

AcciDenT??

Posted by NuRuLhiDaYani Bt AhmaD at 9/12/2009 04:10:00 PM 9 comments
Assalamualaikum sahabat-sahabat semua..alhamdulillah sy masih d beri nyawa oleh Allah selepas sy dan kak mas tirah d beri ujian..entry kali nie ttg kejadian yg berlaku masa kami on the way ke pekan..tujuan hati hendak pergi ke program..tp Allah telah mengatur yang terbaik untuk diri ini..Alhamdulillah saya dan kak mas tirah selamat walaupun kami 2 2 dok dalam longkang..

Bagaimana kejadian berlaku??

Em kejadian berlaku masa tu sy dan kak mas tirah dalam perjalanan nak ke pekan tg malim..em dalam perjalanan d depan stesyen minyak ESSO..kami nak elak dari terlanggar untie yg sedang mengayuh d tengah jalan..seperti itu jalannya sendiri..hehe..dalam nak mengelak handle basikal untie india tu tersangkut pada brek motor kami..jd motor kami hilang kawalan terus langgar tiang yg ada kat tepi jalan dan kami iaitu sy dan kak mas tirah terus termasuk dalam longkang dan mtor tersadai kat tiang tu..kak mas tirah terbaring kat dalam longkang dan posisi sy kat kaki kak mas tirah..sebb pinggang sy terhantuk kat longkang batu dan muka tersembam kat tanah..[alhamdulillah bukan batu..]..em kak mas tirah lak kaki kanan dia luka dan pinggang jugak sakit..

Pengalaman masa Accident

Em pengalaman masa accident tu..huhu x taw nak cakap camner..masa tu dah ingat mati jek..em sebut kalimah Allah je dah masa tu..terfikir sejenak..apa akan berlaku sekiranya hari itu nyawa ku d ambil oleh Allah swt..ini lah first time sy accident..b4 nia x penah..em sy merasakan ada hikmah d sebalik apa yg berlaku..em sedih x dapat g program tu..em yg penting apa yg dah aturkan untuk kita adalah yg terbaik..kita hanya mampu merancang..Selebihnya Allah yg tentukan..

Untie Mintak gantirugi???

Em pada asalnya dia mintak gantirugi..tp kami cakap bukan salah kami..kira kite nie 2 2 salah..em sebenarnya untie ni kehidupan dia susah sahabat2x..dia x de suami dah..tp yg sy pelik adik dia naik kereta WAJA tu..masih perbincangan seolah-olah adik dia seperti x nak tolong kakak dia sendiri..em sy terfikir np sampai g tu..ptt la untie tu dari kat temapat accident sampai kat hospital asyk tyer je camner..[camner ngan basikal untie..camner ngan basikal untie..]..kami pon penat nak jawab camner..em basikal tu satu2x nyer kenderaan yg dia ada..tu dia tyer aje..em alhamdulillah kata sepakat d ambil dia bayar tok basikal dia dan kami betulkan motor kami..kiranya x dek la ganti2x rugi nie..syukur alhamdulillah..

Em alhamdulillah setle dah sume..mtor pon dah hantar g bengkel..em syukur Allah masih pinjamkan nyawa..em kene lah muhasabah diri semula kenapa Allah bagi kemalangan td..so far kami ok..Alhamdulillah dapat raya ngan family lagi tahun nie..sebb td mak tepon mak kata..[alhamdulillah dapat jupe mak ngan abah lg..]..syahdu lak dengar ayat mak td..huhuhuhu..bagaimana suasana raya ye jika pada pg raya tu sy tak bersama-sama ngan mak n abah n family sy???

Em ok la..setakat ini sahaja dahulu..dalam bulan ramadhan ni perbanyakkan lah tingkatkan iman..jg hati..jg tingkahlaku..em kejar malam lailatulqadar tu..ganjaran jika dapat malam lailatulqadar tu emmm cukup indah..sahabat semua blh baca entry sebelum ni yg sy publish pg td b4 sy nak g program..ok..

