Followers

Sunday, March 29, 2009

~""..TaNgIsAn DaN AiR MaTa..""~

Posted by NuRuLhiDaYani Bt AhmaD at 3/29/2009 03:01:00 AM
SaLam..
Em antum nak tahu x kalau kter nangis sebenarnyer dapat legakan perasaan kter..tadi petang ana bukak pintu rumah..tiba2x..jeng jeng jeng..terselit satu kertas biru..hehe..ada risalah sahsiah kolej datang..ni nak kongsi sikit ngan antum sume..em rissalah tu ade cakap..
Em sebenarnyer manusia yg lahir dari rahim ibunya bermula dengan tangisan..dari setiap kehendaknya hanya diberitahu dengan cara menangis sehingga pandai bertutur..kelakuan kanak-kanak adalah fitrah daripada Allah s.w.t..bagi orang tasawuf, tangisan dan air mata mempunyai nilai tertentu sebagai tanda penyesalan diri berhubung sesuatu kesalahan yang menyimpang daripada kehendak Allah s.w.t yg pernah dilakukan.
Firman Allah s.w.t menjelaskan ertinya:
"hendaklah mereka tertawa sedikit dan memperbanyakkan menangis, sebagai balasan untuk apa yang mereka lakukan". (surah At-Taubah:82)
Dalam al-Quran disebut cerita mengenai sekumpulan manusia yang menyesal atas dosa yang pernah dilakukan, kemudian diperingatkan terhadap akibat nya yang pedih dalam neraka. lalu tangisan dan titisan air mata itu menjadi salah satu amalan dalam adab atau suatu riadah yang terpuji bagi orang tasawuf. mereka mencontohi nabi dan rasul menangis untuk menyesali dosanya. walaubagaimanapun tangisan dan air mata ini mempunyai manfaatnya yg tersendiri dari sudut sains.
Air mata boleh dibahagikan kepada 3 jenis iaitu:
1) Air mata basal iaitu untuk melembapkan mata
2) Air mata reflek dihasilkan apabila air mata mengalami keradangan (apabila mengupas bawang atau terkena habuk)
3) Air mata emosi dihasilkan apabila badan bertindak balas terhadap perubahan emosi
Setiap jenis air mata ini mempunyai komposisi hormon dan bahan kimia berbeza. Saintis mendapati air mata emosi mengandungi paras logam mengan dan hormon prolaktin lebih tinggi. Apabila kita menangis 2 bahan ini di ambil daripada bahan dan dikeluarkan melalui air mata. Ia membantu meredakan perasaan. ini disebabnya kita berasa lebih tenang selepas menangis. Air mata emosi hanya terhasil apabila berlaku perubahan emosi. Banyak faktor boleh mengakibatkan emosi seseorang berubah, seperti kesedihan kehilangan orang yang tersayang. Apabila emosi berubah sistem saraf bertindak balas dengan merangsang saraf kranial (saraf dari otak) dan mengahantar isyarat kepada kelenjar air mata lakrimal (kelenjar air mata paling besar).
Penyelidik percaya, kelenjar ini mengeluarkan jumlah air mata mengandungi bahan kimia dan hormon tertentu untuk menstabilkan semula perasaan seseorang apabila menghadapi tekanan emosi.
Bagi wanita tangisan dianggap perkara biasa tetapi bagi lelaki ada yang mengaggap ia sebagai satu tanda kelemahan. individu yg tidak menangis terutama apabila mengalami tragedi sperti kematian atau putus cinta sebenarnya lebih menderita secara fizikal. ini kerana tidak dapat meluahkan keperitan yg dialami melalui tangisan..
Jadi moral of the story..jika anda sedih, tiada salahnya untuk menangis kerana ia antara proses semula jadi untuk mententeramkan semula perasaan dan fikiran kita..
k jumpe lg..=)
SaLam Alaik..

2 comments on "~""..TaNgIsAn DaN AiR MaTa..""~"

ummu huraiyah on March 30, 2009 at 12:44 AM said...

Salam Ziarah & Perjuangan...
Semoga sihat sll..
Tabahkan hati dalam menempuh ranjau kehidupan..
Chaiyok..!!

ummu huraiyah on March 30, 2009 at 12:48 AM said...

Sori... Nak betulkan skit...
Ayat Quran kat atas 2 pasal tangisan bukan dari surah al-Baqarah, tapi surah at-Taubah ayat 82..

Post a Comment

..TinggalKan Jejak Anda Di siNi..

Blog Widget by LinkWithin
 

~..SaLam UkHwaH FiLLah..~ Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Blogger Styles Image by Tadpole's Notez