Salam alaik..

Nursyahadah
khar,upsi
17.24pm

Note: semoga kak mas tirah cepat sembuh..nati kte blh naik mtor sama2x lagi..hhehe..

MeNcaRi maLam LailatulQadar

Posted by NuRuLhiDaYani Bt AhmaD at 9/12/2009 06:42:00 AM 0 comments

Assalamualaikum sahabat blog semmua..arini sudah masuk fasa yg ketiga dalam bulan ramadhan..fasa ketiga ni la kebiasannya org akan pertambahkan dan giatkan amal ibadah kepada Allah..untuk menikmati malam lailatulqadar..em semoga kte semua akan menemui malam lailatulqadar..bg sy, sy sgt menginginkan malam tersebut..terasa rugi di dalam hidup sekiranya x dapat menenmui malam lailatulqadar itu..em kat entry sy kali ni sy nak kongsi dengan sahabat pembaca sekelian bagaimana "mencari malam lailatulqadar"..

********************************************

“SESUNGGUHNYA Kami menurunkannya (al-Quran) ini pada malam Lailatul Qadar. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam Lailatul Qadar itu?

Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara. Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!” (Al-Qadr:1-5)

Lailatul Qadar itu ialah satu malam pada Ramadan yang penuh berkat, iaitu malam yang mengandungi banyak kebaikan, kerana pada malam itu malaikat turun membawa rahmat dan kesejahteraan seperti diterangkan dalam al-Quran.

Agung dan mulianya Lailatul Qadar sehingga Rasulullah s.a.w menganjurkan umatnya melakukan persediaan menyambut dan menghayati malam yang berkat itu. Persediaan yang dimaksudkan itu bukan dengan pesta yang tidak ketentuan, tetapi dengan amal ibadat yang membawa rahmat.

Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi Muhammad s.a.w bersabdanya, bermaksud:

“…sesiapa menghayati malam Lailatul Qadar dengan mengerjakan solat (dan pelbagai ibadat lain), sedang dia beriman dan mengharapkan rahmat Allah Taala, nescaya dia diampunkan dosanya yang lalu.” (Hadis sahih riwayat Bukhari)

Ibadat yang dimaksudkan termasuk membaca al-Quran, berzikir, beristighfar, bertaubat dan berdoa pada malam yang berkat itu manakala beriman disebut dalam hadis berkenaan merujuk kepada kepercayaan dan keyakinan benarnya keistimewaan Lailatul Qadar yang mulia itu.

Sebenarnya Ramadan, al-Quran dan malam Lailatul Qadar adalah gandingan yang mempunyai hubungan sangat rapat. Al-Quran diturunkan pada malam Lailatul Qadar, pada Ramadan.

Walaupun Lailatul Qadar mempunyai keberkatan dan kebaikan berlimpah ruah, sehingga dikatakan tiada tandingan berbanding malam lain, ia tidak dinyatakan dengan jelas pada hari tertentu.

Tetapi Rasulullah s.a.w ada membayangkan malam berkenaan, malah menasihati supaya melakukan persediaan untuk menghadapinya, seperti dinyatakan dalam hadis bermaksud:

Daripada Aisyah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda:

“Bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui Lailatul Qadar pada malam ganjil 10 malam akhir Ramadan.” (Hadis sahih riwayat Bukhari)

Malam yang ganjil sudah pasti malam 21, 23, 25, 27 dan 29 Ramadan. Ada hadis yang menyatakan Lailatul Qadar pernah ditemui pada zaman Rasulullah s.a.w pada malam 21 Ramadan dan malam 23 Ramadan.

Baginda juga pernah meminta seorang sahabat yang bertanya mengenai Lailatul Qadar supaya dia bersedia menghayatinya pada malam 27 Ramadan.

Keterangan di atas menunjukkan Lailatul Qadar tidak tetap, sebaliknya boleh bertukar dalam 10 malam terakhir Ramadan pada setiap tahun.

Hikmah malam penuh berkat itu dirahsiakan supaya setiap orang Islam bersungguh-sungguh menghayati 10 malam terakhir Ramadan dengan amal ibadat dan memberi pengharapan yang tinggi kepada Ilahi supaya dapat bertemu malam berkenaan.

Imam Nawawi, berkata: “Lailatul Qadar dapat disaksikan orang yang dikehendaki Allah pada tiap-tiap tahun ketika Ramadan, sebagaimana yang diterangkan dengan jelas dalam hadis Rasulullah s.a.w dan diberitakan juga oleh orang yang soleh…”

Kemudian beliau menyebutkan penjelasan Imam Al-Mawardi, dalam kitabnya, Al-Hawi: Bahawa orang yang dapat menyaksikan Lailatul Qadar, elok dia menyembunyikan perkara yang disaksikan (supaya dia terselamat daripada perasaannya) dan hendaklah dia berdoa (pada saat yang berkat itu) dengan ikhlas serta sepenuh-penuhnya yakin dengan permohonan yang disukainya mengenainya agama dan dunianya, biarlah kebanyakan doanya itu untuk (kebaikan dan keselamatan) agama serta hari akhirat.”

Ada orang berkata, mereka yang menemui Lailatul Qadar akan melihat cahaya terang di segenap tempat manakala sesetengah pihak mendakwa mendengar ucapan salam dan kata-kata lain daripada malaikat, melihat semua benda termasuk pokok rebah (sujud) dan doanya makbul.

Bagaimanapun, Imam at-Tabari memilih pendapat yang menegaskan, semuanya itu tidak lazim (tidak semestinya dia dapat melihatnya), kerana tidak disyaratkan melihat sesuatu atau mendengarnya untuk menemui Lailatulqadar.

Cuma yang penting ialah taat beribadat kerana Allah semata-mata dan ganjaran orang beribadat adalah terjamin, sama ada dapat dirasai di dunia atau di akhirat. Justeru, umat Islam digesa rajin beribadat pada Ramadan, lebih-lebih lagi pada 10 malam terakhir Ramadan.

Rasulullah s.a.w contoh terbaik menghayati Ramadan, terutama 10 malam yang akhir dengan beriktikaf di masjid dan melakukan amal ibadat sebagai persediaan untuk menyambut kedatangan Lailatul Qadar.

Daripada Aisyah r.a katanya:

“Rasulullah s.a.w memperbanyakkan amalan apabila sampai hari yang ke-10 terakhir Ramadan, baginda juga membangunkan isterinya agar beribadat (solat sunat, membaca al-Quran, berzikir dan lainnya). Baginda juga menjauhkan diri daripada bergaul serta bermesra dengan isterinya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Menurut ulama, Lailatul Qadar kemuncak Ramadan kerana kemuliaannya yang diterangkan di dalam al-Quran dan hadis Nabi s.a.w, malah malam berkenaan dirakamkan khusus dalam satu surah di dalam al-Quran, menunjukkan keistimewaannya.

Orang yang tekun beribadat pada 10 malam yang berkenaan akan mendapat rahmat yang dijanjikan kerana sudah sabit dalam hadis yang sahih Lailatul Qadar wujud pada satu daripada 10 malam itu.

Justeru, orang yang tekun beribadat pada 10 malam terbabit akan mendapat rahmat yang dijanjikan itu, sama ada dia menemuinya atau tidak dan tidak melihat apa-apa. Cuma yang dapat menemuinya dianjurkan berdoa kebaikan, kesejahteraan dan keampunan.

Nabi s.a.w ada mengajar berdoa seperti berikut:

“Ya Allah, ya Tuhanku, sesungguhnya Engkau sentiasa memaafkan (salah silap hamba-Mu), lagi suka memaafkan, oleh itu maafkanlah salah silapku.”

Yang penting ialah menghayati malam terbabit dengan amal ibadat, beriman dengan yakin Lailatul Qadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadat semata-mata ikhlas dengan mengharapkan rahmat dan reda-Nya.

************************************

Ok samapai sini je dahulu..arini sy akan pergi program..em esok baru balik ke upsi semula..hehe..doakan sy selamat pergi dan selamat pulg ye..selamat berpuasa semua..semooga kita sama2x dapat mencari malam lailatulqadar itu ye..tingkatkan iman dan ilmu..=)

Salam alaik

Nursyahadah

khar,upsi

6.51a.m

Saturday, September 5, 2009

Iman Semut Vs Iman Manusia

Posted by NuRuLhiDaYani Bt AhmaD at 9/05/2009 02:39:00 AM 4 comments

Assalammualaikum w.b.t..

Nak dengar kisah ni x..?if nak baca lah..oleh kerana lama x update blog.. sy hanya berkesempatan untuk berkongsi kisah ini sahaja dek asgmnt yang melambak..tp sebb x nak blog ni bersarang lama sangat jd sy jadikan kisah ni sebagai entry sy yg seterusnya..

Jemput lah baca..

Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus.

Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: " Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu".

Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku".

Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: " Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"

Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan".

Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong".

Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut didalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.

Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut: "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah".

Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa".

Itulah Iman Semut!!

IMAN MANUSIA??

Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorek kubur orang mati. Kerja korek kubur orang mati bukan kerja orang ganjil. Bila ada orang mati, mayat terpaksa ditanam, oleh itu kubur perlu digali dulu. Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah dia tidak gali kubur untuk tanam mayat.

Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam, waris sudah lama balik kerumah dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah penggali ini datang ke kubur untuk korek balik.

Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah di INTERVIEW oleh Munkar Nakir. Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur, 50 kubur sampai 100 kubur. Lepas itu, penggali pergi kepada Imam Suffian dan bertanya kepadanya: "Ya Imam, kenapakah daripada 100kubur orang Islam yang aku gali, dua sahaja yang mana mayat di dalamnya masih berhadap kiblat. Yang 98 lagi sudah beralih ke belakang?".

Jawab Imam Suffian:" Diakhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islam yang percaya rezeki itu di tangan Allah. 98 orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tangan Tuhan".

Itulah sebabnya apabila umat Islam tertekan dengan SOGOKAN duit yang banyak, biasanya, iman dia akan beralih.. Nyatalah iman semut lebih kuat dari iman manusia.

Kata Saidina Ali kepada Kamil:

"ILMU ITU LEBIH BAIK DARIPADA HARTA..

ILMU MENJAGA ENGKAU DAN ENGKAU MENJAGA HARTA,

LMU MENJADI HAKIM, HARTA DIHAKIMKAN,

HARTA BERKURANGAN APABILA DIBELANJAKAN

DAN ILMU BERTAMBAH APABILA DIBELANJAKAN" .


Sama2xlah kte renungkan..semoga dalam bulan ramadhan amalan akan lebih dapat dipertingkatkan lagi..istiqamah dalam melakukan ibadah kepada Allah s.w.t..walaupun ibadah yg dilakukan hanya sedikit itu adalah lebih baik dari melakukan ibadah yg banyak tetapi tidak istiqamah dalam melakukannya..

Rebutlah peluang yang lebih berharga daripada emas kerana di awalnya adalah rahmat..dipertengahannya adalah maghfirah dan di akhirnya adalah terhindar daripada azab neraka..

Salam alaik..

Note: huhu..bila mahu siap asgmnt nie..chaiyok yanie!!

Nursyahadah
khar,upsi
2.55a.m

Blog Widget by LinkWithin
 

~..SaLam UkHwaH FiLLah..~ Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Blogger Styles Image by Tadpole's Notez